Pages

Wednesday 14 July 2010

PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN

Bismillahhirrahmanirrahim..

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izinNya, saya dapat menulis ketika ini..dan hanya dengan izinNya, sahabat2 dapat membaca penulisan ini..

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Selawat dan salam ke atas pemimpin terhebat sepanjang zaman..pemimpin ikutan kita semua..berada di atas atau di bawah, kita tetap menjadikannya sebagai ikutan..pemimpin yang dikasihi..Muhammad s.a.w..

Sedikit suara seorang insan biasa yang ingin menyampaikan sesuatu..sedikit cadangan daripada yang sekarang ni menjadi salah seorang dari 18 orang di Irbid ni yang menjadi sebutan warga PERMAI minggu ni..



PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN
Pemimpin ada macam ragam..ada pemimpin sekadar inginkan kuasa, maka dia lupa asal tujuan dia dipilih. Ada pemimpin dipilih kerana keterpaksaan, maka kerja yang dibuat sebagai pemimpin menjadi ‘cukup syarat’ sahaja. Ada pemimpin dia sedar akan tanggungjawabnya, maka dia akan lakukan sebaik mungkin bagi tidak menghampakan orang sekelilingnya.

Bagaimana kita nak jadi seorang pemimpin yang berkesan?? Sekadar manakah ukuran seorang pemimpin?? Lantang bersuara?? Pandai berkomunikasi?? Banyak idea??

Itu kriteria2 yang dipilih manusia..bila ditapis2, rupa2nya ada kriteria yang lebih penting yang dah digariskan Allah.. penting bagi setiap daripada kita, menjalankan tugas2 berikut yang diamanahkan kepada kita dengan sehabis baik:


Sebagai hamba, seperti mana diperingatkan kita oleh Allah swt.


وما خلقت الجن والانس إلا ليعبدون
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"

az-Zariyat (56)
begitu juga dengan tugas sebagai khalifah yang dirakamkan dalam surah al-Baqarah (30)
وإذ قال ربك للملآئكة إني جاعل في الارض خليفة
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat " Aku hendak menjadikan khalifah"


Selepas itu baru kita koreksi diri dengan tugas pemimpin yang lebih khusus:

Sebaik2 pemimpin kamu ialah mereka yang kamu suka dan yang menyukai kamu, mereka mendoakan untukmu dan kamu juga mendoakan untuk mereka , pemimpin2 kamu yang tidak baik pula, ialah mereka yang kamu tidak suka dan mereka juga tidak sukakan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu. Rasulullah ditanya: bolehkah kami memerangi mereka dengan pedang (kekuatan)?. Rasulullah menjawab: tidak boleh, selagi mereka menegakkan sembahyang dikalangan kamu, apabila kamu melihat sesuatu yg kamu tidak sukai pada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu membenci pada perbuatannya sahaja, tetapi janganlah kamu menarik balik kesetiaan kamu terhadapnya.
(riwayat Muslim, Tabrani, Baihaqi)

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ni..bagi memilih saham atau jenis pelaburan, perlu bagi kita mengkaji supaya untung ruginya kita dapat agak dan seterusnya dapat memilih pelaburan yang sesuai dan menguntungkan kita.

Ok, takyah panjangkan isu ekonomi, kita ambil contoh yang lebih dekat, andai memilih pasangan hidup perlu bagi kita ‘scan’ seseorang tu kerana pilihan itu adalah masa depan kita….

Sama sahaja dengan undian PERMAI ni. Cuma bezanya satu undian kita melibatkan ramai orang. Kami dimaklumkan jumlah warga PERMAI akan datang ialah 850 orang. Jumlah yang besar, dengan pelbagai pemikiran. Harus ada ‘wihdatul fikrah’. Pemimpin memainkan peranan yang sangat besar di situ. Maka kita adalah orang yang sangat2 penting bagi memikirkan pemimpin yang akan melaksanakan tugas ini.

MENJANA MINDA KELAS PERTAMA

Selama setahun di sini, beberapa program ada membangkitkan mengenai mahasiswa kelas pertama. Saya dan anda sedar, kita belum lagi berada dalam suasana ‘mahasiswa kelas pertama’ ini sepenuhnya. Andai berkata tentang penulisan, ramai di antara ahli2 PERMAI yang mempunyai blog yang hebat2 penulisannya. Begitu juga dengan pengucapan awam. Anda sendiri dapat melihat keberanian mereka (terutamanya para pemimpin) dalam menyampaikan idea, saranan dan semangat kepada yang lain. Tapi sekadar beberapa orang, itu tidak cukup.


Apabila pulang nanti, kita takkan jawab pada sesi temuduga “presiden kami dulu, Naqeb mempunyai kelebihan dalam pengucapan awam” atau “sahabat saya Azlan Shah mempunyai visi dan objektif yang jelas dalam melakukan sesuatu” ataupun “saudari Nur Faezza Mohtar mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin”.

Oh, itukah yang akan kita katakan? Maka di manakah kita? Siapakah kita?? Di mana keyakinan kita??

Cadangan saya agar pimpinan PERMAI akan datang dapat membawa satu perubahan besar bagi ahli. Bukan sekadar program yang mana ahli menerima sahaja. Habis program, pulang ke rumah seakan2 tidak mendapat manfaat daripada program yang dijalankan. Bagi saya kita perlu mencipta sesuatu yang lebih segar agar ahli dapat manfaat yang jauh lebih bermanfaat supaya dapat membina diri menjadi mahasiswa kelas pertama di Malaysia nanti.

Contoh program permulaan yang dapat saya lihat, ABC ( Akhawat Building Confidence) yang dijalankan bulan lepas. Program menarik yang saya kira ia menjadi tapak permulaan untuk kepelbagaian program yang menarik masa hadapan. (ABC bakal disambung, maka saya sarankan kepada semua agar sama2 kita mengikutinya). Teruskan program ceramah dan sebagainya, dalam masa yang sama kita bersama2 membuat sesuatu yang menarik seperti yang dilakukan oleh pihak PMK PERMAI ini.

Satu lagi program yang amat menarik minat saya ialah MIFC (Medico In Futuro Campeggiare). Program yang dijalankan beberapa hari lepas anjuran senior2 JUST khusus untuk pelajar JUST yang bakal masuk tahun klinikal. Saya tak berapa tahu mengenai program ni, cuma mengetahui sipi2 sahaja memandangkan selalu duduk dengan akak2 yang mengendalikan program ni. Saya nampak kepentingan praktikal di situ. Secara khususnya dalam bidang medic kalian perlukan praktikal, secara amnya, dalam bidang kehidupan yang bakal kita tempuh ni lagi la perlukan praktikal. So saya sangat nampak praktikalnya kalau kita melakukan program yang lebih praktikal!!(owh, pening)~mungkin kita boleh buat EIFC ( Economio in Futuro Campeggiare) pula lepas ni (^_^)

Seperti mana yang anda semua tahu, pelajar di Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri. Begitu juga kalian yang menghabiskan sepenuh ijazah di sini. Pengalaman kami belajar di Malaysia selama 2 tahun sebelum sambung di sini ingin kami kongsikan dengan ahli PERMAI keseluruhannya. Sepanjang 2 tahun pembelajaran di Malaysia, kami rasa berganda2 cergasnya berbanding di sini. Tidak kira di dalam atau di luar kelas. Pantang ada 1 isu ekonomi yang ditimbulkan selepas pembentangan di dalam kelas, isu itu akan diperbahaskan mengikut pendapat dan pembacaan masing2. Menarik bukan? Berbanding di sini, mungkin kerana masalah bahasa, terasa seperti bukan pelajar ekonomi kalau tidak membuat kajian sendiri di luar kelas.

Maka daripada kekurangan ini, kita harus berbuat sesuatu. Artikel ini secara umum. Andai bukan saya yang Allah pilih untuk duduk di kerusi MT, maka anda yang terpilih harus memandang perkara ini dengan lebih serius. Apa yang dilakukan oleh barisan MT PERMAI sebelum ini juga harus kita kembangkan dan praktikkan. Tidak hanya secara teori semata-mata.
UNDI 505
Kebetulan yang diatur Allah..saat saya menulis ini, inbox saya mencecah bilangan 505. Tapi bukan itu yang nak diperkatakan. Melihat akan biro publisiti JPR yang dikendalikan oleh cik Nafeesa kita, saya dapat rasakan ahli PERMAI kini tidak sabar2 untuk keluar mengundi. Nanti boleh buka kelas tak formal, cara2 nak buat video yang mantap!!

Mencapai target 505 orang ahli PERMAI yang keluar mengundi. Mustahil kah?? Semuanya di tangan kita. Andai kita mengabaikan tanggungjawab ini, itulah kunci kepada mustahilnya target ini tercapai. Jom bantu jentera pilihanraya ini. Jom bantu ahli PERMAI seluruhnya. Jom bantu diri sendiri!!!

Oh ya, mengenai kempen saya untuk saudara Zaid untuk kerusi presiden, saya dengan dengan rasa rendah diri menarik semula cadangan saya itu memandangkan beliau ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran di tahun akhir ini. Maka, silalah undi pemimpin yang benar2 anda rasa mampu dan bersedia mengemudi kapal PERMAI akan datang.

Wallahua’alam
NURUL IZZATI BINTI ABD RAZAK
TAHUN 3
EKONOMI DAN PERBANKAN ISLAM

No comments: