Pages

Wednesday 5 June 2013

Muraqabatullah



Aku bermimpi,
Satu hari kami bertemu,
Di dalam syurga kami berdiri,
Tersenyum puas dengan amal2 kami,
Dengan hak sahabat2 kami,
Dan kerana ukhwah antara kami..
Kami bina dengan cinta Ilahi,
Sehingga sekelian makhluk, cemburu kepada kami.

Dan kami berjaya meraih cinta Nabi,
Dengan cinta yang kami sedang bina hari ini.
Dan kuharap itu bukan sekadar mimpi,

Dan ia tidak akan jadi realiti,
Jika emosi jahiliah menguasai diri
Cemburu buta menganggu prestasi
Usaha dakwah berbelah bagi
Apatah lagi tarbiyah diri.



Saya mengalami rasa down yang agak kritikal seminggu dua ni..tekanan assignment, presentation dan final yang akan menghampiri..dan saya tahu dengan terus tersenyum paling kurang saya dapat beri kekuatan pada kawan2 yang turut sama merasa final sem master ni insyaAllah.

Lagi menambah perencah dalam tekanan ni, saya tak dapat mengawal emosi dan akhirnya membawa masalah ukhwah yang agak kritikal sehingga kini.

Muraqabatullah

Saya berbual dengan seorang ukhti, meminta nasihat, bagaimana saya boleh membumikan teori 'memenuhkan hati dengan cinta Allah'..ringkas dia jawab "satu je izzati sayang, ingat setiap apa yang kita buat ni Allah lihat". Muhasabah. Merasai muraqabatullah dalam setiap apa yang dibuat saya rasa ini tips yang sangat dekat. Semoga yang menulis ni istiqamah dalam mengimani perkara ni begitu juga yang membaca.

Sedang menyusun buku, saya terjumpa surat yang saya tulis setahun yang lepas tapi tak hantar2 kat seorang ukhti ni. Ada nukilan sajak di atas (yang bawah2 tu saya baru tambah). Semoga ukhti tersebut memaafkan kegopohan dan kesalahan saya, kerana emosi2 jahiliah saya tersalah kata akhirnya tak dilayan sampai sekarang >.<

Dan semoga akhawat semua bukan sekadar bermimpi tentang ini, tapi juga berimpian untuk mendapatkan ukhwah yang cantik ni. Bila berimpian, tentu sekali perlu berusaha. Berusaha dalam memperbaiki diri sebelum cuba2 membaiki ukhwah yang tercalar. Kerana semuanya dari Allah, jika diri tidak dijaga bagaimana para daie boleh berdiri dengan yakin membawa agama ni?

Semoga berhasil membuang saki baki emosi jahiliah ni..cukup2 la Izzati! Banyak kerja dan peluang menanti di depan!




Pelajar tahun satu dan akhir UK Malaysia.
RoadToFinal


No comments: