Pages

Wednesday 8 September 2010

RAMADHAN PERTAMA DAN TERAKHIR

bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum..

hari ni masuk 30 Ramadhan..esok di Jordan dan di Malaysia raya..kata senior2, biasanya kat sini puasa sampai 29hb je..tapi nak dijadikan rezeki, kami diberi peluang sehari lagi untuk topup mana yang patut..

dik nuha pun dah buat ramalan hari ni raya..(^_^)

dia datang setahun awal dari saya, memang sepatutnya dia lebih tahu keadaan kat sini..saya je tak boleh terima kenyataan tu..maklumlah, ramadhan pertama dan terakhir saya di sini (harapnya tak)

semalam terawih terakhir tahun ni..rasa macam lain macam suara imam dah bertukar..dengarnya ibu kepada Sheikh Ma'mun meninggal petang kelmarin..sebab tu bertukar imam..innalillahhiwainnailaiharaji'un..

rezeki beliau dapat kembali dalam bulan ramadhan..harapnya saya dapat juga peluang tu..

RAMADHAN YANG DIRINDUI

terlalu banyak perkara yang berlaku dalam ramadhan kali ni..berpeluang duduk bersama2 sahabat2 dalam memperbaiki diri..sentiasa diperingatkan..masak dengan adik2 comel..stay up sampai subuh untuk belajar tentang sejarah dan peta beramai2..


mood nusantara..pengaplikasian pembelajaran dalam masakan(^_^)


seronok bersama mereka..

harap dapat terus bersama dalam masa baki setahun ni..

harap dapat sambut ramadhan sama2 lagi tahun depan..

harap terus diberi tunjuk ajar..

ramadhan kali ni pasti dirindui..bacaan sheikh Ma'mun mesti diingat2..suasana ramadhan kat sini yang sangat berbeza..moga dapat ketemu ramadhan seperti ini lagi..moga sempat bertemu ramadhan akan datang..

PERSIAPAN RAYA

ala kadar sahaja persiapan di luar negara ni..saat menulis ni pun tak terasa lagi mood raya..ramainya begitu saya rasa..kawan2 tengah membuat kuih dan ready untuk masak santapan di pagi raya tu..harapnya apa yang dibuat tu diberkati..

bermula raya bermakna kerja semakin bertambah..kami akan berpoya2 dahulu 3 raya pertama ni..raya ke4 adik2 dah datang..lepas ni terus kena bagi fokus lebih kat study, adik2 dan ahli PERMAI..

TZ kena mantap, baru yang lain2 mudah nak jalan..kena pandai dahulukan komitmen..mana yang lebih penting dan kurang penting..

ada sesuatu yang lebih penting, kena terus belajar mencuri masa untuk itu..

ramadhan pertama dan terakhir di Jordan..ada harapan untuk kembali ke sini tahun depan, menyambut ramadhan bersama adik2 comel dan berterawih dengan sheikh Ma'mun untuk betul2 kali terakhir..

selamat menyambut hari raya buat semua..selamat menge'test' diri dalam 11 bulan akan datang..

ujian pertama esok, terbangun kah kita untuk qiam??selamat~

selekoh Andaleep,
30 Ramadhan 1431H



5 comments:

ayyash said...

oii santek kek..
ini rupenye keje korg eh smlm..
patot la senyap jep pas blk ctown..
jeles tengok kek KO tu..
ouch, tukar versi!!
SAYA jeles tengok kek AWAK tu..
haha..

mujahidahiman said...

oii ayyash..
sepertimana yg dikatakan..kek ni dibuat kelmarin la syg..

AKU dgn adik berdua tu try2 je main masak2..haha..ayyash!!!

'Ezzah Al-Islam said...

salam kak,

terimakasih pnggil kami adik2 comel:P
kuikui..

kek ada je, sapa datang raya ari 1st insyaAllah sempat je merasa.. meh ayyash.. meh..

akak SEPI datang tak rumah terbuka kami ni?

mujahidahiman said...

wslm izz,

benar2 sedang berusaha mnjadi seorang kakak yang penyayang ni..target b4 tinggalkan adik2 kesayangan di Irbid ni..(^_^)

MaUt said...

salam adik yang comel, ^_^

kek kat atas tu memang mantap..kretif2..

Teruskan menulis sesuatu yang bermanfaat untuk ummah..Moga jadi saham buat kita di sana..

take care dear..blaja rajin2 ya wassalam