Pages

Thursday 23 May 2013

Melukis Cita2, Bukan Angan2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, menghampiri akhir semester dua.

Syarat untuk lulus Master ni, perlu bentang paper (prosiding) di mana2 conference. Alhamdulillah, selesai presentasinya 2 minggu lepas di Bogor, Indonesia.

Untuk grad sem ni, saya perlu lepasi dua cabaran lagi, menyiapkan full paper daripada kajian yang dibentang untuk dihantar ke UKM dan lulus cemerlang final exam bulan 6 ni.

Friday 3 May 2013

Akhawat Dirasat Islamiyyah


Assalamualaikum.

Selesai sharing online dengan akhawat dirasat Jordan, saya terasa tempias dengan aura mereka. Dulu, saya di tempat itu, tapi mengabaikan nikmat yang saya ada. Nikmat bahasa arab dan ilmu agama. Sekarang saya sedang berusaha, mendapatkan semula aura kecintaan pada bahasa arab dan ilmu agama. Dulu, saya pernah abaikan, dan sekarang saya terima akibat bila dah lama kurang bertaamul dengan kedua2nya. Saya tinggalkan pesanan tak seberapa ni, mungkin boleh ambil dan kaitkan yang mana boleh diambil.

Pesanan Murabbi

Teringat saya beberapa tahun lepas, berjumpa dengan murabbi yang dikasih, ustazah Maznah di Jordan. Masa tu, saya seorang sahaja akhawat dirasat yang ada di Irbid. Maka saya cuba curi sedikit masa untuk mintak taujihat peribadi dari ustazah. Sesi sharing khas sebentar tu benar2 saya pahat dalam hati. "Bidang
ekonomi Islam, sangat lompong tanpa enti faham usul fiqh. Belajarlah, carilah. Balik nanti boleh amalkan betul2 ekonomi Islam. Malaysia sekarang perlukan ramai orang yang belajar agama dan FAHAM"