Pages

Sunday 24 November 2013

Selamat Tinggal UniKL

Harumlah kamu di bumi tarbiyah,
Menjadi bunga yang berkembang indah,
Mendaki tangga tanpa resah,
Yang membawa kepada peristiwa indah,
Hingga tenggelam dalam cinta Allah.

Harumlah kamu di bumi tarbiyah,
Membawa haruman kepada pelaku jahiliyah,
Lantas timbul pemandangan indah,
Dengan akhlak islamiyah,
Juga dengan jiwa alQuran terpaku megah.

........................

Puisi 2 rangkap, menggambarkan harapan kepada mereka berenam.

Syitaa'
Anis
Hamizah
Najihah
Siti Hajar
Aiza

Melepaskan mereka, juga melepaskan UniKL selepas lebih setahun di sana. Kerana diri ini tidak mampu, dan kerana inginkan tarbiyah yang lebih baik buat mereka.

Satu hari nanti, anda baca post ini, ketahuilah. Akak sayangkan antunna fillah dan sentiasa akan pimpin tangan semua insyaAllah.

Semoga terus harum. Jangan berhenti berlari membumikan tarbiyah dalam diri masing2 ^_^

No comments: