Pages

Thursday 6 October 2011

Sabar dan Sobbar


Bismillah..

Dah 2 bulan saya pulang ke Malaysia..Dan macam yang biasa kita dengar, cabaran kat Malaysia ni lagi mantap..memang segalanya kena mula dari kemahuan dan iman sendiri..dan saya, di sini..di permulaan jalan ini.

Dan seperti biasa, Allah akan menghantar sesuatu untuk motivasi hamba-hambaNya..motivasi saya hari ni, mengenai SABAR dan SOBBAR

Sabar manusia vs sabar kaktus

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Cuba anda bayangkan, sebelum anda pergi ke kerja / sekolah, ada orang meletakkan suatu pohon di hadapan rumah anda..

Dan anda akan terfikir-fikir, siapa yang nak bagi pohon tiba-tiba ni? Dahlah bukan hari lahir anda hari ni, bukan juga apa-apa hari istimewa dalam hidup anda. Maka apa yang anda akan buat?


Bila dilihat-lihat, tiadalah pohon itu istimewa sangat..tidak berdaun, malah berduri. Maka anda memandang jelek akan pohon tersebut..memandang rendah akan pemberinya yang mungkin tiada motif memberikan pohon sedemikian kepada anda.

Maka anda pun akan mula cari siapa yang pohon tu..bermula dengan jiran, atau orang yang rapat.

Pohon itu adalah pohon kaktus yang berduri..tiadalah warnanya secerah dan secantik bunga bagi pandangan manusia..

Erk..apa kaitan sabar dengan kaktus?

Jom cek ayat ni :

 إن في ذلك لأيت لكل صبّار شكور
[14 : 5]
[31 : 31]
[34 : 19]
[42 :33]

صبّار” bermaksud orang yang bersabar..dan juga bermaksud POKOK KAKTUS

Mari kita lihat bagaimana pokok kaktus hidup..kaktus tidak memerlukan air macam pokok lain untuk hidup. 

Berada di tengah-tengah panas, pokok kaktus ada cara lain untuk mendapatkan sesuatu untuk hidup. Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akak bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. dan pokok kaktus akan menyerap sebanyak mungkin air supaya boleh hidup semasa musim kering. 

Selain itu, duri pada pokok kaktus pun berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan. Pada waktu inilah pokok ini menyimpan CO2 dari lingkungan dan menyimpannya di vakuola dan digunakan ketika fotosintesis berlangsung.

Cuba kita lihat semula, masa kita tengah hadapi ujian, sedih, tension dan sebagainya, orang sekeliling kita akan cakap:

“sabarlah, ni ujian daripada Allah”

“sabar, mana tahu ada yang lebih baik nanti”

Dan sebagainya..

Sabar yang disampaikan itu adalah sabar yang menyedapkan perasaan sahaja. Kadang-kadang sabar itu jadi penyembuh luka buat sementara.

 “Menanti yang lebih baik, bersabarlah dahulu”

Ramai yang menggunakan sabar ni hanya sebagai alasan untuk menunggu, tanpa disedari. Maka jadilah sabar ini hanya sebagai perkataan untuk penenang, bahkan hanya sementara je kita dapat ketenangan tu. 

Sehinggakan ada yang menggunakan modal ‘sabar’ sehingga melalaikan diri daripada tanggungjawab sebenar

Sabar manusia : menunggu

Sabar kaktus : usaha untuk terus hidup

Marilah kita ikut cara sabar kaktus. Sabar yang tidak hanya menunggu sesuatu datang kepadanya, sabar yang menggerakkan, malah sabar yang mengubah masyarakat kepada yang lebih baik. Dan dengan sabar itu, tanpa was-was lagi kita boleh katakan itulah sabar yang lebih dituntut, berbanding sabar pengubat hati sementara tanpa melakukan apa2.

wallahua'lam
ezzah al azwar,
penganggur dunia, pekerja akhirat
inderapura.


No comments: