Pages

Saturday 18 December 2010

Carilah Islam Dengan Hati

Bismillah...

Baru tadi pulang dari kelas di amman..dah sebulan tak pergi, terasa kekok..terasa banyak ketinggalan..lepas ni kena lagi pandai susun masa..final exam pun nak dekat..minggu depan ada program, minggu depan lagi final dah..tak pergi lagi kelas...T_T

Pulang tadi tak terasa mengantuk..[biasanya kalau ulang alik ke amman naik coaster memang tidur..] kononnya nak sambung menghafal / baca quran..tapi disebabkan suasana romantik dalam coaster tu, maka niat tak diteruskan bagi menjaga hak mata yang dah makin rabun ni..

Kebetulan pula pakcik coaster pasang radio, bacaan Quran..baik ambil peluang untuk dengar sambil rehat2..pandangan dilempar jauh2 ke luar, memikirkan 'masa depan'...

Sunday 12 December 2010

Khas Buat Mujahidah Al-Azwar


[ NIK SOLIHAH MUJAHIDAH ]

Minggu2 pertama sampai Jordan dah dengar nama kakak ni,
Jumpa je siapa2 mesti sebut nama akak ni,
awak ada kakak ke kat sini?”
“awak ni adik kak nik ke?”
“awak ni macam kak nik la”
Haih, panas betul..
Siapa gerangan kak nik ni??
Apa yang sama nya??
Teruja betul saya nak jumpa kakak sorang ni!

Friday 3 December 2010

sAyOnarA jAhiLiyAH

tersenyum2 dia menonton kisah percintaan Shah Rukh Khan dengan Kajol..setiap masa luang akan diluangkan untuk mentafsir ayat2 cinta negara Bollywood tersebut..

habis exam dia dan kawan2 akan me'reward'kan diri dengan membuka panggung wayang versi korea..habis hardisk diselongkar, membuka satu persatu folder untuk memilih cerita yang paling menarik..

petang2 habis kelas lepak sebentar di hadapan tv..sementara menunggu masa study mungkin..terlalu banyak channel di jordan ni buat dia rambang mata memilih siaran..=.='

itu kisah tv

lain pula orang yang tak suka menonton tv..bangunnya buka laptop..kalau kat 'most visited' tu memang facebook ada di antara list atas agaknya..

Sunday 7 November 2010

Berubah dan Mengubah

Bila bertemu bertentang mata, ada sesuatu yang kami terasa bersama..sungguh, terasa seperti dihukum bila tak punya peluang bertemu..

Tak terasa air yang mengalir dari mata itu sebagai satu pembaziran..malah ia sebagai pengubat..pengubat rindu bagi orang yang sudah terikat hatinya kerana Allah..

Kadang mahu berdoa, "seronok sejuk ni, tapi mohon dipanjangkan siang..agar kami tak punya alasan untuk berpisah"

Eh kamu,  jom tukar topik..bicara tentang tautan hati, tak cukup kalau menaip je..(^_^)

Sentiasa kan, kita perlu berubah menjadi yang lebih baik..

Kita bukan sepantas Power Rangers
Sebut 'BERUBAH!!'
Sepantas kilat boleh berubah..

Wednesday 8 September 2010

RAMADHAN PERTAMA DAN TERAKHIR

bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum..

hari ni masuk 30 Ramadhan..esok di Jordan dan di Malaysia raya..kata senior2, biasanya kat sini puasa sampai 29hb je..tapi nak dijadikan rezeki, kami diberi peluang sehari lagi untuk topup mana yang patut..

dik nuha pun dah buat ramalan hari ni raya..(^_^)

dia datang setahun awal dari saya, memang sepatutnya dia lebih tahu keadaan kat sini..saya je tak boleh terima kenyataan tu..maklumlah, ramadhan pertama dan terakhir saya di sini (harapnya tak)

semalam terawih terakhir tahun ni..rasa macam lain macam suara imam dah bertukar..dengarnya ibu kepada Sheikh Ma'mun meninggal petang kelmarin..sebab tu bertukar imam..innalillahhiwainnailaiharaji'un..

rezeki beliau dapat kembali dalam bulan ramadhan..harapnya saya dapat juga peluang tu..

Saturday 4 September 2010

JORDAN TU MACAM MANA YE KAK??

bismillahhirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, makin terasa diri sebagai seorang senior bila adik2 junior mula tiba ke Jordan..

sedikit perkongsian yang dijanjikan untuk yang bakal tiba (maaf lambat sangat post)

erm, tak tahu nak cerita apa sangat memandangkan saya bru setahun je kat sini kan??so kita cerita sikit2 je..yang selebihnya cari sendiri di sini ^_^

bermulanya kami sampai di sini kami disambut oleh senior2 dan terus menuju ke Irbid, tempat kami sekarang..

kami (akhawat) terus dibawa ke sakan yarmouk dan diberi kunci syuqqah masing2..malam tu terus diberi taklimat ringkas dan pengagihan mentor sebelum kami benar2 rehat..

alhamdulillah, esok paginya kami dibawa oleh mentor masing2 pergi membeli nombor, barang2 dan urusan2 lain (cth: makan makanan arab) yang perlu diselesaikan.

ok, selesai cerita mula2 sampai..next..

Sunday 29 August 2010

KERJA YANG TERSUSUN


bismillahirrahmanirrahim.....

assalamualaikum...

Dah sebulan tak menulis di sini..terasa macam dah tak reti nak tulis macam mana..

Hidup seharian selama lebih sebulan ni kadang2 menganggu..tanggungjawab yang diberikan kadang2 menekan..

Berdepan dengan kerja2 dan orang sekeliling kadang2 rasa nak lari dari bumi Irbid ni [selamat dah lari ke Mafraq baru ni..heh]

Hampir setiap hari menerima cerita2 yang xbest, setiap hari memikirkan cara menyelesaikan masalah...

oo..camtu rupanya kehidupan yang memimpin..baru tau..sebelum ni hanya memandang dari bawah dan banyak kritik itu dan ini..nah, rasakan sendiri!!


sekarang tiada lagi seorang ahli PERMAI yang fleksible..di mana2 pergi ada je muka dia..heh..

Thursday 29 July 2010

~MARI PIMPIN HATI~

Andai perjuangan ini mudah,

Pasti ramai yang menyertainya...

Andai perjuangan ini singkat,

Pasti ramai yang istiqamah...

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,

Pasti ramai yang tertarik dengannya...

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu...

Turun naiknya, sakit pedihnya...

Umpama kemanisan yang tidak terhingga...

Andai rebah bangkitlah semula...

Andai terluka ingatlah janjiNya..


Mata pena yang tajam tak semestinya bisa menjayakan misinya dengan cemerlang..tapi asalkan dia bergerak, walau apa cara sekalipun..dia tetap menuju kepada kejayaan itu..

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu
(al-Baqarah: 143)

KITA bukan pemula..KITA adalah penyambung!!

Tuesday 27 July 2010

dari hati..

perbincangan akademik yang melibatkan masalah tasjil petang itu dah selesai..hanya tinggal tindakan yang akan mula digerakkan mulai esoknya..

kini tinggal hal2 berbangkit daripada sesiapa yang nak disampaikan..

maka tenaga dikumpul sebanyak mungkin..air mata ditahan bagi diam di dalam..tangan digenggam takut terketar..ayat disusun sebaik mungkin..nafas ditarik dalam2..

dalam hati dia berdoa..moga2 Allah selamatkan dia daripada anasir2 general dan tentera si kumpulan syaitan pada masa luahan hatinya.

"sahabat2..saya terasa kehilangan kamu..saya ingin menangis di bahu kalian..saya mahu merebut semula kasih sayang kamu..adakah saya berpeluang lagi??"

dalam diam dia terasa kesilapan diri..hak sahabat2 yang tak ditunaikan..

'kamu tak layak minta hak kamu daripada mereka kalau hak mereka kamu tak tunaikan ok!!'

Friday 23 July 2010

R.I.N.D.U...

amaran: entri ni untuk orang tertentu sahaja...

cool..cool...cool.......

seminggu sebelum tu dah cuba nak cool..

setiap hari countdown tarikh 23hb ni..sambil2 tu dah try stabilkan emosi..

"izzati, tak sabar nak tengok tempayan pecah.."

"izzati, kita tengok nanti siapa nangis.."

"izzati, awak tak sedih ke??"

"ala, izzati tahan la tu..sat lagi........"(kakak kembar ni memang..........)

"akak, i'm the best in action..saya taknak dan takkan nangis.."~pengalaman ditinggalkan senior2 sebelum ni,.boleh cool lagi..cuba berlagak, at least cuba untuk betul2 cool masa berpisah..

Wednesday 14 July 2010

PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN

Bismillahhirrahmanirrahim..

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izinNya, saya dapat menulis ketika ini..dan hanya dengan izinNya, sahabat2 dapat membaca penulisan ini..

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Selawat dan salam ke atas pemimpin terhebat sepanjang zaman..pemimpin ikutan kita semua..berada di atas atau di bawah, kita tetap menjadikannya sebagai ikutan..pemimpin yang dikasihi..Muhammad s.a.w..

Sedikit suara seorang insan biasa yang ingin menyampaikan sesuatu..sedikit cadangan daripada yang sekarang ni menjadi salah seorang dari 18 orang di Irbid ni yang menjadi sebutan warga PERMAI minggu ni..

Sunday 20 June 2010

INSAN CEMERLANG

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt...

cinta dan kasih saya pada kalian tetap subur...maka lorongkan kasih itu agar saya berjaya menggenggam kasih yang lebih agung...

hari ni 20hb, bermula sem soifi pertama di Jordan..terasa kelainan..kita ke kelas, tanpa akak2 yang biasanya akan kita jumpa pagi2 dalam perjalanan ke kelas..rasa lain..

semalam saya sengaja tidur di rumah akak2..supaya pagi ni saya akan dilepaskan oleh mereka, macam seorang ibu yang nak hantar anak kecilnya masuk sekolah..berkali2 pagi tadi dipesannya suruh sarapan..thanks mama..(^_^)

Wednesday 16 June 2010

KEMBARA SYRIA~Musafir Penuh Erti

Bismillahhirrahmanirrahim…

Selawat dan salam ke atas mujahid teragung, nabi Muhammad s.a.w…selaut kasih untuk para sahabat, pejuang2 agama..serta pemimpin yang sangat ku kagumi saat ini, SALAHUDDIN AL AYUBI…

Alhamdulillah, perancangan musim cuti kami berjalan lancar..berjalan2 di Syria sambil mengutip sejarah2 tinggalan para pejuang lalu menyerap semangat mereka selama 4 hari 3 malam memberi kesan yang amat sangat pada sebahagian daripada kami.

Menariknya bumi Syam ini kawan2, Rasulullah pernah berdoa supaya bumi Syam ini terus subur (mafhumnya):
“Ya Allah, berkatilah bumi Syam dan bumi Yaman ini”. lalu datang seorang sahabat bertanya.. “mengapa engkau tidak mendoakan bumi Najad sekali ya Rasulullah??”..soalan tersebut tidak dijawab sehingga kali ke3 ditanya, baginda menjawab, “aku tidak akan mendoakan tempat itu kerana sesungguhnya ia adalah tempat keluarnya tanduk2 syaitan ( طلوع الشيطان )..

WAJAH AKTIVIS2 LL4G

bismillahhirrahmnirrahim.......

sedikit tambahan gambar aktivis yang turun Irbid hari tu..tak sempat nak upload, baru balik dari jalan2(^_^)

ayahnda USTAZ SULAIMAN.







Friday 4 June 2010

PERKONGSIAN DENGAN AKTIVIS2 MISI LL4G..

Bismillahhirrahmanirrahim...

dunia hari ini semuanya berbicara tentang misi LL4G, tentang Israel laknatullah, tentang palestin sendiri...tahniah kepada mereka yang tergolong dalam orang2 yang terus mengikuti perkembangan saudara2 kita di sana..

alhamdulillah. semalam saya berpeluang untuk berjumpa dan mendengar sendiri pengalaman aktivis2 misi LifeLine4Gaza (LL4G)..terasa semangat berkobar2..apakah cerita yang bakal diperdengarkan??apakah pengalaman yang bakal dikongsikan??

cemburu saya terhadap kawan2 yang berpeluang berjumpa dengan 12 wirawan ini di Amman hilang ketika mana separuh dari mereka turun ke Irbid bagi berkongsi pengalaman dengan kami..

