Pages

Monday 29 July 2013

Legasi Dakwah

Saya sebak.

Hampir tumpah air mata saya melihat akhawat fillah dalam program adik2 baru ni. Sempat saya meluahkan pada Husna yang kemudiannya tersenyum dan menenangkan saya dari belakang.

Kesemuanya yang terlibat adalah akhawat dirasat Jordan yang majoritinya tak pernah saya kenal kecuali melalui fb.

Dulu, saya seorang (di Irbid). Haruslah saya rasa sebak. Ada fitnah, ada cubaan. Kadang2 saya selalu berfikir, kenapa saya mesti nak teruskan tarbiyah dengan majoriti budak2 (akhawat) JUST. Entah apa yang buat saya thiqah dengan mereka ketika itu.

Tahun seterusnya, dah ada lapisan akhawat dirasat alhamdulillah.

Dan setelah saya balik dah dengar2 ada 'jaulah dirasat' masyaAllah!

Dan kelmarin saya terlalu gembira dan terharu sebab semakin ramai jundi2 dakwah ni yang ada asas ilmu yang kuat dalam ilmu syariah. Sebab mereka2 ini yang akan bantu juga menambah tsaqafah pada ukhti2 qawiey yang kurang ada asas yang kuat dalam ilmu2 ini.

Walaupun saya tak terlibat pun dalam pembinaan mereka, tapi saya tetap terharu.

Semoga dakwah dan tarbiyah di bumi kecintaan saya tu terus subur dengan tarbiyah rabbaniyah, yang mengajar pengikut2nya untuk menambahkan kecintaan pada Allah dan mengangkat firdaus al a'laa sebagai motivasi meneruskan kerja2 dakwah ni.

Apa pun, kualiti lebih penting daripada kuantiti ^_^

Allahyurdho 3alaikum ya akhawati fillah.

No comments: