Pages

Saturday 11 October 2014

Usrah Manchester United

Hari ni, 11 Oktober 2014.

Sebulan lebih sejak melangkah naik satu tangga. Tidak banyak kehidupan berubah melainkan perhubungan dua hala dengan orang yang pernah asing dalam hidup saya. Memandangkan kami jarang berjumpa, maka taaruf yang berterusan agak terhad berbanding yang tinggal sekali.

Kerja, bertambah banyak. Menyantuni pelajar-pelajar, membuat persiapan untuk 3 subjek mengajar semester ini, membuat kertas soalan untuk ketiga2 subjek dan membuat research.

Untung saya, dalam kesibukan, masih dapat duduk bersama ahli usrah, baca Quran sama-sama, setiap minggu jumpa anak2 usrah, yang kadang2 aktif sharing tentang dakwah kampus yang mereka lakukan. Kalau tiada apa2 pun, kerap kali saya berjumpa dengan student berbual soal kehidupan.

Ya, saya berasa hidup dengan kerja sekarang. Dalam kepenatan saya ada kegembiraan, lebih2 lagi salah satu subjek saya mengajar adalah Usul Fiqh. Tak terlalu rigid, maka saya selitkan dengan cerita, pengalaman dan nasihat kepada pelajar2 saya.

Semalam liqa pertama saya dengan sahabat. Sedang makan malam tiba2 beliau minta usrah. Kaget, tapi ini peluang saya share apa yang saya dapat dalam tarbiyah. Setelah beberapa bulan kami hidup dalam suasana robot-pergi kerja pagi-malam balik sambung kerja- esok ulang lagi-

Kata murabbi, kalau dah takde apa nak share, maka share la ayat2 Quran!

Dan lepas termenung lama (tak tahu apa nak share) Allah gerakkan saya untuk buka surah al-Furqan (tafsir 'ibadurrahman).

Lepas dapat tafsir ni kat bangunan Manchester United beberapa tahun lepas, antara azam kami adalah berusaha sampaikan tarbiyah sehingga dapat 'takluk' bangunan tu (orang takkan puji dah MU atau bola tapi orang ramai akan fokus pada tarbiyah). Dan boleh buat usrah sesuka hati di situ -sebab kena halau dengan guard mat saleh kat situ.

Himmah yang mungkin tak sama, tapi zouq itu masih ada.

Maka saya sampaikan mana yang mampu.  Tadabbur dan video ISK.

Mengapa kita diberi gelaran 'ibadurrahman. Bukan calang2 gelaran tu. Dan bukan ciri2 biasa yang diperlukan.

Tunduk.

Dan yang menyampaikan ini masih jauh. sangat. Konon kerana rindukan tarbiyah bumi anbiya', tapi hanya alasan dapat diberi punca mencairkan diri.

Tiba masa sahabat meluahkan sambil menangis, kerana apa tiba2 dia minta usrah. Kerana terasa kosong. Hidupnya seharian penuh dengan formula dan nota2.

Saya tunduk kembali. Betapa, mereka menyentuh hati saya malam semalam, even saya yang menyampaikan.

Kagum dengan dia. Selalu memberi nasihat, untuk betulkan niat semula sentiasa. Selalu bagi semangat dan sokongan, agar tidak ketinggalan berbanding yang lain.






Bukan lagi perjuangan robot, insyaAllah.