Pages

Friday 17 July 2009

LA DOLCE AFNAN



Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w
Hmm..hari ini dh hampir 2 bulan saya dan sahabat2 bercuti ( kalau yg m’baca ni bdk yarmouk, kira kita la)..rasa macam nak tanya sorang2, apa yang korang buat sepanjang hari2 yang berlalu ni..yela, ada yang kerja..ada yang sibuk dengan program..ada jugak yang jadi suri rumah sepenuh masa ( termasuk yang menulis ni..hehe)..opss..ada yang dah siap assignment pun..
Jadual harian yang padat menyukarkan aktiviti membaca ( ceh, konon2la )..kalau ada yang cakap bosan duk rumah, mesti saya akan marah..sebab apa? Yela, kalau bosan, nak tanya sikit..2 juzu’ dah habis hafal??buku2 dah habis baca??yang penting, dah buat persediaan untuk naik sem depan??tapi diri sendiri pun tak terjawab soalan2 tu..hmm..tak kira la student sem2 ataupun sem4..rasanya masing2 kena buat persediaan yang mantap ( tahniah buat adik2 junior yang dah mula semak subjek2 untuk sem depan)..yang menulis ni pun tak bukak buku lagi..insyaAllah, untuk peringatan bersama…
Panjang2 ni sebenarnya nak cerita pasal LA DOLCE AFNAN…atau dalam bahasa yang 1MALAYSIA faham..THE SWEET AFNAN…rasanya antara sahabat2 pun tak kenal lagi kesayangan keluarga kami ni..kan?kan?kan?ha..gambar atas tu..AFNAN la tu..16hb 8 ni umur dia genap setahun..
Setiap hari, lepas abah dgn ma balik berniaga, mesti budak kecik ni ada sekali..habis buat kerja kat rumah, kena jaga budak kecik ni pulak??hmm..nampak macam biasa je..tapi nak jaga yang hyperactive camni memang luar biasa!!!huhu..piala2 kat rumah tu semua dah dicampaknya..bekas2 kaca dah banyak kali jatuh..pasu tinggi kat rumah dia pun dah pecah tau..tak kisah kat barang2 tu..cuma takut dia cedera je..yeke??iye..betul..xpercaye?xpercaye tanya la mak lang dia..