Pages

Showing posts with label Diskusi Hati. Show all posts
Showing posts with label Diskusi Hati. Show all posts

Thursday, 19 March 2015

Muslimah

Muslimah, Saat tunduk kau kebawah, Bakal terjaga kecantikan sebenarmu, Saat kau bijak berkata2 menjulang agama, Terserlah obsesi syurga pada jiwamu, Saat tangis kau gugur ke tanah, Itu bukan kerna kau lemah, Tapi tangismu pengganti kepada kelantangan kata-katamu, Kerna kerap kali Muslimah itu perlu masa sendiri Muhasabah pada khilaf yang terjadi Sebab kita bukan sempurna Cuma menjejak yang sempurna
Muslimah, Dunia ini milik kita, Bila kau tahu cara berjalan di atasnya, Bila jiwa kau tidak lebur hanya untuk dunia, Madahmu hanya untuk yang halal, Senyumanmu hanya untuk sesama wanita, Juga buat ahli yang layak buatmu, Jasadmu cukup disentuh oleh yang berhak,

Friday, 23 August 2013

Hadiah: Seorang Ukhti

Dalam masa 2 bulan ni, Allah hadiahkan seorang ukhti ni.

Dia mutarabbi, tapi dia mengajar aku untuk hidup. Hidup dengan dakwah, hidup dengan Islam.

Dia adik, jauh lebih muda umurnya. Tapi dia mengajarku untuk memberi kasih sayang tanpa limit pada manusia sekeliling. Pada keluarga, pada mad'u, pada masyarakat.

Hari ni, dia mengingatkanku tentang ukhwah. Sepertimana pernah aku pesan kepadanya sebelum ni : "Tolong sentiasa ingatkan akak untuk attach hati dan diri ni kepada Allah, bukan kepada manusia". Dan dia selalu mengingatknku tentang ni alhamdulillah.

Wednesday, 19 June 2013

Hari Jubah Beliau

18062013

Hari Jubah beliau.

Sahabat baik saya sejak 2 tahun lepas.

Tengok gambar mereka abah post di FB tadi buat saya sebak.

Macam-macam berlaku, dan alhamdulillah dia berjaya hari ni.

Hari Jubah beliau.

Sebenarnya saya rindu sangat dengan bekas doktor pelajar yang officially dah jadi Doktor hari ni.

Hari Jubah saya bulan 10 ni insyaAllah anda datang ye?

*sebak*

Thursday, 13 June 2013

Cemburu

Cemburu.

Tengok gambar2 junior grad di Jordan saya rasa cemburu.

Dua tahun lepas saya bergelar graduan Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) dari Yarmouk University, Jordan.

Tapi masa sahabat2 bersiap-siap untuk ke majlis,sahabat2 sebatch ambil gambar ramai2, saya berada di Glasgow, sebahagian daripada tempat jaulah UK-Ireland dengan akhawat.

Jaulah yang saya rebel  dengan kakak2 masa tu.=.=

Thursday, 23 May 2013

Melukis Cita2, Bukan Angan2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, menghampiri akhir semester dua.

Syarat untuk lulus Master ni, perlu bentang paper (prosiding) di mana2 conference. Alhamdulillah, selesai presentasinya 2 minggu lepas di Bogor, Indonesia.

Untuk grad sem ni, saya perlu lepasi dua cabaran lagi, menyiapkan full paper daripada kajian yang dibentang untuk dihantar ke UKM dan lulus cemerlang final exam bulan 6 ni.

Wednesday, 27 March 2013

الثقة باالله

Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami untuk habiskan ijazah sarjana dalam masa setahun. Tinggal ada yang nak atau tidak je.

Saya sendiri, masih ragu2.

Memilih untuk grad sem ni, saya akan sibuk dengan persediaan prosiding dan full paper. Belum termasuk exam, dan subjek ekonometrik yang saya belum jatuh cinta lagi tu T_T

Untuk orang yang ulang alik bukak kamus (baca : lemah english) masa baca artikel2 ekonomi, kadang2 rasa tak mampu. 

Untuk tarbiyah pulak, saya tak mampu nak santuni adik2 saya dengan baik pun. Apatah lagi nak perform dalam program sendiri >.<

Saturday, 3 November 2012

Intelligent Terpelihara : Nuha Iffah Nordin Yahya

Assalamualaikum wbt.

Ukhti ini, pertama kali jumpa di sakan Yarmouk pada 2010, saya rasa senang dengannya.

Waktu2 saya perlukan pertolongan pada awal perkenalan, dia banyak membantu.

Masa sedih dia banyak bantu kuatkan semula.

Masa saya tempang kena pakai tongkat kat Jordan dulu dia banyak bantu pergerakan saya sampai saya boleh jalan sendiri.

Satu hari kami study sama2 di maktabah Yarmouk, masa tengok phone dia tu baru perasan (eh, kita dari dulu dah ye memang hari2 mesej?) =.='

2 tahun kami kenal,

Banyak perkara kami buat sama2.

