Pages

Saturday, 4 September 2010

JORDAN TU MACAM MANA YE KAK??

bismillahhirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, makin terasa diri sebagai seorang senior bila adik2 junior mula tiba ke Jordan..

sedikit perkongsian yang dijanjikan untuk yang bakal tiba (maaf lambat sangat post)

erm, tak tahu nak cerita apa sangat memandangkan saya bru setahun je kat sini kan??so kita cerita sikit2 je..yang selebihnya cari sendiri di sini ^_^

bermulanya kami sampai di sini kami disambut oleh senior2 dan terus menuju ke Irbid, tempat kami sekarang..

kami (akhawat) terus dibawa ke sakan yarmouk dan diberi kunci syuqqah masing2..malam tu terus diberi taklimat ringkas dan pengagihan mentor sebelum kami benar2 rehat..

alhamdulillah, esok paginya kami dibawa oleh mentor masing2 pergi membeli nombor, barang2 dan urusan2 lain (cth: makan makanan arab) yang perlu diselesaikan.

ok, selesai cerita mula2 sampai..next..


Bahasa

alhamdulillah, kat sini ramai je orang arab yang boleh bercakap dalam bahasa arab fusha berbanding di mesir yang bahasa 'ammi nya sangat kuat..

tapi, bahasa 'ammi tetap kena belajar..cuma jangan sampai tinggalkan bahasa fusha-terutamanya pelajar Yarmouk-sebab nanti pulang (habis belajar) anda akan menterjemahkan buku, baca kitab2 dalam bahasa arab fusha, bukan 'ammi.

student Just confirm2 kena terer dalam bahasa 'ammi untuk persediaan alam klinikal nanti (ye ke akak2 JUST??)

tapinya nak kata bahasa 'ammi kat sini tak jauh beza sangat dengan fushah..tambah2 sikit huruf, buat gaya2 arab sikit dengan muka confident...ha, jadilah 'ammi..heh

ada banyak cara nak belajar bahasa arab..antaranya:

1) pergi balad, try cakap2 dengan orang2 kat situ..biar bahasa lintang pukang awal2 ni..better than duduk rumah dan bahasa tak improve2..

2) gaduh dengan arab pun, kadang2 naik semangat nk cakap arab!!~apalah akak ni suh gaduh2 plak~heh..kalau perlu, macam nak tuntut hak ke apa..boleh la.

3) dalam kelas, jangan kawan dengan melayu je..kalau boleh hari2 duduk sebelah arab..kalau ambil syu3bah yang tak ramai melayu, lagi kita akan berdikari....

* pesanan awal untuk student yarmouk: ada masa nanti, duduk2 la dekat syu'un tolabah, bahagian alwaafideen (untuk international student)..situ ada orang nama aiham, dia sangat membantu kita dan tempat tu memang ramai warga2 asing kalau kita nak borak2 arab..

jangan segan untuk cakap arab yang pentingnya!!

4) ha satu lagi..diorang kat sini kalau tau kita budak baru, memang kaw2 kena tipu..so, sebolehnya nanti mula2 sampai banyak tanya senior or mentor lah..

5) ada kenal kawan2 arab kat jamiah, boleh try baca kitab depan dia..bagi dia tashihkan..sekali i'rab pun xpe ^_^

Makanan

makanan2 arab kat sini memang sedap2 belaka..so, selain asyik masak je kat rumah, ada duit lebih, jalan2 la kat syari3 jamiah..merasa makanan arab pulak..

*target saya untuk rasa setiap makanan arab yang ada kat kedai tak tercapai lagi..dah duk makan maqlubah je..^_^

* ni kalau ada kawan arab yang rapat memang dapat rasa makanan arab lah..(yeay!!baru dapat oozy dari kawan arab semalam..ha..tetiba)

duduk jauh dari family ni lah peluang untuk kita improve bab2 masak ni [akhawat la terutamanya]

Kawan arab

macam yang dah dicakap tadi lah, duduk dengan budak2 arab dalam kelas..kalau rajin, lepas kelas ajakla kawan tu duk study kat library ke( ni petua seorang senior dulu yang kaki maktabah).

tak pun kat yarmouk ada musolla mutadayyinin..situ banyak budak2 arab yang baik2 dan boleh tolong kita insyaAllah..

kalau selalu duduk masjid, lagi bagus..tegur je mana2 arab kat situ ajak borak..insyaAllah boleh buat kawan terus..

Persatuan

hidup di luar negara, jauh dari family ni penting berpersatuan..

dalam persatuan kita boleh belajar cara hidup

dalam persatuan kita boleh improve diri

dalam persatuan kita boleh kenal ramai orang

tak nak cakap banyak pasal persatuan kat sini..nanti korg bosan..rasakan sendiri...^_^

Keselamatan

point ni pun sebenarnya akan ditekankan bila adik2 semua datang sini..cumanya nak bagi general view nya..

dekat sini kalau nak keluar, eloknya berteman..jangan jalan sorang2.

kita tak digalakkan keluar malam2 kecuali ada hal penting, meeting or program yang tak dapat dielakkan..tapi ni kira special case la dan ada peraturan2 yang kita kena ikut...nanti akan diceritakan di sini..

sangat perlu berjaga2 di sini..tumpang belajar kat tempat orang ni, aspek keselamatan kita kena ambil berat la..

kat sini nanti, akhawat kat Irbid akan kenal seorang kakak yang sangat baik menguruskan pasal keselamatan ni..nanti boleh berkenal-kenalan dengan beliau ye..~speed dial no 1 nanti boleh letak no dia~

lain2 keselamatan insyaAllah ajk2 SPB di sini akan ceritakan..

Suasana ilmu

korang yang datang sini start dari 1st year (tak kira JUST or Yarmouk) digalakkan la jadi mustami3..kat jamiah Yarmouk ni peluang untuk jadi mustami3 sangat terbuka luas..yang cuma sekejap kat sini, mungkin nak kejar habiskan subjek, tapi kalau pandai susun jadual insyaAllah boleh je..

sini doktor2 nya mantap2 belaka!!rugi kalau tau nama je!!^_^

sini persatuan ada je buat kelas2 tafaqquh, bahasa arab, quran n sebagainya..rajin2 la ye grab apa yang tersedia depan mata..serius seronok suasana ilmu kat sini!!!

Penutup

terpilihnya kita ke sini, bukan sebab YP, JPA, MARA dan sebagainya yang pilih..tapi, ini aturan Allah,alhamdulillah..kita jadi insan2 yang terpilih belajar di tanah perjuangan nabi dan para sahabat..

maka, tajdid niat..datang sini ambil sebanyak2 ilmu dan pengalaman untuk bekalan 2 negeri..dunia dan akhirat...

kalau rasa datang sini duk main game, buang masa tengok cerita2 yang tak berfaedah jangan kata kamu datang sini nak belajar!!!eceh, garang pulak senior ni...heh..

dahla, panjang2 karang korang tak baca pulak..apa2 soalan boleh tanya kat sini, or facebook..

selamat datang ke bumi anbiya!!

Nurul Izzati Abd Razak
pelajar tahun akhir,
syariah (ekonomi dan perbankan Islam)
YarmoukUniversity



4 comments:

Fez said...

Betul tu kakak... Wah sangat senior awak ye. Buekk..(Haha) Tahniah2.. tak sia2 akk memperturunkan ilmu kesenioran kami semua pada awak. Tahun depan boleh dapat anugerah senior mithali kot. ye x?? hehe
Tengokkan adik-adik, jaga tarbiah, pantau ukhwah! Bissalameh inshallah. :)

Little Caliph said...

nak jugak keselamatn die tu =p

mujahidahiman said...

kak fez

waaaaahhh...super duper senior mncemar blog turun ke blog beta..hehe..mana satu ilmu kesenioran yang akak turunkan ek??hee~senior mithali??erk..gulp..insyaAllah=P

insyaAllah akanku igt setiap pesanan..thanks kak..doa dari jauh (^_^)

um
mestila..xkan nak cerita pasal sukan dan kebudayaan plak kat cni..=P

'Ezzah Al-Islam said...

antara 3 golongan senior.. yg ni golongan senior no 1 ni :P