Compang camping blog ni sekarang..harapnya tidak menggambarkan iman dan akhlak penulisnya T_T
Astaghfirullah..
Kemalangan
5 hari lepas,dalam perjalanan bertemu bulatan cinta, saya dan lagi 2 ukhti kemalangan. Alhamdulillah, semua selamat..tiada kecederaan teruk..
remuk jugak kereta yg dilanggar tu..bila cerita kat orang je semua nganga mulut..-langgar kereta alphard??-sesungguhnya saya bru 1st time dgr nama alphard ni.huu
Alhamdulillah..tsummalhamdulillah..
Teringat saya masa pertama kali kemalangan-sekolah rendah-Kereta Mazda merah abah. Masa tu saya memang trauma habis. Sebab kereta yang langgar kitorg tu betul2 kena badan saya belah kiri. Saya pengsan, dan bangun2 jerit sebab kaki kiri sakit sangat.
Itu dulu.
Belasan tahun selepas tu, accident kedua berlaku. Kali ni lebih teruk. Kerana saat saya merasakan saya akan menghadap Ilahi, saya terfikir amal saya terlalu sedikit. Hampir tiada mungkin. Entah yang mana akan diterima. Entah mana yang akan dihitung. Astaghfirullah T_T
Saya tak trauma accident (mungkin sikit) tapi saya lagi trauma..apa yang saya nak hadapkan kat Allah nanti.
Seakan mimpi, dah berjaya menyelesaikan perhitungan dengan pemilik Alphard tersebut, kami teruskan perjalanan. -dalam keadaan trauma-
Bertemu sang murabbi
Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan malam tu dan sempatkan peluang untuk kami berjumpa seorang murabbi yang dah lama di jalan tarbiyah ni.
sesi taaruf dan sharing dengan makcik M bermula....
Ukhti I : makcik, makcik dah lama kat jalan ni. lama..lebih 30 tahun, macam mana ye makcik boleh istiqamah?kami yg baru 2,3,4 tahun ni pun dah rasa macam2...erm..
Makcik M : 30 tahun dulu, masa makcik baya2 kamu, makcik cakap kat anak2 usrah makcik, kita akan dapat daulah Islam iA dalam masa 20 tahun lagi (10 tahun yg lepas la)..tapi kita tengok apa yang jadi sekarang. makin teruk kan?
Istiqamah, bukan kamu istiqamah pergi program2 ke apa. tu ye jugak, tapi kita kena fokus pada istiqamah dalam hubungan kita dengan tuhan dulu.
Ukhti H : pernah ada sharing makcik ni, dia tekankan jugak pasal hubungan dengan Allah ni. baru la yang lain2 jadi kuat.
Makcik M : ye, itu yang pertama. lepas tu hubungan dengan manusia, hubungan dengan akhawat ni. kita kena jaga elok2. ni la support system kita. kalau yang dah berkahwin, zauj tu la yang kena banyak tolong kita (ok, saya nak stop pasal zawaj sampai sini ^_^)
Lepas tu, cara kita melihat kehidupan sendiri, bagaimana kita tengok kehidupan kita?pergi kerja-balik kerja-apa yang kita lihat sepanjang kehidupan seharian kita. Time muda2 ni la kita kena usaha kuat2. banyakkan amal kita. mana tahu (na3uzubillah min zalik) hari tua kita, sakit ke hilang ingatan ke nyanyuk, amal2 masa muda ni la yang dikira sebagai bonus. dilipatkali gandakan sebagai ganti kita tidak berkemampuan.
So kalau amal kita sikit..sikit la bonus kita nanti ..
Persoalannya, kenapa kamu pergi usrah??
Ukhti M : untuk masuk syurga
Makcik M : Yes, memang kita nak masuk syurga..tapi adakah kita buat amalan2 untuk melayakkan diri masuk syurga?
*saya perasan masa ni semua termenung jauh..saya juga >.<
Alhamdulillah, Allah bagi musibah dan Allah terus bagi kami hibah (hadiah).
Malam tu saya makin jatuh cinta dengan bulatan cinta kami *malu nak cakap depan2*
demam dah makin pulih..harap2 tiada yang menyampaikan berita ni kat ma abah saya. :)
esok kerja iAllah..cuba untuk aplikasikan nasihat makcik :)
p/s: dialog2 di atas telah diedit2 ikut suka hati.tapi isinya tetap sama iAllah :)
salam mujahadah
Ezzah al Azwar
No comments:
Post a Comment