Pages

Wednesday 19 June 2013

Hari Jubah Beliau

18062013

Hari Jubah beliau.

Sahabat baik saya sejak 2 tahun lepas.

Tengok gambar mereka abah post di FB tadi buat saya sebak.

Macam-macam berlaku, dan alhamdulillah dia berjaya hari ni.

Hari Jubah beliau.

Sebenarnya saya rindu sangat dengan bekas doktor pelajar yang officially dah jadi Doktor hari ni.

Hari Jubah saya bulan 10 ni insyaAllah anda datang ye?

*sebak*

Monday 17 June 2013

Prof. Madya Dr Mariani Majid

Assalamualaikum.

Guru saya di sini, saya mengadu kepada beliau tentang background English saya yg tak berapa baik. Jadi kadang2 nak faham artikel2 english susah dan lambat sikit. Apatah lagi bahasa ekonomi yg selama ni belajar dlm bahasa arab.

Beliau senyum, dan nasihat dalam nada memujuk:

"Takpe, belajar perlahan2. Jangan malu tanya kalau tak faham. Banyakkan baca artikel2,,lama2 terbiasa la dengan term2 ekonomi ni..saya pun dulu macam tu juga"

Semalam habis exam paper beliau kami buat jamuan kecil-kecilan untuk beliau. Dalam menjadi wakil sahabat menyampaikan kata2 ucapan untuk beliau, saya sebak.


Thursday 13 June 2013

Cemburu

Cemburu.

Tengok gambar2 junior grad di Jordan saya rasa cemburu.

Dua tahun lepas saya bergelar graduan Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) dari Yarmouk University, Jordan.

Tapi masa sahabat2 bersiap-siap untuk ke majlis,sahabat2 sebatch ambil gambar ramai2, saya berada di Glasgow, sebahagian daripada tempat jaulah UK-Ireland dengan akhawat.

Jaulah yang saya rebel  dengan kakak2 masa tu.=.=

Tuesday 11 June 2013

Aura Dari La Trobe, Australia ;)

Dear Nurul:

I looked at your undergraduate transcript. Though you took only two math classes, grades for the classes are good. So, I will wait for your graduate transcript. Together with it, please send me a detailed research proposal, so I can circulate it within our faculty.

La Trobe University, Australia.

Kedua-dua subjek yang dia cakap tu saya dapat mumtaz dan hampir mumtaz. Satu belajar di Malaysia, satu lagi di Jordan.

PhD di Jordan?? Antara impian dan harapan

Saya tahu, saya tak sehebat sahabat2 yang lain.
Tak berharta macam mereka.

Tapi paling kurang saya punya impian.
Saya tak berhenti dari membina cita-cita.

Apa yang dirasa mustahil, saya tetap akan tulis di kertas impian saya.

Ummi abah di Jordan.

Satu hari nanti, ma abah pula di Jordan.

Satu hari nanti. InsyaAllah.

Wednesday 5 June 2013

Muraqabatullah



Aku bermimpi,
Satu hari kami bertemu,
Di dalam syurga kami berdiri,
Tersenyum puas dengan amal2 kami,
Dengan hak sahabat2 kami,
Dan kerana ukhwah antara kami..
Kami bina dengan cinta Ilahi,
Sehingga sekelian makhluk, cemburu kepada kami.