Thursday 3 June 2010

FINALLY GRADUATED

assalamualaikum...

finally graduated??bukan saya..tapi mereka, para senior, akak2 tahun 6 perubatan di JUST..

tahniah di ucapkan para dukturah sekalian..

saya merasa, betapa seronoknya mereka..saya bersama2 mereka masa mereka ambil result..insan terpilih ni..tak pasal2 saya pula yang ikut..siap buat rakaman lagi..detik2 debaran..gembira..dan terharu..sangat comel akak2 ni..he.

tak bersama mereka masa tu tak semestinya kamu tak merasa perasaan mereka..tapi bersama mereka..saya lagi terasa!!

Monday 31 May 2010

IHZIMHUM!!!IHZIMHUM!!!IHZIMHUM!!!

bimillahirrahmanirrahim..


Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

May 31, 2010

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza.

Sunday 23 May 2010

sekadar nak tulis...

bismillahirrahmanirrahim...

saya ada sesuatu nak tulis..pasal INSAN CEMERLANG..minggu lepas sesuatu berlaku, hati saya seolah2 terkena 'renjatan elektrik'..taknak ingat, nanti sedih..tapi kena ingat, untuk pengajaran..=(

so ada kaitan ke dengan INSAN CEMERLANG??saya nak tulis, tapi bukan sekarang..biar habis exam dulu, baru tulis..

final sem2 tahun 3....

Monday 10 May 2010

HELWI DAN KAMI..

bismillahirrahmanirrahim...

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

alhamdulillah, kita dapat bernafas dengan sempurna lagi saat ini..

semuanya atas izin Allah swt..

andai kata Allah tak benarkan, saya takkan mampu nak gerakkan jari2 ni untuk menaip..takkan mampu nak berfikir nak taip apa..hatta mata ni pun tak mampu nak berkedip kalau itu yang Allah tentukan....alhamdulillah...

Saturday 8 May 2010

CUTI DI KAMPUNG...

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt..

selawat dan salam ke atas pecinta keamanan, Rasulullah s.a.w.......

(amaran:saje menulis, taknak baca habis takpe)

dah 2 malam saya di sini..kononnya duduk di sini, rasa nak study tu lebih daripada saya duduk di rumah..

memandangkan esok paper last untuk imtihan thani (baca:2nd exam) saya tidur lewat hari ni (kononnya) untuk habiskan bacaan sejarah urdun yang sangat panjang ni..(setiap kali buka buku mesti cepat je 'syahid'..)

Tuesday 4 May 2010

TABAHLAH WAHAI HATI.........

bismillahirrahmanirrahim...
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w...

hari ni saya terkesan..
terkesan dengan satu kejadian dan tindakan orang yang terlibat denan kejadian tu...
kejadian apakah??

sebelum ke kelas malam tadi, saya ditahan oleh 2 orang sahabat...mereka menyampaikan satu berita yang menyedihkan..

"kakak wani dah meninggal"

Saturday 1 May 2010

JALAN CINTA PARA PEJUANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam ke atas kekasih yang dicintai..Muhammad bin Abdullah..

Esok paper ke 2 last untuk imtihan thani..moga akal fikiranku seimbang saat2 hampir ke jam 2 esok petang (tentunya selepas itu ku harapkan terus akal fikiranku waras)..

Lebih penting, harap hati ini tidak terhijab dengan kelakuan hati, pandangan dan tingkah laku ku..

Sedikit masa ku ambil dari masa study untuk menghadap blog ni..kerna ku terjumpa cebisan kisah dari buku kegemaranku..

Monday 19 April 2010

RECHARGING MOTIVATION.

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt..

selawat dan salam ke atas kekasih Ilahi..Muhammad s.a.w (ya Allah, aku rindu padanya..)

alhamdulillah, 10hb lepas, selesai sudah SUPER 10 anjuran PERMAI..saya turun (dengan mengorbankan kelas di Amman) sebagai pemain badminton..(1st time lawan seumur hidup ni).

SUPER 10

Tak banyak yang saya dapat cerita di sini..cuma lakaran2 kenangan yang diberikan sahabat2, akak2 dan adik akan disimpan kukuh di satu sudut hati ni..sungguh, ku turun sukan ni sekadar mahu luangkan masa bersama kalian..kerana ku bukan seorang atlet pun..hee~

Saturday 10 April 2010

WANITA MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA....

assalamualaikum...
selawat dan salam atas kekasih kita..Nabi Muhammad s.a.w..

erm..ingatkan nak tulis pasal SUPER *10 memandangkan terasa hangat lagi walaupun dah habis semalam..tapi takpela...kita ambil apa yang penting dulu..

selamat membaca..=)

copy & paste....


