Pages

Wednesday 27 March 2013

الثقة باالله

Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami untuk habiskan ijazah sarjana dalam masa setahun. Tinggal ada yang nak atau tidak je.

Saya sendiri, masih ragu2.

Memilih untuk grad sem ni, saya akan sibuk dengan persediaan prosiding dan full paper. Belum termasuk exam, dan subjek ekonometrik yang saya belum jatuh cinta lagi tu T_T

Untuk orang yang ulang alik bukak kamus (baca : lemah english) masa baca artikel2 ekonomi, kadang2 rasa tak mampu. 

Untuk tarbiyah pulak, saya tak mampu nak santuni adik2 saya dengan baik pun. Apatah lagi nak perform dalam program sendiri >.<

Time2 camni ni saya teringat akhawat2 kat sana. Dulu masa saya gagal exam, ada masalah dengan kawan2, sibuk dengan kerja polis kat Jordan tu, saya ada mereka untuk peluk saya dan tenangkan saya. Sekarang, duduk dalam bilik sorang2. Pujuk diri sendiri jelah.

Awal2 dulu saya fikir, masa ni la peluang untuk saya benar2 bercerita dan mengadu pada Allah, tidak terlalu bergantung pada manusia. Tapi kadang2 tiada teman nak menangis sama2 rasa sebak juga..Menangis dalam bilik bila tension, di luar bilik, saya macam takde masalah. =.= (ok, lebih2 plak cerita)

Doakan saya. Dan semua para du'at. Bukan saya seorang je ada masalah dan rasa diri sendiri lah ada masalah paling berat, tak mampu dan sebagainya. Bezanya, mereka yang cepat2 tersedar dan kembalikan sandaran kepada Allah s.w.t. itu ada kelebihan. Berbanding orang yang terus update status, tulis di mana2 yang dia tengah sedih, ada masalah dan sebagainya (hmm, macam yang saya buat ni?).

Amru Khalid dalam bukunya حتى يغيروا ما بانفسهم ada menyebut tentang ats-tsiqah billah, tsiqah bila hudud. Tsiqah dan yakin pada Allah tidak ada kaitan dengan natijah. Ini adalah satu kewajipan kita sebagai seorang mukmin. Dan seorang mukmin tu akan bertambah ketsiqahannya apabila musibah yang melandanya semakin bertambah.


Sebenar2 mukmin akan mempunyai tsiqah yang tinggi pada tuhanNya. Lebih2 lagi saat2 macam ini. Allahummaghfirlana warhamna :(

Ini post terakhir kot. Cukuplah saya bercerita macam kanak2. Hari tu ada orang minta saya update tentang diri kat blog ni. Tapi saya tak banyak membaca, jadi saya takut dah nak menulis. Ok awak, ini last.

Sahabat baik saya, Najwa akan nikah lusa insyaAllah. Saat ni pun patut saya bagi aura positif je kat dia >.< aseef wa..barakallahulakuma ^_^

No comments: