Pages

Friday 25 October 2013

Hadiah Birthday 2013~Puisi Cinta

Hampir lemas dalam hampa
Tika dia hadir semanis bicara
Terloncat ceria jasad dan jiwa
Apatah lagi bila kami bersua
Sungguh dari mula aku cinta.

Bersama tarbiyah hati terpaut mesra
Tidak kutahu dilema yang dia rasa
Hajatku untuk sentiasa manja
Rupanya sang murabbi sengsara
Sungguh terlalu awal aku cinta.

Setiap yang datang darinya
Aku syukuri dengan akurnya
Ukhwah itu anugerah kurniaanNya
Moga riang juga kami nanti di syurga
Sungguh aku mohon redha dalam cinta.

Aku relakan apa jua
Asalkan ukhwah itu terjaga
Namun akhirnya dia fahami semua
Maka aku nekad untuk beri bahagia
Sungguh aku semai lagi cinta.

Lalu bermula melodi juang kita
Dengan rentak penuh ikhlas dan setia
Meski ada sepi luka dan duka
Namun rancak lagi rindu dan ketawa
Sungguh aku bertambah cinta.

Dalam jalan penuh pancaroba
Aku genggam tangan dia
Meluah segala naik dan turunnya
Niat murni membina iman dan taqwa
Sungguh ini kehebatan cinta.

Mohon maaf aku selalu leka
Dengan jahiliyah berkarat di dada
Kerap aku biarkan haknya tidak terjaga
Maafkanlah, aku sentiasa usaha
Sungguh semua kerana cinta.

Aku juga mahu kuat untuknya
Bergerak bersama menuju redhaNya
Tidak ingin sekali dia jatuh berduka
Izinkan aku ubati semua
Sungguh tidak akan kuabaikan cinta.

Cinta terus kusimpan dan pelihara
Kerana ia bukan sekadar suka
Tetapi cinta bersulamkan cahaya
Yang membawa kepada jaya
Sungguh kepada Allah aku sandarkan cinta.

....................................................................
Terdiam. Terharu.
24102013, meluangkan masa sepanjang hari bersama ukhti tercinta. Ada senyuman, ada ketawa, ada tangisan. Puisi ni diberi serangkap demi serangkap, buat diri ni lagi terharu.

Semoga terus berlari laju adik, tanpa tinggalkan orang sekeliling :)

Alhamdulillah. Moga laju lagi mengejar syahid.



ukhti sedih tak dapat hadir konvo saya Isnin ni, maka dia sarung dulu jubah konvo saya :)

#Puisi ZunNur buat Ezzah al Azwar :) Jazakillahukhairan Zakiyah Shahabuddin, untuk hari yang bahagia dan hadiah2 bermakna. Uhibbukifillah.