Pages

Wednesday, 8 September 2010

RAMADHAN PERTAMA DAN TERAKHIR

bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum..

hari ni masuk 30 Ramadhan..esok di Jordan dan di Malaysia raya..kata senior2, biasanya kat sini puasa sampai 29hb je..tapi nak dijadikan rezeki, kami diberi peluang sehari lagi untuk topup mana yang patut..

dik nuha pun dah buat ramalan hari ni raya..(^_^)

dia datang setahun awal dari saya, memang sepatutnya dia lebih tahu keadaan kat sini..saya je tak boleh terima kenyataan tu..maklumlah, ramadhan pertama dan terakhir saya di sini (harapnya tak)

semalam terawih terakhir tahun ni..rasa macam lain macam suara imam dah bertukar..dengarnya ibu kepada Sheikh Ma'mun meninggal petang kelmarin..sebab tu bertukar imam..innalillahhiwainnailaiharaji'un..

rezeki beliau dapat kembali dalam bulan ramadhan..harapnya saya dapat juga peluang tu..

Saturday, 4 September 2010

JORDAN TU MACAM MANA YE KAK??

bismillahhirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, makin terasa diri sebagai seorang senior bila adik2 junior mula tiba ke Jordan..

sedikit perkongsian yang dijanjikan untuk yang bakal tiba (maaf lambat sangat post)

erm, tak tahu nak cerita apa sangat memandangkan saya bru setahun je kat sini kan??so kita cerita sikit2 je..yang selebihnya cari sendiri di sini ^_^

bermulanya kami sampai di sini kami disambut oleh senior2 dan terus menuju ke Irbid, tempat kami sekarang..

kami (akhawat) terus dibawa ke sakan yarmouk dan diberi kunci syuqqah masing2..malam tu terus diberi taklimat ringkas dan pengagihan mentor sebelum kami benar2 rehat..

alhamdulillah, esok paginya kami dibawa oleh mentor masing2 pergi membeli nombor, barang2 dan urusan2 lain (cth: makan makanan arab) yang perlu diselesaikan.

ok, selesai cerita mula2 sampai..next..

Sunday, 29 August 2010

KERJA YANG TERSUSUN


bismillahirrahmanirrahim.....

assalamualaikum...

Dah sebulan tak menulis di sini..terasa macam dah tak reti nak tulis macam mana..

Hidup seharian selama lebih sebulan ni kadang2 menganggu..tanggungjawab yang diberikan kadang2 menekan..

Berdepan dengan kerja2 dan orang sekeliling kadang2 rasa nak lari dari bumi Irbid ni [selamat dah lari ke Mafraq baru ni..heh]

Hampir setiap hari menerima cerita2 yang xbest, setiap hari memikirkan cara menyelesaikan masalah...

oo..camtu rupanya kehidupan yang memimpin..baru tau..sebelum ni hanya memandang dari bawah dan banyak kritik itu dan ini..nah, rasakan sendiri!!


sekarang tiada lagi seorang ahli PERMAI yang fleksible..di mana2 pergi ada je muka dia..heh..

Thursday, 29 July 2010

~MARI PIMPIN HATI~

Andai perjuangan ini mudah,

Pasti ramai yang menyertainya...

Andai perjuangan ini singkat,

Pasti ramai yang istiqamah...

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,

Pasti ramai yang tertarik dengannya...

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu...

Turun naiknya, sakit pedihnya...

Umpama kemanisan yang tidak terhingga...

Andai rebah bangkitlah semula...

Andai terluka ingatlah janjiNya..


Mata pena yang tajam tak semestinya bisa menjayakan misinya dengan cemerlang..tapi asalkan dia bergerak, walau apa cara sekalipun..dia tetap menuju kepada kejayaan itu..

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu
(al-Baqarah: 143)

KITA bukan pemula..KITA adalah penyambung!!

Tuesday, 27 July 2010

dari hati..

perbincangan akademik yang melibatkan masalah tasjil petang itu dah selesai..hanya tinggal tindakan yang akan mula digerakkan mulai esoknya..

kini tinggal hal2 berbangkit daripada sesiapa yang nak disampaikan..

maka tenaga dikumpul sebanyak mungkin..air mata ditahan bagi diam di dalam..tangan digenggam takut terketar..ayat disusun sebaik mungkin..nafas ditarik dalam2..

dalam hati dia berdoa..moga2 Allah selamatkan dia daripada anasir2 general dan tentera si kumpulan syaitan pada masa luahan hatinya.

"sahabat2..saya terasa kehilangan kamu..saya ingin menangis di bahu kalian..saya mahu merebut semula kasih sayang kamu..adakah saya berpeluang lagi??"

dalam diam dia terasa kesilapan diri..hak sahabat2 yang tak ditunaikan..

'kamu tak layak minta hak kamu daripada mereka kalau hak mereka kamu tak tunaikan ok!!'

Friday, 23 July 2010

R.I.N.D.U...

amaran: entri ni untuk orang tertentu sahaja...

cool..cool...cool.......

seminggu sebelum tu dah cuba nak cool..

setiap hari countdown tarikh 23hb ni..sambil2 tu dah try stabilkan emosi..

"izzati, tak sabar nak tengok tempayan pecah.."

"izzati, kita tengok nanti siapa nangis.."

"izzati, awak tak sedih ke??"

"ala, izzati tahan la tu..sat lagi........"(kakak kembar ni memang..........)

"akak, i'm the best in action..saya taknak dan takkan nangis.."~pengalaman ditinggalkan senior2 sebelum ni,.boleh cool lagi..cuba berlagak, at least cuba untuk betul2 cool masa berpisah..