Pages

Monday 17 June 2013

Prof. Madya Dr Mariani Majid

Assalamualaikum.

Guru saya di sini, saya mengadu kepada beliau tentang background English saya yg tak berapa baik. Jadi kadang2 nak faham artikel2 english susah dan lambat sikit. Apatah lagi bahasa ekonomi yg selama ni belajar dlm bahasa arab.

Beliau senyum, dan nasihat dalam nada memujuk:

"Takpe, belajar perlahan2. Jangan malu tanya kalau tak faham. Banyakkan baca artikel2,,lama2 terbiasa la dengan term2 ekonomi ni..saya pun dulu macam tu juga"

Semalam habis exam paper beliau kami buat jamuan kecil-kecilan untuk beliau. Dalam menjadi wakil sahabat menyampaikan kata2 ucapan untuk beliau, saya sebak.


Terasa 2 semester belajar dgn beliau, saya banyak buat salah. Bila presentation selalu tergagap2 sebab tak faham regression. Tapi beliau tak lekang dengan senyuman, seolah2 bagi kekuatan pada kami.

Dan semalam, masing2 mengakui terasa bonding yg kuat antara kami semua dgn beliau. Sedih.

Semoga ikatan antara kami tak terhenti setakat kami bergraduasi nanti. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan dan keberkatan kepadanya.

Saya kata untuk paper semalam, saya nampak sinar 'A' untuk semua orang.

Dan katanya:

"Thank you very much to my students.... You are always A in my heart :)). Do keep in touch!"-Prof Madya Dr. Mariani

Subjek killer semester ini pula datang 'menghantui' selasa ni (esok)  =.=

Doakan.


P/s : Hari-hari pun Hari Guru :)

No comments: