Pages

Friday 23 August 2013

Hadiah: Seorang Ukhti

Dalam masa 2 bulan ni, Allah hadiahkan seorang ukhti ni.

Dia mutarabbi, tapi dia mengajar aku untuk hidup. Hidup dengan dakwah, hidup dengan Islam.

Dia adik, jauh lebih muda umurnya. Tapi dia mengajarku untuk memberi kasih sayang tanpa limit pada manusia sekeliling. Pada keluarga, pada mad'u, pada masyarakat.

Hari ni, dia mengingatkanku tentang ukhwah. Sepertimana pernah aku pesan kepadanya sebelum ni : "Tolong sentiasa ingatkan akak untuk attach hati dan diri ni kepada Allah, bukan kepada manusia". Dan dia selalu mengingatknku tentang ni alhamdulillah.

Awal perkenalan, aku berusaha untuk menolaknya daripada terlalu rapat. Siap bagi "amaran". Risau aku tidak dapat menghayati '2 watak dalam 1 hubungan'. Sebagai seorang murabbi dan seorang kakak. Tapi Allah mengajarku untuk bersabar, dan selalu pegang pada hadaf dan impianku untuk membina dia.

Dia pernah mengatakan mahu mati syahid bersamaku.
Dan dia suka mengingatkanku supaya niat untuk mati syahid sentiasa.

Dia memberikan kasih sayang, penghormatan, dan kepercayaan yang tinggi kepadaku sehinggakan aku takut untuk menerima semua itu.

Semoga Allah redha, dengan usaha2 kecilku ini.
Dan semoga Allah sentiasa meredhainya, ukhti yang sentiasa berusaha membahagiakan setiap manusia yang hadir dalam hidupnya.

"Akak mengharapkan adik bahagia,
 Dunia dan akhirat,
 Dengan akak dan tanpa akak
 Lebih2 lagi dengan akak"

^_^

"Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari kiamat, 'Manakah orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranKu? Hari ini Aku akan menaungi mereka dalam naunganKu, di hari di mana tidak ada suatu naungan pun selain naunganKu" (Sahih Muslim)

Allahummaj'alna minal mutahabbuuna bijalalillah

Tag: Ukhti Zakiyah Shahabuddin


No comments: