Pages

Saturday, 15 January 2011

Malam Ini.....

bismillahirrahmanirrahim

kisah mereka takkan mampu ditulis di sini..hanya mampu kami ukirkan di hati, lalu dihadam betul2 dalam bingkisan fikiran kami..

malam ini penuh memori, kami ukirkan bagi mengikat simpulan ikat mati itu..terasa kekok di awal bicara, namun dengan niat dan keinginan di hati, perasaan malu dibuang sebentar, meluah rasa yang tak mampu pun diungkap..

malam ini, jiwa kami terasa hangat..darah kami terasa laju mengalir..rasa sayang membuak2..rasa cinta yang makin mendalam..

Saturday, 18 December 2010

Carilah Islam Dengan Hati

Bismillah...

Baru tadi pulang dari kelas di amman..dah sebulan tak pergi, terasa kekok..terasa banyak ketinggalan..lepas ni kena lagi pandai susun masa..final exam pun nak dekat..minggu depan ada program, minggu depan lagi final dah..tak pergi lagi kelas...T_T

Pulang tadi tak terasa mengantuk..[biasanya kalau ulang alik ke amman naik coaster memang tidur..] kononnya nak sambung menghafal / baca quran..tapi disebabkan suasana romantik dalam coaster tu, maka niat tak diteruskan bagi menjaga hak mata yang dah makin rabun ni..

Kebetulan pula pakcik coaster pasang radio, bacaan Quran..baik ambil peluang untuk dengar sambil rehat2..pandangan dilempar jauh2 ke luar, memikirkan 'masa depan'...

Sunday, 12 December 2010

Khas Buat Mujahidah Al-Azwar


[ NIK SOLIHAH MUJAHIDAH ]

Minggu2 pertama sampai Jordan dah dengar nama kakak ni,
Jumpa je siapa2 mesti sebut nama akak ni,
awak ada kakak ke kat sini?”
“awak ni adik kak nik ke?”
“awak ni macam kak nik la”
Haih, panas betul..
Siapa gerangan kak nik ni??
Apa yang sama nya??
Teruja betul saya nak jumpa kakak sorang ni!

Friday, 3 December 2010

sAyOnarA jAhiLiyAH

tersenyum2 dia menonton kisah percintaan Shah Rukh Khan dengan Kajol..setiap masa luang akan diluangkan untuk mentafsir ayat2 cinta negara Bollywood tersebut..

habis exam dia dan kawan2 akan me'reward'kan diri dengan membuka panggung wayang versi korea..habis hardisk diselongkar, membuka satu persatu folder untuk memilih cerita yang paling menarik..

petang2 habis kelas lepak sebentar di hadapan tv..sementara menunggu masa study mungkin..terlalu banyak channel di jordan ni buat dia rambang mata memilih siaran..=.='

itu kisah tv

lain pula orang yang tak suka menonton tv..bangunnya buka laptop..kalau kat 'most visited' tu memang facebook ada di antara list atas agaknya..

Sunday, 7 November 2010

Berubah dan Mengubah

Bila bertemu bertentang mata, ada sesuatu yang kami terasa bersama..sungguh, terasa seperti dihukum bila tak punya peluang bertemu..

Tak terasa air yang mengalir dari mata itu sebagai satu pembaziran..malah ia sebagai pengubat..pengubat rindu bagi orang yang sudah terikat hatinya kerana Allah..

Kadang mahu berdoa, "seronok sejuk ni, tapi mohon dipanjangkan siang..agar kami tak punya alasan untuk berpisah"

Eh kamu,  jom tukar topik..bicara tentang tautan hati, tak cukup kalau menaip je..(^_^)

Sentiasa kan, kita perlu berubah menjadi yang lebih baik..

Kita bukan sepantas Power Rangers
Sebut 'BERUBAH!!'
Sepantas kilat boleh berubah..

Wednesday, 8 September 2010

RAMADHAN PERTAMA DAN TERAKHIR

bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum..

hari ni masuk 30 Ramadhan..esok di Jordan dan di Malaysia raya..kata senior2, biasanya kat sini puasa sampai 29hb je..tapi nak dijadikan rezeki, kami diberi peluang sehari lagi untuk topup mana yang patut..

dik nuha pun dah buat ramalan hari ni raya..(^_^)

dia datang setahun awal dari saya, memang sepatutnya dia lebih tahu keadaan kat sini..saya je tak boleh terima kenyataan tu..maklumlah, ramadhan pertama dan terakhir saya di sini (harapnya tak)

semalam terawih terakhir tahun ni..rasa macam lain macam suara imam dah bertukar..dengarnya ibu kepada Sheikh Ma'mun meninggal petang kelmarin..sebab tu bertukar imam..innalillahhiwainnailaiharaji'un..

rezeki beliau dapat kembali dalam bulan ramadhan..harapnya saya dapat juga peluang tu..