"Muslimah memang tak guna..???"
Buat sahabat muslimah terutamanya.....
Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile=)

Thursday 8 April 2010

AKTIVITI SELEPAS EXAM..


bismillahhirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt..
selawat dan salam ke atas penghulu segala manusia..lelaki yang amat ku rindui saat ini..

alhamdulillah..3 hari lepas kami dah selesai imtihan awwal..fuh, rasa macam dah lepas final..

alhamdulillah sekali lagi..result yang dah dapat menunjukkan prestasi yang agak baik..BRAVO 3ALAIKUM SAHABAT2KU..

kelakar rasanya..bila mengenangkan kebiasaan selepas habis exam..

kebiasaannya dahulu, lepas habis exam kami ada aktiviti2 sendiri...

pergi RESTORAN ZUZANA..order makanan yang jarang makan..(biasa nasi cowboy je)
jalan2 pergi bandar..jalan2 pergi ECM..

ada peluang, saya telefon abah.."abah, nak balik"..then balik semula bawa sekali roti canai, makan ramai2..

Monday 15 March 2010

PROGRAM VS STUDY

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w.

kawan2..ini penting, dan tak penting..

Kami warga Permai baru sahaja selesai menjalani kehidupan yang sangat sibuk dengan program..sejak minggu pertama masuk ke semester baru ini, hampir setiap minggu ada program..penat bukan??

Minggu lepas sahaja ada 1 program, tapi dibuatnya sampai 4hari..huh.

Program M&M, gabungan antara MMY dan MMJ..sampai ke malam program nya..hmm..

Dalam masa yang sama ada program Jamiah Yarmouk, MA’ROD THAQAFI..

Program…program…program…

ASYIK PROGRAM JE…BILA NAK BELAJAR???

Saturday 13 March 2010

satu cinta

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt..
selawat dan salam ke atas lelaki yang paling dicintai..MUHAMMAD s.a.w

saya baru pulih dari masalah 'hati'..
alhamdulillah, saya dah jumpa hati baru..

tak perlu cakap pasal tu, hanya yang terdekat mengetahuinya..
saya nak kongsi 1 lagu..memang sangat best!!
(tapi saya tak tahu siapa penyanyinya)

~SATU CINTA~



Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku…
Keimananku…(2x)

Monday 22 February 2010

ISLAM DAN PENGAGIHAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Selawat dan salam atas pemimpin teragung yang dikasihi..

Memegang 'title' sebagai pelajar ekonomi, rasa bersalah rasanya blog ini tidak disertakan dengan artikel ekonomi..ini sebagai permulaan..insyaAllah lepas ni akan tetap diteruskan..




ISLAM DAN PENGAGIHAN

Pengagihan kerja kebiasaannya dapat dibezakan melalui dua aspek iaitu hasil pengeluaran antara pemegang saham dalam pengeluaran dan pengagihan semula iaitu mengambil hasil pengeluaran dan mengagihkannya kepada yang lain. Walaubagaimanapun agihan tersebut bukanlah untuk proses pengeluaran, bahkan untuk tujuan sosial dan kemanusiaan.

Wednesday 3 February 2010

kembara mendekati sirah perjuangan


Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat dan salam ke atas manusia tercinta, manusia teragung..Rasulullah s.a.w..
Atas perjuangan baginda, dapatlah kita hidup sebagaimana kita hari ini…bersama para sahabat dan para pejuang yang bermati-matian menegakkan agama Allah..ya Allah..besar sekali jihad mereka…

Alhamdulillah..dah selesai final exam untuk sem 1 tahun ni…biasanya kalau kat Malaysia dulu, habis je paper last terus kami ramai2 ke RESTORAN ZUZANA…makan yang lain dari yang lain (biasanya makan nasi cowboy kat kedai vista je)…kali ni ‘reward’ kami lebih seronok..kami telah menyertai JELAJAH JORDAN..aktiviti pertama pelajar tahun 1 di sini.