Pages

Tuesday 11 June 2013

PhD di Jordan?? Antara impian dan harapan

Saya tahu, saya tak sehebat sahabat2 yang lain.
Tak berharta macam mereka.

Tapi paling kurang saya punya impian.
Saya tak berhenti dari membina cita-cita.

Apa yang dirasa mustahil, saya tetap akan tulis di kertas impian saya.

Ummi abah di Jordan.

Satu hari nanti, ma abah pula di Jordan.

Satu hari nanti. InsyaAllah.


--------------------------------------------

Syura hari ni.

"Izzati, sambung PhD di Jordan la"

Untuk bantu dakwah di sana, cadangan ni sangat saya raikan dan buat saya terfikir lama tadi walaupun saya ni siapa je la.

Tapi, bukan mudah nak buat PhD di negara arab walaupun dah ada pengalaman masa degree dulu..

Buatnya bertahun2 tak siap, susah hati juga.
Lain rasanya kalau dah ada ikatan (suami) dan ikatan (universiti hantar untuk sambung).

Dan paling penting bukan bidang ekonomi dah saya ambil.
Mungkin bidang kegemaran saya, fiqh wa usuluhu.

---------------------------------------------

Cukup.

Saya masih di sini.
Final master bermula Jumaat ni.

Hari ini hati sedikit senang jumpa adik kesayangan, Arfie yang pulang dari Jordan untuk attachment 5th year Medic dia.

Juga Husna yang saya baru jumpa hari ni tapi rasa macam dah kenal lama.

Semoga Allah gagahkan langkah ukhti berdua ni di jalan ini.

Sambung baca artikel untuk exam.

Impian tetap impian.
Ia bukan sekadar harapan.
Impian tetap impian.
Satu hari nanti akan ku buktikan.

Sekian.

No comments: