Pages

Thursday 29 July 2010

~MARI PIMPIN HATI~

Andai perjuangan ini mudah,

Pasti ramai yang menyertainya...

Andai perjuangan ini singkat,

Pasti ramai yang istiqamah...

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,

Pasti ramai yang tertarik dengannya...

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu...

Turun naiknya, sakit pedihnya...

Umpama kemanisan yang tidak terhingga...

Andai rebah bangkitlah semula...

Andai terluka ingatlah janjiNya..


Mata pena yang tajam tak semestinya bisa menjayakan misinya dengan cemerlang..tapi asalkan dia bergerak, walau apa cara sekalipun..dia tetap menuju kepada kejayaan itu..

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu
(al-Baqarah: 143)

KITA bukan pemula..KITA adalah penyambung!!

Tuesday 27 July 2010

dari hati..

perbincangan akademik yang melibatkan masalah tasjil petang itu dah selesai..hanya tinggal tindakan yang akan mula digerakkan mulai esoknya..

kini tinggal hal2 berbangkit daripada sesiapa yang nak disampaikan..

maka tenaga dikumpul sebanyak mungkin..air mata ditahan bagi diam di dalam..tangan digenggam takut terketar..ayat disusun sebaik mungkin..nafas ditarik dalam2..

dalam hati dia berdoa..moga2 Allah selamatkan dia daripada anasir2 general dan tentera si kumpulan syaitan pada masa luahan hatinya.

"sahabat2..saya terasa kehilangan kamu..saya ingin menangis di bahu kalian..saya mahu merebut semula kasih sayang kamu..adakah saya berpeluang lagi??"

dalam diam dia terasa kesilapan diri..hak sahabat2 yang tak ditunaikan..

'kamu tak layak minta hak kamu daripada mereka kalau hak mereka kamu tak tunaikan ok!!'

Friday 23 July 2010

R.I.N.D.U...

amaran: entri ni untuk orang tertentu sahaja...

cool..cool...cool.......

seminggu sebelum tu dah cuba nak cool..

setiap hari countdown tarikh 23hb ni..sambil2 tu dah try stabilkan emosi..

"izzati, tak sabar nak tengok tempayan pecah.."

"izzati, kita tengok nanti siapa nangis.."

"izzati, awak tak sedih ke??"

"ala, izzati tahan la tu..sat lagi........"(kakak kembar ni memang..........)

"akak, i'm the best in action..saya taknak dan takkan nangis.."~pengalaman ditinggalkan senior2 sebelum ni,.boleh cool lagi..cuba berlagak, at least cuba untuk betul2 cool masa berpisah..

Wednesday 14 July 2010

PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN

Bismillahhirrahmanirrahim..

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izinNya, saya dapat menulis ketika ini..dan hanya dengan izinNya, sahabat2 dapat membaca penulisan ini..

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Selawat dan salam ke atas pemimpin terhebat sepanjang zaman..pemimpin ikutan kita semua..berada di atas atau di bawah, kita tetap menjadikannya sebagai ikutan..pemimpin yang dikasihi..Muhammad s.a.w..

Sedikit suara seorang insan biasa yang ingin menyampaikan sesuatu..sedikit cadangan daripada yang sekarang ni menjadi salah seorang dari 18 orang di Irbid ni yang menjadi sebutan warga PERMAI minggu ni..