Pages

Thursday 23 May 2013

Melukis Cita2, Bukan Angan2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, menghampiri akhir semester dua.

Syarat untuk lulus Master ni, perlu bentang paper (prosiding) di mana2 conference. Alhamdulillah, selesai presentasinya 2 minggu lepas di Bogor, Indonesia.

Untuk grad sem ni, saya perlu lepasi dua cabaran lagi, menyiapkan full paper daripada kajian yang dibentang untuk dihantar ke UKM dan lulus cemerlang final exam bulan 6 ni.


Exam bukan kepakaran saya, saya lebih suka berpresentasi walaupun masih gagap lagi di hadapan orang ramai.

Saya bercita2 untuk jadi ahli akademik, jadi kadang2 waktu tak semangat nak study saya akan buka website2 universiti yang tawarkan phd dalam islamic finance.

Durham atau Kyoto. Kedua-duanya menjadi impian saya.

Tapi tu cita2 jauh saya. Buat masa ni, perlu habiskan cepat belajar dan kerja. Awlawiyat sekarang adalah bagi ma abah rehat, bukan capai impian lagi.

Dan harap2 Encik Ekonomoterik tak kacau result semester ni T_T

Berbaki 1 lagi presentasi dan beberapa kerja yang perlu disiapkan dan dihantar sebelum final tengah bulan Jun nanti.

Semoga kami semua tabah dan ikhlas.
Dan semoga saya tak hilang momentum dalam Dnt disebabkan konon2 sibuk sangat belajar    >.<



p/s : hari ni adik2 dentist dan sahabat2 medic Just, Jordan tamat final exam mereka selepas tamat Myvi [baca : viva] terakhir tadi. Esok student medic akan dapat result.

Saya tumpang cuak, kedua generasi ni semacam dah jadi sebahagian dari hidup saya sebab generasi dentist2008 dan medic2007 JUST ni generasi yang saya selalu ikut pergi kelas dorang dan pakai kot putih dengan stateskop dan berlagak jadi doktor =.=

Mari berdoa sama2, supaya mereka semua beroleh kejayaan dan dapat grad dengan senyuman tahun ni :)

No comments: