Pages

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Sabar dan Sobbar


Bismillah..

Dah 2 bulan saya pulang ke Malaysia..Dan macam yang biasa kita dengar, cabaran kat Malaysia ni lagi mantap..memang segalanya kena mula dari kemahuan dan iman sendiri..dan saya, di sini..di permulaan jalan ini.

Dan seperti biasa, Allah akan menghantar sesuatu untuk motivasi hamba-hambaNya..motivasi saya hari ni, mengenai SABAR dan SOBBAR

Sabar manusia vs sabar kaktus

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Cuba anda bayangkan, sebelum anda pergi ke kerja / sekolah, ada orang meletakkan suatu pohon di hadapan rumah anda..

Dan anda akan terfikir-fikir, siapa yang nak bagi pohon tiba-tiba ni? Dahlah bukan hari lahir anda hari ni, bukan juga apa-apa hari istimewa dalam hidup anda. Maka apa yang anda akan buat?

Friday, 3 December 2010

sAyOnarA jAhiLiyAH

tersenyum2 dia menonton kisah percintaan Shah Rukh Khan dengan Kajol..setiap masa luang akan diluangkan untuk mentafsir ayat2 cinta negara Bollywood tersebut..

habis exam dia dan kawan2 akan me'reward'kan diri dengan membuka panggung wayang versi korea..habis hardisk diselongkar, membuka satu persatu folder untuk memilih cerita yang paling menarik..

petang2 habis kelas lepak sebentar di hadapan tv..sementara menunggu masa study mungkin..terlalu banyak channel di jordan ni buat dia rambang mata memilih siaran..=.='

itu kisah tv

lain pula orang yang tak suka menonton tv..bangunnya buka laptop..kalau kat 'most visited' tu memang facebook ada di antara list atas agaknya..

Thursday, 29 July 2010

~MARI PIMPIN HATI~

Andai perjuangan ini mudah,

Pasti ramai yang menyertainya...

Andai perjuangan ini singkat,

Pasti ramai yang istiqamah...

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,

Pasti ramai yang tertarik dengannya...

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu...

Turun naiknya, sakit pedihnya...

Umpama kemanisan yang tidak terhingga...

Andai rebah bangkitlah semula...

Andai terluka ingatlah janjiNya..


Mata pena yang tajam tak semestinya bisa menjayakan misinya dengan cemerlang..tapi asalkan dia bergerak, walau apa cara sekalipun..dia tetap menuju kepada kejayaan itu..

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu
(al-Baqarah: 143)

KITA bukan pemula..KITA adalah penyambung!!

Saturday, 1 May 2010

JALAN CINTA PARA PEJUANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam ke atas kekasih yang dicintai..Muhammad bin Abdullah..

Esok paper ke 2 last untuk imtihan thani..moga akal fikiranku seimbang saat2 hampir ke jam 2 esok petang (tentunya selepas itu ku harapkan terus akal fikiranku waras)..

Lebih penting, harap hati ini tidak terhijab dengan kelakuan hati, pandangan dan tingkah laku ku..

Sedikit masa ku ambil dari masa study untuk menghadap blog ni..kerna ku terjumpa cebisan kisah dari buku kegemaranku..

Saturday, 10 April 2010

WANITA MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA....

assalamualaikum...
selawat dan salam atas kekasih kita..Nabi Muhammad s.a.w..

erm..ingatkan nak tulis pasal SUPER *10 memandangkan terasa hangat lagi walaupun dah habis semalam..tapi takpela...kita ambil apa yang penting dulu..

selamat membaca..=)

copy & paste....


"Muslimah memang tak guna..???"
Buat sahabat muslimah terutamanya.....
Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile=)

Wednesday, 10 June 2009

SATU LANGKAH






Assalamualaikum wbt.....
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Kali ni, Mujahidah Iman ingin membawa satu lagi perkongsian...mungkin ramai dah jelak dengan tajuk ni...ramai juga dah bosan dengar cerita yang sama...penulis juga agak keberatan untuk mengutarakan entri kali ini kerana risau perkara yang sama terjadi kepada penulis...Allah juga sudah memberi amaran :

