Pages

Friday 3 May 2013

Akhawat Dirasat Islamiyyah


Assalamualaikum.

Selesai sharing online dengan akhawat dirasat Jordan, saya terasa tempias dengan aura mereka. Dulu, saya di tempat itu, tapi mengabaikan nikmat yang saya ada. Nikmat bahasa arab dan ilmu agama. Sekarang saya sedang berusaha, mendapatkan semula aura kecintaan pada bahasa arab dan ilmu agama. Dulu, saya pernah abaikan, dan sekarang saya terima akibat bila dah lama kurang bertaamul dengan kedua2nya. Saya tinggalkan pesanan tak seberapa ni, mungkin boleh ambil dan kaitkan yang mana boleh diambil.

Pesanan Murabbi

Teringat saya beberapa tahun lepas, berjumpa dengan murabbi yang dikasih, ustazah Maznah di Jordan. Masa tu, saya seorang sahaja akhawat dirasat yang ada di Irbid. Maka saya cuba curi sedikit masa untuk mintak taujihat peribadi dari ustazah. Sesi sharing khas sebentar tu benar2 saya pahat dalam hati. "Bidang
ekonomi Islam, sangat lompong tanpa enti faham usul fiqh. Belajarlah, carilah. Balik nanti boleh amalkan betul2 ekonomi Islam. Malaysia sekarang perlukan ramai orang yang belajar agama dan FAHAM"


Bahasa Arab

Jangan pulang nanti terbiasa jadi 'ustazah google'. Allah bagi nikmat bahasa arab, jangan kufur nikmat. Asahlah bahasa syurga tu biar sampai jadi sebati dalam diri kita. Asah bukan untuk mendabik dada, tapi untuk faham asolah tarbiyah Islamiyyah. Dah 2 tahun saya balik, sekarang saya sangat rasa lambat baca kitab arab, jadi saya dah melambatkan diri dan umat untuk faham Islam dan tarbiyah dari asalnya. Allah bagi nikmat tu, kenapa nak kufur nikmat? :(

BFG: Back for God?

Samada back for good, mahupun for God, jelaskanlah matlamat kita. Saya melihat betapa ramai lulusan timur tengah yang mengabaikan ilmu mereka. Pulang mereka meninggalkan kitab2, sekaligus tinggalkan kefahaman agama tu. Belajar dan masuklah ke dalam pelbagai bidang sekalipun, tapi amanah2 guru di jamiah jangan diabaikan. Pastinya setiap dari mereka mengharapkan kita istiqamah dalam menjaga ilmu yang dipelajari yang juga amanah besar untuk kita.

Kita dah terlanjur, terlanjur tahu tentang ilmu2 syariah. Teruslah belajar ilmu ni dan yang berkaitan dengannya sampai nafas terakhir kita. Kita dah terlanjur, terlanjur tahu tentang kefahaman dakwah dan tarbiyah..Teruslah pandang ke depan dan bergerak. Banyak lagi ilmu yang perlu kita kaut dan hadam demi kepentingan umat.

Malaysia perlukan lebih ramai asatizah yang FAHAM.
Akhawat, saya tidak mampu. Tapi saya tahu kalian ada!

Tamayyuz lah! Jadi orang yang berbeza atas kapasiti sedikit ilmu yang kamu ada tu.

Untuk akhawat dirasat Jordan, Mesir dan seluruh tanah arab mahupun tempat yang bakal BFG.

Dari BFG Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam),
Yarmouk University, Jordan [2011]

No comments: