Pages

Thursday 6 October 2011

Sabar dan Sobbar


Bismillah..

Dah 2 bulan saya pulang ke Malaysia..Dan macam yang biasa kita dengar, cabaran kat Malaysia ni lagi mantap..memang segalanya kena mula dari kemahuan dan iman sendiri..dan saya, di sini..di permulaan jalan ini.

Dan seperti biasa, Allah akan menghantar sesuatu untuk motivasi hamba-hambaNya..motivasi saya hari ni, mengenai SABAR dan SOBBAR

Sabar manusia vs sabar kaktus

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Cuba anda bayangkan, sebelum anda pergi ke kerja / sekolah, ada orang meletakkan suatu pohon di hadapan rumah anda..

Dan anda akan terfikir-fikir, siapa yang nak bagi pohon tiba-tiba ni? Dahlah bukan hari lahir anda hari ni, bukan juga apa-apa hari istimewa dalam hidup anda. Maka apa yang anda akan buat?

Monday 8 August 2011

Hadiah terbaik saya di Jordan :)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah dua tahun, saya kembali ke Malaysia..

Sehingga ke saat ini, saya masih merindui Jordan, merindui adik yang tak pernah mahu berpisah jauh dari saya, anak2 yang suka bermanja2 minta mamanya ceritakan kisah2 dalam raheeq makhtum, merindui sahabat2 usrah yang selalu bagi support, PERMAI yang banyak mengajar saya, dan sahabat2 yang selalu berada di sisi.

Saya masih merindui hot chocolate kegemaran saya, dating di abu Mahmud, makan sawani dan Nescafe salj. 

Rindu pergi ke hadiqah, rindu masjid Jamiah, rindu segala2nya..arrrrrrrrrrrrrrggggggghhhhhhh rindunya!!!

Wednesday 15 June 2011

dakwah ini kita tanggung bersama..



Aku melihat jundi-jundi yang bergerak,
Dan aku merasa jiwa-jiwa yang hidup,
Terus diri ini terkesima,
Dadaku terasa sesak,
Sesak dengan kefahaman diri sendiri..

Lalu ku koreksi semula,
Ke arah manakah ku membawa manusia??
Sedih, pilu, ku rasa hancur hatiku,
Ah, aku mengetahui, tapi ku tidak merasai,
Aku tahu ke mana harus ke membawa mereka,
Tetapi ku tidak merasainya..
Maka beranikah aku terus mengatakan,
Bahawa aku sedang membawa agama Allah??

Sunday 1 May 2011

laporan nuh

assalamualaikum..

rujuk 71: 5-20

Nuh berusaha siang dan malam,

Nuh berdakwah secara terang-terangan,

Kemudian menyeru secara  sulit,

Tetap bersungguh-sungguh walaupun ditentang dan dihina oleh kaumnya..

Dakwahnya bukan setahun dua, bukan beberapa ketika...tetapi 'seribu illa lima puluh'. sudahlah bilangan pengikutnya hampir tidak bertambah, ditambah pula tentangan2 yang makin mengganas..


ini laporan akhir nabi Nuh kepada Tuhannya..

bagaimana laporan kita nanti??

Wednesday 16 March 2011

penat~

assalamualaikum~

saya ingat dah nak tutup blog ni..dah lama  tak update, sebab rasa tersekat nak menulis..banyak yang nak disampaikan tapi tak terluah..

saya tak nak luangkan masa saya untuk menaip sesuatu di sini, tapi akhirnya masa tu terbazir sebab anda baca tanpa ada perasaan..

saya bimbang kadang2 penulisan saya tak menggambarkan seorang muslim yang sepatutnya..

saya rasa berat dan geram kalau kadang2 saya tak mampu nak beritahu semua apa yang saya rasa dan faham sebab bukan semua mengenali diri saya..

Saturday 5 February 2011

winter break 2011

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt..

setelah sekian lama, setelah diminta oleh anak2 kecil untuk menulis sesuatu..maka malam ni diperuntukkan sedikit masa untuk menulis..

Tiga dua minggu bercuti, ditinggalkan sahabat2 dan adik2 yang keluar dari Jordan memberi sesuatu yang amat berkesan pada diri saya..


  • saya mengenal sekumpulan mereka, yang sama2 saling memegang tangan, berlari menuju kepada Pencipta..mereka mengalirkan semangat yang luar biasa kepada saya..bersama mereka saya mengenal lebih dalam lagi tentang diri saya..~R--S--


Saturday 15 January 2011

Malam Ini.....

bismillahirrahmanirrahim

kisah mereka takkan mampu ditulis di sini..hanya mampu kami ukirkan di hati, lalu dihadam betul2 dalam bingkisan fikiran kami..

malam ini penuh memori, kami ukirkan bagi mengikat simpulan ikat mati itu..terasa kekok di awal bicara, namun dengan niat dan keinginan di hati, perasaan malu dibuang sebentar, meluah rasa yang tak mampu pun diungkap..

malam ini, jiwa kami terasa hangat..darah kami terasa laju mengalir..rasa sayang membuak2..rasa cinta yang makin mendalam..