Pages

Wednesday 16 April 2014

Cinta & Nikmat

Hari ni, secara rasminya saya kembali menjadi penganggur. Sejak 2 minggu lepas, saya ternanti-nanti hari ni. Hari untuk penyusunan semula hidup. hari untuk merancang benar2 rancang kehidupan.

Sabtu dan Ahad ini insyaAllah akan bertemu buah hati di Penang, kembara mencari cinta. Kemudian ke KL untuk bertemu sahabat2 dan pensyarah di UKM. Dan masa2 ni juga akan digunakan untuk study. Jaulah dengan kitab arab bukan satu perkara yang menarik bagi saya. Tapi terpaksa lah.

Kemudian, insyaAllah awal bulan 5 akan melapor diri di UMS, Labuan.

Ya. Labuan.

Permulaan hidup baru, medan amal baru, dunia tarbiyah baru.

Gembira, takut, excited. Semuanya dah bercampur.

Dunia tarbiyah dan medan amal baru. Saya excited!


Perjalanan kerjaya, saya masih takut. Takut dengan ilmu yang tak seberapa ni, takut nak mengharap tinggi pada biah di sana.

Sempat bekerja di Kolej Komuniti sebelum ni, semua memandang tinggi pada sedikit ilmu yang saya ada, hingga terpaksa saya pesan dalam sesi tazkirah supaya tak panggil saya ustazah, panggil izzati sahaja (memandangkan saya paling muda di situ)

Saya berada dalam zon selesa di Kolej Komuniti sebelum ni.

Dan saya sedikit takut akan apa yang akan saya hadapi di sana.



Saya menangis pada murabbi melalui whatsapp, mengenangkan keadaan tarbiyah saya yang tak berapa stabil, dan keputusan untuk ke Labuan tidaklah terlalu tepat sebenarnya.

Beliau tenangkan saya, bagi kata2 semangat. Kedua-duanya tak tahu keadaan tarbiyah di sana. Entah apa yang Allah sediakan buat saya. Entah2 bila dah tenggelam dalam tarbiyah kat sana, taknak pula balik semenanjung. Ops. :)

Pelaburan dunia.

Pelaburan akhirat.

Kedua-duanya masih berputar dalam pemikiran. Bagaimana untuk saya capai dua-dua tanpa menghadapi risiko yang tinggi.

Merancang pelaburan hartanah dengan keluarga, study tentang perancangan kewangan bagi orang muda.

Mengurangkan rasa gemuruh dan takut pada keadaan tarbiyah diri di sana dengan mula bertaaruf dengan akhawat sana.

Nikmat kejayaan yang saya dapat sekarang bagi orang lain nampak kecil. Tapi ni permulaan besar bagi saya untuk jadi ahli akademik dalam bidang ni.

Cinta yang saya dapat sejak kebelakangan ni, buat saya rasa saya kembali menjadi Ezzah Al Azwar yang dikenali dahulu. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Moga cinta dan nikmat ni ada barakahnya. Bukan sekadar ujian terhadap diri yang selalu lalai.

Ezzah Al Azwar.
Penganggur sementara.









No comments: