Pages

Thursday 19 March 2015

Muslimah

Muslimah, Saat tunduk kau kebawah, Bakal terjaga kecantikan sebenarmu, Saat kau bijak berkata2 menjulang agama, Terserlah obsesi syurga pada jiwamu, Saat tangis kau gugur ke tanah, Itu bukan kerna kau lemah, Tapi tangismu pengganti kepada kelantangan kata-katamu, Kerna kerap kali Muslimah itu perlu masa sendiri Muhasabah pada khilaf yang terjadi Sebab kita bukan sempurna Cuma menjejak yang sempurna
Muslimah, Dunia ini milik kita, Bila kau tahu cara berjalan di atasnya, Bila jiwa kau tidak lebur hanya untuk dunia, Madahmu hanya untuk yang halal, Senyumanmu hanya untuk sesama wanita, Juga buat ahli yang layak buatmu, Jasadmu cukup disentuh oleh yang berhak,

Dan tika itu kau harus tahu, Bukan dunia semata bakal kau nikmati, Syurga nanti kau akan miliki mahligai sendiri, Jejak sahabiah pasti kau ikuti, Kerna itu adalah sebuah janji, Di dunia kau merendah diri, Di syurga segala nikmat yang tak tergambar
Muslimah, Aku tidak pinta agar kau menyembunyi diri, Apatah lagi diam tanpa bersuara Cukup hanya kata ini sebagai bekalan, Pelihara dirimu selagi mampu, Tidak rugi kau menjaga diri, Agar tidak menjadi punca kepada si lelaki mengail dosa, Biar kau jadi duta kecil pada Islam, Berdiri dengan megah pada tempatnya, Dan terkadang perlu sembunyi jauhi fitnah.
Muslimah itu harta yang tidak ternilai, Dan harus berusaha untuk menjadi harta tersebut. Rasulullah ketika ditanya Saidina Umar, 'Harta apa yang sebaiknya dimiliki?' Jawab baginda s.a.w, ‘Isteri mu’minah yang menolongmu dalam perkara akhirat’ Apa lagi kau mahu wahai muslimah? Urusan syurgamu banyak dipermudah, Melalui urusan dunia yang perlu dijaga,
Aku jadikan para sahabiah untuk menjadi muslimah terbaik, Dan aku jejak langkah srikandi medan jihad Khaulah al-Azwar, Kerana aku seorang muslimah, Ingin menjadi wanita syurga yang lahir di dunia, Mengambil ibrah pada yang lainnya, Dan kembali ke syurga. Moga kita berusaha menjadi wanita syurga itu, Lantas punya peluang untuk bersama-sama dalam barisan srikandi syurga.
p/s: Puisi ini dibacakan pada malam muslimah 'Girls Night Out' (Ekspo Dunia Islam) anjuran mahasiswa UMS Kampus Antarabangsa Labuan oleh Nurul Amirah dan Nurul Fariha pada 12 March 2015
Hasil nukilan: Ezzah al-Azwar 11032015 Pulau Tarbiyah, Labuan

3 comments:

Unknown said...

Salam , sy lulusan stam 2014 , Jayyid . SPM 2013 , BA dpt B . Kalu nak smbg blajar di Jordan , tpi scra persendirian . Kat mne sy perlu dftr selain kpm ? Harap dapat bantu sy .

Unknown said...

Salam , sy lulusan stam 2014 , Jayyid . SPM 2013 , BA dpt B . Kalu nak smbg blajar di Jordan , tpi scra persendirian . Kat mne sy perlu dftr selain kpm ? Harap dapat bantu sy .

.:ladang akhirat:. said...

boleh mesej di FB saya Iman Najwa?