Pages

Monday 10 November 2014

Sanah Helwah Ukhti

Dia ni bukan orang yang kerap saya jumpa pun,
Tapi entah bila mula rasa dekat,
Kami mula kenal waktu saya di Jordan dulu,
Melalui FB.

Rajin sungguh berbalas mesej di FB, even tak pernah jumpa pun,
Bulan 6, tahun 2011 saya berjaulah ke negara beliau bersama murabbi,
Tidur di RI yang dia tinggal, mencari2 dia sebab nak kenal siapa ukhti ni, tapi tak jumpa,
Dia sedang menguruskan keluarganya di luar. Lama kot tunggu. Saya tilik gambar akhawat2 yang tinggal kat situ. Kira2, ada 2 orang yang saya tak berapa cam.

Tak lama lepas tu, dia pulang bersama seorang lagi akhawat. berdebar2 pulak haih.
Saya dibuli, minta teka mana satu si ukhti yang kerap saya berhubung tu.
Alhamdulillah, sekali teka saya betul! Salam, peluk, borak, macam bukan kali pertama jumpa.
Daurah Muntalaq malam tu, Kak Aisyah Z bagi, kami duduk sebelah2.
Kata kak Aisyah "korang ni bukan first time jumpa ke? macam dah kenal lama"
Sengih2 kami.

Malam tu saya tak dapat habiskan daurah tu, sebab baru sampai dari Jordan, mengantuk sangat.
Minta izin dari kak Aisyah untuk rehat dulu.
Esok pagi, subuh2, si ukhti kejut.
"Izzati, ana nak gerak dah ni"
Terpinga2 saya, dalam keadaan mamai, bangun keluar dari bilik.
Di tangga RI tu, entah apa yang dibualkan singkat, saya menangis masa nak ucap selamat tinggal.
Kenapa entah, sampai sekarang saya terfikir.
Mungkin sebab dah excited baru kenal, lepas tu cepat sangat nak berpisah.

Pertemuan singkat, tapi saya rasa dia sentiasa dekat.
Peristiwa kat atas, saya je kot ingat..dia tak ingat pun > <
Dah 4 tahun kami kenal, banyak ceritera hidup dikongsi bersama, terima kasih atas semuanya :)

Sanah Helwah ukhti,
Banyak benda ana belajar dari enti, dalam hidup, dalam DnT khususnya. Moga terus tsabat, sama2 pimpin tangan ke syurga.
Sayang enti fillah :)

Aseef, ni bukan style ana menulis pun. huu.

Saturday 11 October 2014

Usrah Manchester United

Hari ni, 11 Oktober 2014.

Sebulan lebih sejak melangkah naik satu tangga. Tidak banyak kehidupan berubah melainkan perhubungan dua hala dengan orang yang pernah asing dalam hidup saya. Memandangkan kami jarang berjumpa, maka taaruf yang berterusan agak terhad berbanding yang tinggal sekali.

Kerja, bertambah banyak. Menyantuni pelajar-pelajar, membuat persiapan untuk 3 subjek mengajar semester ini, membuat kertas soalan untuk ketiga2 subjek dan membuat research.

Untung saya, dalam kesibukan, masih dapat duduk bersama ahli usrah, baca Quran sama-sama, setiap minggu jumpa anak2 usrah, yang kadang2 aktif sharing tentang dakwah kampus yang mereka lakukan. Kalau tiada apa2 pun, kerap kali saya berjumpa dengan student berbual soal kehidupan.

Ya, saya berasa hidup dengan kerja sekarang. Dalam kepenatan saya ada kegembiraan, lebih2 lagi salah satu subjek saya mengajar adalah Usul Fiqh. Tak terlalu rigid, maka saya selitkan dengan cerita, pengalaman dan nasihat kepada pelajar2 saya.

Semalam liqa pertama saya dengan sahabat. Sedang makan malam tiba2 beliau minta usrah. Kaget, tapi ini peluang saya share apa yang saya dapat dalam tarbiyah. Setelah beberapa bulan kami hidup dalam suasana robot-pergi kerja pagi-malam balik sambung kerja- esok ulang lagi-

Kata murabbi, kalau dah takde apa nak share, maka share la ayat2 Quran!

Dan lepas termenung lama (tak tahu apa nak share) Allah gerakkan saya untuk buka surah al-Furqan (tafsir 'ibadurrahman).

Lepas dapat tafsir ni kat bangunan Manchester United beberapa tahun lepas, antara azam kami adalah berusaha sampaikan tarbiyah sehingga dapat 'takluk' bangunan tu (orang takkan puji dah MU atau bola tapi orang ramai akan fokus pada tarbiyah). Dan boleh buat usrah sesuka hati di situ -sebab kena halau dengan guard mat saleh kat situ.

Himmah yang mungkin tak sama, tapi zouq itu masih ada.

Maka saya sampaikan mana yang mampu.  Tadabbur dan video ISK.

Mengapa kita diberi gelaran 'ibadurrahman. Bukan calang2 gelaran tu. Dan bukan ciri2 biasa yang diperlukan.

Tunduk.

Dan yang menyampaikan ini masih jauh. sangat. Konon kerana rindukan tarbiyah bumi anbiya', tapi hanya alasan dapat diberi punca mencairkan diri.

Tiba masa sahabat meluahkan sambil menangis, kerana apa tiba2 dia minta usrah. Kerana terasa kosong. Hidupnya seharian penuh dengan formula dan nota2.

Saya tunduk kembali. Betapa, mereka menyentuh hati saya malam semalam, even saya yang menyampaikan.

Kagum dengan dia. Selalu memberi nasihat, untuk betulkan niat semula sentiasa. Selalu bagi semangat dan sokongan, agar tidak ketinggalan berbanding yang lain.






Bukan lagi perjuangan robot, insyaAllah.






Wednesday 16 April 2014

Cinta & Nikmat

Hari ni, secara rasminya saya kembali menjadi penganggur. Sejak 2 minggu lepas, saya ternanti-nanti hari ni. Hari untuk penyusunan semula hidup. hari untuk merancang benar2 rancang kehidupan.

Sabtu dan Ahad ini insyaAllah akan bertemu buah hati di Penang, kembara mencari cinta. Kemudian ke KL untuk bertemu sahabat2 dan pensyarah di UKM. Dan masa2 ni juga akan digunakan untuk study. Jaulah dengan kitab arab bukan satu perkara yang menarik bagi saya. Tapi terpaksa lah.

Kemudian, insyaAllah awal bulan 5 akan melapor diri di UMS, Labuan.

Ya. Labuan.

Permulaan hidup baru, medan amal baru, dunia tarbiyah baru.

Gembira, takut, excited. Semuanya dah bercampur.

Dunia tarbiyah dan medan amal baru. Saya excited!