Pages

Monday 8 August 2011

Hadiah terbaik saya di Jordan :)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah dua tahun, saya kembali ke Malaysia..

Sehingga ke saat ini, saya masih merindui Jordan, merindui adik yang tak pernah mahu berpisah jauh dari saya, anak2 yang suka bermanja2 minta mamanya ceritakan kisah2 dalam raheeq makhtum, merindui sahabat2 usrah yang selalu bagi support, PERMAI yang banyak mengajar saya, dan sahabat2 yang selalu berada di sisi.

Saya masih merindui hot chocolate kegemaran saya, dating di abu Mahmud, makan sawani dan Nescafe salj. 

Rindu pergi ke hadiqah, rindu masjid Jamiah, rindu segala2nya..arrrrrrrrrrrrrrggggggghhhhhhh rindunya!!!

Hakikatnya, saya tiada lagi di sana..bersama-sama mereka untuk berfikir, berzikir dan beramal.

Tiada lagi kata2 semangat yang dibisikkan di telinga untuk terus study dan positif pada dia.

Segalanya akan jadi kenangan.. 2 tahun yang tidak pernah saya jangkakan sebelum pergi dahulu, kini saya bersyukur sebab saya dapat semua tu walaupun tak banyak.

HADIAH TERBAIK SAYA

Hadiah terbaik saya adalah TARBIYAH di Jordan. Terima kasih kepada Tuhan, memberi saya peluang untuk memahami Islam yang sebenar..

Kehidupan di Jordan juga adalah tarbiyah untuk saya, dan berfikir untuk ahli PERMAI juga adalah tarbiyah yang hebat buat saya dan sahabat2 amm PERMAI.

Cuma TARBIYAH yang saya maksudkan adalah apabila kami sama2 dalam halaqah membincangkan isu Islam..jatuh bangun saya dalam menyampaikan Islam yang sebenar. rasa down, tak mampu nak stabilkan antara semua komitmen..dalam diam dituduh dengan pelbagai tuduhan..study jatuh dan sebagainya.benarlah jalan yang saya pilih ini adalah jalan murabbi kita, Muhammad s.a.w..walaupun pengorbanan nabi dan para sahabat jauh lagi besar, tapi saya sangaaatttttttttt gembira Alhamdulillah dengan ujian2 yang saya terima..tanda saya benar2 mahukan jalan ini J

Terima kasih para murabbi yang tidak pernah penat mendidik saya kerana tuntutan agama ini bukan tuntutan mudah. Bukan sekadar menyampaikan, tapi setiap hari berfikir untuk Islam..subhanallah, saya amat kagum dengan mereka.

Hadiah terbaik saya juga adalah dia..dialah sahabat, adik dan murabbi saya..yang kami berjanji setia untuk terus berusaha saling mengasihi kerana rindunya kami untuk bertemu Allah..kerana kami yakin kasih yang kami tanamkan ini hanya kerana Allah..

mimi dan nunu..kenangan terakhir kami..:)

Berjanji adik, terus berusaha untuk sentiasa positif..dan tunggu hadiah kakak 2 tahun lagi J

ezzah al-azwar,
inderapura, kuantan.

1 comment:

naDhi_islamiC said...

sweetnyer akak! tggu saya kat jordan jugak taux ^_^