Pages

Tuesday, 11 June 2013

PhD di Jordan?? Antara impian dan harapan

Saya tahu, saya tak sehebat sahabat2 yang lain.
Tak berharta macam mereka.

Tapi paling kurang saya punya impian.
Saya tak berhenti dari membina cita-cita.

Apa yang dirasa mustahil, saya tetap akan tulis di kertas impian saya.

Ummi abah di Jordan.

Satu hari nanti, ma abah pula di Jordan.

Satu hari nanti. InsyaAllah.

Wednesday, 5 June 2013

Muraqabatullah



Aku bermimpi,
Satu hari kami bertemu,
Di dalam syurga kami berdiri,
Tersenyum puas dengan amal2 kami,
Dengan hak sahabat2 kami,
Dan kerana ukhwah antara kami..
Kami bina dengan cinta Ilahi,
Sehingga sekelian makhluk, cemburu kepada kami.

Thursday, 23 May 2013

Melukis Cita2, Bukan Angan2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, menghampiri akhir semester dua.

Syarat untuk lulus Master ni, perlu bentang paper (prosiding) di mana2 conference. Alhamdulillah, selesai presentasinya 2 minggu lepas di Bogor, Indonesia.

Untuk grad sem ni, saya perlu lepasi dua cabaran lagi, menyiapkan full paper daripada kajian yang dibentang untuk dihantar ke UKM dan lulus cemerlang final exam bulan 6 ni.

Friday, 3 May 2013

Akhawat Dirasat Islamiyyah


Assalamualaikum.

Selesai sharing online dengan akhawat dirasat Jordan, saya terasa tempias dengan aura mereka. Dulu, saya di tempat itu, tapi mengabaikan nikmat yang saya ada. Nikmat bahasa arab dan ilmu agama. Sekarang saya sedang berusaha, mendapatkan semula aura kecintaan pada bahasa arab dan ilmu agama. Dulu, saya pernah abaikan, dan sekarang saya terima akibat bila dah lama kurang bertaamul dengan kedua2nya. Saya tinggalkan pesanan tak seberapa ni, mungkin boleh ambil dan kaitkan yang mana boleh diambil.

Pesanan Murabbi

Teringat saya beberapa tahun lepas, berjumpa dengan murabbi yang dikasih, ustazah Maznah di Jordan. Masa tu, saya seorang sahaja akhawat dirasat yang ada di Irbid. Maka saya cuba curi sedikit masa untuk mintak taujihat peribadi dari ustazah. Sesi sharing khas sebentar tu benar2 saya pahat dalam hati. "Bidang
ekonomi Islam, sangat lompong tanpa enti faham usul fiqh. Belajarlah, carilah. Balik nanti boleh amalkan betul2 ekonomi Islam. Malaysia sekarang perlukan ramai orang yang belajar agama dan FAHAM"

Wednesday, 27 March 2013

الثقة باالله

Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami untuk habiskan ijazah sarjana dalam masa setahun. Tinggal ada yang nak atau tidak je.

Saya sendiri, masih ragu2.

Memilih untuk grad sem ni, saya akan sibuk dengan persediaan prosiding dan full paper. Belum termasuk exam, dan subjek ekonometrik yang saya belum jatuh cinta lagi tu T_T

Untuk orang yang ulang alik bukak kamus (baca : lemah english) masa baca artikel2 ekonomi, kadang2 rasa tak mampu. 

Untuk tarbiyah pulak, saya tak mampu nak santuni adik2 saya dengan baik pun. Apatah lagi nak perform dalam program sendiri >.<

Wednesday, 16 January 2013

Semoga Segalanya Kerana Allah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni habis exam untuk semester 1..
Habis je exam saya dan k.Nabilah Huda 'dating' di kedai arab Sawarbina di Jalan Semarak..perjalanan jauh, tapi puas hati alhamdulillah..^_^
Oh ya, cuti ni bercadang untuk stay di Bangi untuk penyusunan semula tarbiyah dan persediaan kertas kerja untuk sem depan insyaAllah..paling tidak pun saya kena banyak membaca sebab nampak ketinggalan sikit dalam kelas.. :( mungkin balik beberapa kali untuk jumpa ma abah di Kuantan insyaAllah..juga ziarah mak nadhirah yang sedang kritikal di Hospital Kuantan dan bertemu aizan dan syahirah setelah sekian lama.
Atau mungkin juga akan pulang terus sebulan di Kuantan..belum tahu lagi keputusannya.
Malam ni, insyaAllah akan mula merancang cuti supaya lebih muntij..Ada offer dari sebuah syarikat kewangan dari Kuwait, yang saya dapat tahu dari Ust Zaharuddin (pakar ekonomi Islam Malaysia) Interview online minggu depan, tapi dah tau mesti ma abah mesti tak benarkan macam kes Arab Saudi tahun lepas..so ambil pengalaman je tanpa terima boleh? :)
Fokus sekarang habiskan master insyaAllah..tukar plan taknak sambung PhD terus..kerja dulu, sebab ma abah kata nanti saya kerja nak duduk dengan saya ^_^
Semoga segalanya kerana Allah.
ما حوى العلم جميعا احد
لا ، ولو مارسه ألفي سنة
إنما العلم كبحر زاخر
فاتخذ من كل شيء أحسنة
Tiada seorang pun yang mengetahui.semua ilmu,
Tiada! Sekalipun dia belajar 2000 tahun,
Ilmu itu ibarat lautan luas terbentang,
Maka ambillah daripada setiap perkara itu apa yang terbaik.
(Syair Imam Syafie)
Laptop rosak, menulis dari phone je :(