Pages

Wednesday 16 June 2010

KEMBARA SYRIA~Musafir Penuh Erti

Bismillahhirrahmanirrahim…

Selawat dan salam ke atas mujahid teragung, nabi Muhammad s.a.w…selaut kasih untuk para sahabat, pejuang2 agama..serta pemimpin yang sangat ku kagumi saat ini, SALAHUDDIN AL AYUBI…

Alhamdulillah, perancangan musim cuti kami berjalan lancar..berjalan2 di Syria sambil mengutip sejarah2 tinggalan para pejuang lalu menyerap semangat mereka selama 4 hari 3 malam memberi kesan yang amat sangat pada sebahagian daripada kami.

Menariknya bumi Syam ini kawan2, Rasulullah pernah berdoa supaya bumi Syam ini terus subur (mafhumnya):
“Ya Allah, berkatilah bumi Syam dan bumi Yaman ini”. lalu datang seorang sahabat bertanya.. “mengapa engkau tidak mendoakan bumi Najad sekali ya Rasulullah??”..soalan tersebut tidak dijawab sehingga kali ke3 ditanya, baginda menjawab, “aku tidak akan mendoakan tempat itu kerana sesungguhnya ia adalah tempat keluarnya tanduk2 syaitan ( طلوع الشيطان )..

Saya dah berjanji dengan sahabat2 agar menulis sekurang2nya satu siri daripada perjalanan kami selama 4 hari ini sebelum program lain masuk dalam jadual. Maka saya luangkan sedikit masa hari ini untuk mencatat apa yang saya mampu. Tema jaulah kali ini adalah MUSAFIR PENUH ERTI...

Mari mulakan perjalanan….

Kami dijadualkan akan bertolak jam 6 pagi pada 11 Jun 2010 (Jumaat) menaiki bas..malam itu, di saat mereka mengemas2 beg, saya menghabiskan sedikit masa saya dengan menonton Kingdom of Heaven (puas nak cari cerita ni)…mengambil sedikit semangat (walaupun cerita tu banyak menipu)..dan teman saya pada jaulah kali ini ialah buku Salahudin (penajanya k.Farah..thanks kak..2 kali dah saya baca buku ni)

11/6/2010 (AMAZING BUSRO)

Seawal pagi kami menunggu di depan sakan (bab2 nak berjalan masing2 sangat menepati waktu..heh)..semangat tu tetap membara walaupun bas sampai lewat..bas bergerak jam 7.41 pagi (lewat 1 jam dari perancangan)..

Bila dah tak cukup tidur malam tu, maka dalam perjalanan, saya pun layan………..
“sampaikan khabar gembira kepada semua orang Islam..kita sudah memiliki semula Baitulmaqdis!!!” wajah Sultan Salahudin yang tersenyum itu saya pandang dengan kegembiraan..kuda yang ditunggangnya lagi menampakkan kehebatannya..
Dengan sepantas kilat, saya berlari di tengah padang pasir itu lalu menuju ke arah tentera2 muslimin bagi menyampaikan khabar gembira tu..

Tiba2…..

Bangun2..kita dah sampai border!!jom turun, jalan2 kat sini dulu..


Adeh, suara siapalah ni yang ganggu mimpi saya..takpe, sekurang2nya permulaan kembara ni saya dapat ukirkan senyuman ‘gila’..mimpi Salahuddin Al-Ayubi..siapa tak gembira!!
............................
Alhamdulillah, kami sampai di Syria jam 12.15 tengahari..hari ni kami cuma berjalan2 di sekitar Busro..maka tempat pertama kami adalah di MABRAK NAQAH..tempat ni dikatakan ada tapak kaki unta Rasulullah…di dinding dalam tempat tersebut ada terukir tulisan هذا مسجد رسول الله ..subhanallah..terasa dekat..





kesan tapak unta Rasulullah s.a.w dalam keadaan duduk


seterusnya kami ke sebelah je tempat ni..namanya MADRASAH IBNU KATHIR..yang belajar ilmu agama, siapa je yang tak kenal tokoh ini..kitabnya البداية والنهاية pasti ada di rak buku pelajar2..paling tidak, tafsir Ibnu Kathir yang sememangnya menjadi rujukan utama bagi yang ingin memahami tafsiran ayat2 Quran dengan lebih jelas..



pintu biru kecil tu adalah tempat masuk madrasah Ibnu Kathir



mihrab kecil yang digunakan sebagai ruang solat

di antara ruang di dalam madrasah tempat beliau mengajar dan mengarang kitab

di sinilah tempat tokoh ini mengajar dan mengarang kitabnya..diceritakan, sebelum beliau meninggal, beliau meminta supaya jasadnya ditanam di sebelah maqam gurunya (Ibnu Taimiyah) di Damsyiq..

........................
tengahari tu kami makan santapan yang sangat sedap alhamdulillah, dalam sebuah kenderaan besar yang ber'aircond'..(masing2 memang taknak keluar dari bas sebab panas sangat)..

........................

kami seterusnya terus menuju ke QAL'AH BUSRO (Kota Kuno Busro)..sedikit cerita yang dikongsikan, dahulunya, tempat tu bukanlah terdiri daripada bangsa Arab penduduknya..malah mereka juga bukanlah Islam..hanya selepas baginda Rasulullah s.a.w berdagang ke situ, semuanya bertukar..sehingga kini, majoriti dari mereka adalah keturunan Arab dan Islam..wah..betapa hebatnya perjuangan baginda s.a.w!!rasa tak??rasa tak??


kota Busro yang berjaya ditakluk Islam

colloseum yang paling lengkap..(qal'ah kat Jerash pula kota yang paling lengkap)

aktiviti rasmi mereka dulu: acara melaga2kan manusia dengan singa di tengah2 colloseum ni..erk!!


konsep colloseum adalah hampir sama dengan seluruh colloseum yang ada di dunia ini~colloseum merupakan kesan peninggalan jajahan rom..jadi konsep & latar pemerintahan semua tempat yang pernah menjadi tawanan & jajahan rom adalah sama..colloseum merupakan lambang & tanda yang paling masyhur dan unik di zaman penjajahan ini..(copy paste dari huda)

tingkat atas kota ni : tempat penyembahan mereka..selepas Salahuddin dan tentera2 Islam berjaya menawan kota ni, berhala2 ni dihancurkan..


antara kesan2 tinggalan..


(adeh, penat dah menulis)

kesan2 di luar colloseum

atas tu adalah katil..nak tau cerita??nak tau??nak tau??

begini....

dahulunya, seorang raja ni (entahlah raja mana, yang pasti bukan Islam) sangat menjaga anaknya..satu hari ada tukang tilik cakap anak perempuannya itu akan mati..dia sangat takut akan kematian ananknya itu, maka dibinalah katil yang amat tinggi ni..setiap hari makanan anak ini ditarik ke atas...sehinggalah suatu hari, makanan yang ditarik setiap hari tu ada racun (kala jengking)..maka mati lah juga dia walaupun sangat dijaga sampai buat katil tinggi2..

أينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم في بروج مّشيّدة

di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh..(an-nisa' :78)
~rasa macam tengah bercerita kat budak kecil yang nak tidur~(^_^)

alhamdulillah, bas serba mewah kami terus menuju ke dhorih Imam Nawawi..di dhorih ini ada pokok besar (saya diberitahu usianya mencecah 700 tahun)..diceritakan bahawa dahulunya masyarakat di situ ada kepercayaan syirik..mereka percaya pokok ni boleh buat ubat..macam2 lah dilakukan mereka pada pokok ni..maka Allah membakar pokok besar ni dan seluruh kampung tersebut..ajaibnya, dengan izin Allah, sehingga sekarang pokok ni hidup..malah pokok ni terus membesar sampai terkeluar dahannya dari bangunan dhorih ni..kat pokok ni juga ada kalimah لا إله إلا الله...malah, kulit pokok ni tak boleh nak dikikis (kikis??apa istilah yang tepat ye??saya tak tahu nak cakap apa)..heh


pokok yang masih hidup dan terus membesar sekarang

beza maqam dengan dhorih : maqam, mungkin jasad ada atau tidak ada dalam tu..dhorih, disepakati ada jasad dalam tu..WA
terus..terus...terus menulis.......

kami seterusnya menuju ke maqam nabi Allah Ayyub dan telaganya dan yang tidak jauh dari dhorih Imam Nawawi..

maqam Nabi Ayyub a.s

telaga yang dikatakan tempat Nabi Ayyub a.s mandi ketika baginda ditimpa penyakit sopak..baginda sembuh setelah mandi di telaga ni..


lastly, kami ke maqam Sa'ad bin Abi Ubaidah..tapi malangnya maqam tersebut tidak dijaga..kotor dan berbau..mengapa jadi camtu??siapakah beliau??calon khalifah, pengganti Rasulullah s.a.w..tapi kenapa teruk sangat ye tak dijaga??saya takde gambar last ni..nantilah kalau ada saya masukkan insyaAllah..

saya dah penat menaip..nanti sambung lagi...

oh ya, jam 6.15 petang kami selesai ziarah kesemua tempat yang dirancang alhamdulillah..maka bas terus meluncur laju ke Dimasyq yang jauhnya 73km dari situ...kami menginap di Hotel Hateem, dalam perkampungan Syiah (nak berkenalan dengan puak ni dengan lebih rapat..hehe)

wallahua'lam

sakan jamiah,
Irbid, Jordan

3 comments:

Fez said...

Nice shot! Dan terserlah semangat Salahuddin al-ayubi nya. Akk tngok versi Mesir punya Salahudin. Memang feel lah.. Ni yang tak sabar nak visit syria lagi ni..

mujahidahiman said...

1st reader eh?laju je akak..huhu..

versi mesir???ada ke??ada ke??awat xckp?nak2!!

Azlin Nurain Hj Adnan said...

terima kasih atas perkongsian penuh manfaat. salam kenal :)