Buat kek nusantara sama2 dengan adik comot Izzatul..

Saturday, 11 February 2012

Ezzah al Azwar

Assalamualaikum,

Bercerita ringkas kali ni, mungkin untuk memperkenalkan semula diri saya.

Berada di tempat baru, saya cuba untuk rebranding diri dan nama saya..saya minta sahabat2 baru saya panggil saya Nurul..rasa lebih lembut dan sopan

Timbul persoalan daripada sahabat2.. 'kenapa Nurul guna nama ezzah al azwar?'

kisahnya...

Ezzah - orang2 arab di Jordan dulu lebih kenal saya dgn panggilan 'Ezzah
Al Azwar - diambil dari kisah Khaulah al Azwar (adik Dhirar al Azwar)

Boleh baca sikit kisah beliau :

Sunday, 5 February 2012

Muhasabah

Semalam hampir seharian saya hilang arah, tak tahu apa yang nak dibuat.saat semua orang sibuk memikirkan urusan tarbiyah, saya hanya mampu mengelamun. dan akhirnya saya jumpa jawapan dalam sajak yang dicipta sendiri, disampaikan kepada adik dan sahabat2 sebelum pulang dari Jordan tahun lepas.



Adik2ku,
Saat pertama kali aku menatap wajahmu,
Kurasa terlalu asing,
Asing dari mindaku,
Asing dari kotak hatiku,
Namun aku tetap lajukan langkahku,
Langkah demi langkah,

Monday, 8 August 2011

Hadiah terbaik saya di Jordan :)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah dua tahun, saya kembali ke Malaysia..

Sehingga ke saat ini, saya masih merindui Jordan, merindui adik yang tak pernah mahu berpisah jauh dari saya, anak2 yang suka bermanja2 minta mamanya ceritakan kisah2 dalam raheeq makhtum, merindui sahabat2 usrah yang selalu bagi support, PERMAI yang banyak mengajar saya, dan sahabat2 yang selalu berada di sisi.

Saya masih merindui hot chocolate kegemaran saya, dating di abu Mahmud, makan sawani dan Nescafe salj. 

Rindu pergi ke hadiqah, rindu masjid Jamiah, rindu segala2nya..arrrrrrrrrrrrrrggggggghhhhhhh rindunya!!!

Wednesday, 15 June 2011

dakwah ini kita tanggung bersama..



Aku melihat jundi-jundi yang bergerak,
Dan aku merasa jiwa-jiwa yang hidup,
Terus diri ini terkesima,
Dadaku terasa sesak,
Sesak dengan kefahaman diri sendiri..

Lalu ku koreksi semula,
Ke arah manakah ku membawa manusia??
Sedih, pilu, ku rasa hancur hatiku,
Ah, aku mengetahui, tapi ku tidak merasai,
Aku tahu ke mana harus ke membawa mereka,
Tetapi ku tidak merasainya..
Maka beranikah aku terus mengatakan,
Bahawa aku sedang membawa agama Allah??

Saturday, 5 February 2011

winter break 2011

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt..

setelah sekian lama, setelah diminta oleh anak2 kecil untuk menulis sesuatu..maka malam ni diperuntukkan sedikit masa untuk menulis..

Tiga dua minggu bercuti, ditinggalkan sahabat2 dan adik2 yang keluar dari Jordan memberi sesuatu yang amat berkesan pada diri saya..


  • saya mengenal sekumpulan mereka, yang sama2 saling memegang tangan, berlari menuju kepada Pencipta..mereka mengalirkan semangat yang luar biasa kepada saya..bersama mereka saya mengenal lebih dalam lagi tentang diri saya..~R--S--


Saturday, 15 January 2011

Malam Ini.....

bismillahirrahmanirrahim

kisah mereka takkan mampu ditulis di sini..hanya mampu kami ukirkan di hati, lalu dihadam betul2 dalam bingkisan fikiran kami..

malam ini penuh memori, kami ukirkan bagi mengikat simpulan ikat mati itu..terasa kekok di awal bicara, namun dengan niat dan keinginan di hati, perasaan malu dibuang sebentar, meluah rasa yang tak mampu pun diungkap..

malam ini, jiwa kami terasa hangat..darah kami terasa laju mengalir..rasa sayang membuak2..rasa cinta yang makin mendalam..

Sunday, 12 December 2010

Khas Buat Mujahidah Al-Azwar


[ NIK SOLIHAH MUJAHIDAH ]

Minggu2 pertama sampai Jordan dah dengar nama kakak ni,
Jumpa je siapa2 mesti sebut nama akak ni,
“awak ada kakak ke kat sini?”
“awak ni adik kak nik ke?”
“awak ni macam kak nik la”
Haih, panas betul..
Siapa gerangan kak nik ni??
Apa yang sama nya??
Teruja betul saya nak jumpa kakak sorang ni!

Sunday, 7 November 2010

Berubah dan Mengubah

Bila bertemu bertentang mata, ada sesuatu yang kami terasa bersama..sungguh, terasa seperti dihukum bila tak punya peluang bertemu..

Tak terasa air yang mengalir dari mata itu sebagai satu pembaziran..malah ia sebagai pengubat..pengubat rindu bagi orang yang sudah terikat hatinya kerana Allah..

Kadang mahu berdoa, "seronok sejuk ni, tapi mohon dipanjangkan siang..agar kami tak punya alasan untuk berpisah"

Eh kamu,  jom tukar topik..bicara tentang tautan hati, tak cukup kalau menaip je..(^_^)

Sentiasa kan, kita perlu berubah menjadi yang lebih baik..

Kita bukan sepantas Power Rangers
Sebut 'BERUBAH!!'
Sepantas kilat boleh berubah..

Wednesday, 8 September 2010

RAMADHAN PERTAMA DAN TERAKHIR

bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum..

hari ni masuk 30 Ramadhan..esok di Jordan dan di Malaysia raya..kata senior2, biasanya kat sini puasa sampai 29hb je..tapi nak dijadikan rezeki, kami diberi peluang sehari lagi untuk topup mana yang patut..

dik nuha pun dah buat ramalan hari ni raya..(^_^)

dia datang setahun awal dari saya, memang sepatutnya dia lebih tahu keadaan kat sini..saya je tak boleh terima kenyataan tu..maklumlah, ramadhan pertama dan terakhir saya di sini (harapnya tak)

semalam terawih terakhir tahun ni..rasa macam lain macam suara imam dah bertukar..dengarnya ibu kepada Sheikh Ma'mun meninggal petang kelmarin..sebab tu bertukar imam..innalillahhiwainnailaiharaji'un..

rezeki beliau dapat kembali dalam bulan ramadhan..harapnya saya dapat juga peluang tu..

Thursday, 29 July 2010

~MARI PIMPIN HATI~

Andai perjuangan ini mudah,

Pasti ramai yang menyertainya...

Andai perjuangan ini singkat,

Pasti ramai yang istiqamah...

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,

Pasti ramai yang tertarik dengannya...

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu...

Turun naiknya, sakit pedihnya...

Umpama kemanisan yang tidak terhingga...

Andai rebah bangkitlah semula...

Andai terluka ingatlah janjiNya..


Mata pena yang tajam tak semestinya bisa menjayakan misinya dengan cemerlang..tapi asalkan dia bergerak, walau apa cara sekalipun..dia tetap menuju kepada kejayaan itu..

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu
(al-Baqarah: 143)

KITA bukan pemula..KITA adalah penyambung!!

Tuesday, 27 July 2010

dari hati..

perbincangan akademik yang melibatkan masalah tasjil petang itu dah selesai..hanya tinggal tindakan yang akan mula digerakkan mulai esoknya..

kini tinggal hal2 berbangkit daripada sesiapa yang nak disampaikan..

maka tenaga dikumpul sebanyak mungkin..air mata ditahan bagi diam di dalam..tangan digenggam takut terketar..ayat disusun sebaik mungkin..nafas ditarik dalam2..

dalam hati dia berdoa..moga2 Allah selamatkan dia daripada anasir2 general dan tentera si kumpulan syaitan pada masa luahan hatinya.

"sahabat2..saya terasa kehilangan kamu..saya ingin menangis di bahu kalian..saya mahu merebut semula kasih sayang kamu..adakah saya berpeluang lagi??"

dalam diam dia terasa kesilapan diri..hak sahabat2 yang tak ditunaikan..

'kamu tak layak minta hak kamu daripada mereka kalau hak mereka kamu tak tunaikan ok!!'

Friday, 23 July 2010

R.I.N.D.U...

amaran: entri ni untuk orang tertentu sahaja...

cool..cool...cool.......

seminggu sebelum tu dah cuba nak cool..

setiap hari countdown tarikh 23hb ni..sambil2 tu dah try stabilkan emosi..

"izzati, tak sabar nak tengok tempayan pecah.."

"izzati, kita tengok nanti siapa nangis.."

"izzati, awak tak sedih ke??"

"ala, izzati tahan la tu..sat lagi........"(kakak kembar ni memang..........)

"akak, i'm the best in action..saya taknak dan takkan nangis.."~pengalaman ditinggalkan senior2 sebelum ni,.boleh cool lagi..cuba berlagak, at least cuba untuk betul2 cool masa berpisah..

Sunday, 20 June 2010

INSAN CEMERLANG

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt...

cinta dan kasih saya pada kalian tetap subur...maka lorongkan kasih itu agar saya berjaya menggenggam kasih yang lebih agung...

hari ni 20hb, bermula sem soifi pertama di Jordan..terasa kelainan..kita ke kelas, tanpa akak2 yang biasanya akan kita jumpa pagi2 dalam perjalanan ke kelas..rasa lain..

semalam saya sengaja tidur di rumah akak2..supaya pagi ni saya akan dilepaskan oleh mereka, macam seorang ibu yang nak hantar anak kecilnya masuk sekolah..berkali2 pagi tadi dipesannya suruh sarapan..thanks mama..(^_^)