* يأيّها الّذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون
كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Wahai orang-orang yang beriman!!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yag tidak kamu kerjakan?
(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan
((AS-SAFF: 2&3))
Namun selagi kita menyedari sesuatu kesalahan itu..hendaklah kita cuba untuk memperbaikinya dan seterusnya mengkhabarkan kepada yang lain..dan itulah yang sedang cuba dilakukan sekarang...entri ini pertama-tamanya ditujukan kepada ‘IZZAH ABD RAZAK..seterusnya kepada pembaca sekalian..
SMS – short message services atau suka mencari susah..??
Ana ada terbaca entri TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI yang diambil dari laman web favourite : http://www.iluvislam.com/ berkali-kali artikel tersebut dibaca dan akhirnya diri ni tersedar akan kesalahan diri..jom kita sama2 nilai dan islah diri kita...

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI








Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

Monday, 20 April 2009

POLIS CINTA

assalamualaikum,
selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...

sejak membuat blog yang serba dhaif ini, pelbagai entri terus menerjah ke dalam fikiran ni..cuma atas kekurangan ilmu dalam diri,tidak dapat diterjemahkan apa yang hendak disampaikan buat sementara ni..insyaAllah,akan datang...

walaubagaimanapun, saya ada bawakan anda 1 artikel menarik yang diambil dari blog saifulislam.com..wallahua'alam

“Ingat neraka! Kau tak takut neraka ke?” sms seorang siswi kepada teman sekuliahnya.

“Haram! Haram! Bercouple itu haram!” bentak seorang yang lain.

Ada sekumpulan warga kampus yang kerjanya adalah menyerang orang bercinta. Serangan mulut, serangan kasut, serangan sms, serangan surat layang! Mereka pantang melihat orang bercinta dan bercouple. Tersirap darah dan berasap telinga setiap kali sampai ke pengetahuan mereka, ada kenalan yang bercinta.

Mereka adalah pembanteras cinta.

POLIS CINTA!

AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR
Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar memang tanggungjawab kita bersama.

Benar sekali.

Perkara-perkara yang salah dan mendurhakai Allah tidak harus dibiarkan. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan manusia agar menjauhkan diri daripada zina, maka perintah itu bermaksud bukan zina sahaja yang menjadi isu, malah tindak tanduk serta perbuatan yang menjurus kepada zina juga harus dihindarkan.

Zina dan maksiat itu berunsurkan ketagihan dan berjangkit. Pantang disentuh, sulit sekali mahu melepaskannya.

Budaya mabuk cinta, berdua-duaan di sana sini memang membimbangkan. Salahnya perbuatan itu bukan subjek yang memerlukan banyak perdebatan. Yang Halal itu jelas, yang Haram juga jelas.

Namun keghairahan pasukan POLIS CINTA yang begitu emosional menyerang warga sekitarnya hingga kelihatan bagai ada yang tidak kenal, sungguh menghairankan. Semenjak saya menulis dua tiga artikel tentang keburukan pergaulan bebas dan bercinta tanpa asas Taqwa, saya menerima begitu banyak email daripada POLIS CINTA yang meluahkan rasa muak dan bencinya mereka kepada orang-orang yang bercouple di kampus. Saya cuba untuk tidak berprasangka, tetapi bahasa-bahasa kesumat itu menimbulkan keraguan di hati saya tentang motif mereka menyerang cinta.

Apakah berkepit-kepit itu masalah yang sebenar (real problem), atau ia hanya masalah yang diperlihatkan (presenting problem)? Apakah tidak pernah kita bayangkan bahawa ia hanya tip of the iceberg? Bahawa masalah kita bukan sekadar masalah anak muda gila bercinta, tetapi gila bercinta itu hanya simptom kepada krisis yang lebih besar lagi serius!

Jika kita hanya mahu memuaskan hati sendiri dengan menghamburkan kemarahan kepada anak-anak muda yang bergelumang dengan dosa ini, kita bisa sahaja terus menerus marah. Sama ada marah secara bertanggungjawab dengan bersemuka, atau mengambil jalan kotor dengan melayangkan surat-surat atau sms amarah dari atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang.

Menyapu amarah dengan amarah.

Namun, jika kita ada nilai empati, cuba untuk memahami masalah sebenar berbanding apa yang sekadar terlihat di mata, usaha membasmi budaya pergaulan bebas dan cinta murahan, memerlukan setiap da’ie untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Apa yang dimahukan, bukan sekadar kemungkaran yang disanggah, tetapi diUBAH kepada kebaikan.


عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (من رأي منكم منكرا فاليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان) رواه مسلم

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]


Kemusykilan perilaku anak muda khususnya yang bersabit dengan cinta, hakikatnya adalah produk kepada sistem nilai mereka, cara mereka memandang kehidupan serta akidah kepercayaan yang tertanam di jiwa. Dalam suasana hakisan akidah umat hari ini, soal keghairahan anak muda bercinta, kepasrahan mereka membiarkan cinta menghancurkan diri dan kehidupan, adalah perkara-perkara yang berada di dalam jangkaan kita.


Justeru wahai pendakwah, sebelum menggari tangan manusia yang mabuk cinta, ketahuilah bahawa usaha untuk membetulkan tingkah laku usaha harus bersifat inside-out, dan tidak sekadar carrot and stick dari luar ke dalam.


Untuk mengembalikan kelompok anak muda yang dibius cinta hingga buta terhadap dosa, bukanlah dengan berleter soal cinta. Sistem nilai mereka harus dibetulkan, cara memandang mereka mesti diluruskan, akidah dan kepercayaan mereka mesti dimurnikan.



Ada manusia memandang cinta dengan pandangan mata biasa. Cinta mungkin remeh di pandangannya kerana terlepas pandang berkaitan dengan ‘kuasa cinta’. Ada manusia yang memandang cinta dengan pandangan akal. Cinta dianggapnya sebagai tindak balas kimia, perlu untuk kesejahteraan dan perkembangan tamadun manusia. Sungguh berfalsafah dan ilmiah pandangan ini, tetapi ia sepi dari sentuhan rasa (emosi).


Segelintir manusia melihat cinta dengan hati dan iman, dan kegagalan menggunakan mata, akal dan hati untuk melihat, pasti berakhir dengan melihat cinta dengan pandangan nafsu.



Benar sekali kata bijak pandai, “WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET”.


Dan benar sekali sambungan bidalan itu, “WHO YOU ARE DETERMINES HOW YOU SEE”.



Manusia yang mabuk cinta harus kembali disedarkan tentang siapa diri mereka. Membangkitkan jiwa seorang hamba adalah agenda besarnya. Agar dengan jiwa hamba itu, pandangan hidupnya akan melihat kehidupan ini sebagai sebuah kehambaan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala. Lalu, apa yang selayaknya untuk seorang hamba, itulah yang menjadi pilihannya. Apa yang penting di sisi Tuannya (Tuhannya), pentinglah ia di sisi si hamba ini.


Itulah sistem nilai. Pegangan manusia tentang apa yang baik, berguna, bermanfaat dan seterusnya berharga dalam hidup ini. Jika seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang asyik masyuk bercinta tidak mempunyai sebarang keinginan terhadap ganjaran akhirat, tidak punya sebarang kegerunan terhadap balasan akhirat, bisakan cintanya yang lazat itu dibuang untuk mengejar kelazatan yang jauh di alam Sana. It doesn’t make sense!





SEMINAR USTAZ CINTA


“Apalah ustaz, koman betul. Ceramah tentang cinta!” usik seorang teman.

Sulit untuk saya jelaskan.

Biar pun sudah banyak kali saya dipanggil mengisi ’seminar pengurusan cinta’, ia bukanlah deklemasi ayat-ayat cinta yang mengheret pesertanya terbang ke langit sembilan. Cinta itu tajuk yang catchy, tetapi hakikatnya ia adalah sebuah agenda mengubah dari dalam ke luar.


Mengubah kepercayaan, mengubah pandangan hidup dan mengubah nilai pegangannya. Biar pun langkah-langkah itu perlahan, ia adalah perlahan yang menjadi keperluan.

Itu untuk saya,


Manakala bagi polis-polis cinta yang begitu ghairah menyerang golongan yang dikategorikan sebagai bermasalah ini, ketahuilah bahawa tiada jalan pintas untuk membetulkan keadaan ini. Teruskan langkah-langkah banteras yang anda lakukan, namun jangan sisihkan proses membetulkan mereka secara dalam ke luar. Lapangkan dada, sabarkan jiwa, kayakan hikmah, ikhlaskan hati, niatkan segalanya kerana ALLAH… bukan pemuas nafsu amarah.


Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]