Pages

Sunday 29 August 2010

KERJA YANG TERSUSUN


bismillahirrahmanirrahim.....

assalamualaikum...

Dah sebulan tak menulis di sini..terasa macam dah tak reti nak tulis macam mana..

Hidup seharian selama lebih sebulan ni kadang2 menganggu..tanggungjawab yang diberikan kadang2 menekan..

Berdepan dengan kerja2 dan orang sekeliling kadang2 rasa nak lari dari bumi Irbid ni [selamat dah lari ke Mafraq baru ni..heh]

Hampir setiap hari menerima cerita2 yang xbest, setiap hari memikirkan cara menyelesaikan masalah...

oo..camtu rupanya kehidupan yang memimpin..baru tau..sebelum ni hanya memandang dari bawah dan banyak kritik itu dan ini..nah, rasakan sendiri!!


sekarang tiada lagi seorang ahli PERMAI yang fleksible..di mana2 pergi ada je muka dia..heh..


Pesan seorang kakak, salah satu dari muwasafat tarbiyah tu TERSUSUN URUSANNYA..alhamdulillah, sangat membantu bila urusan kita tersusun..takde tangguh2 kerja, buat dengan seikhlas hati tanpa merungut..

Wahai orang2 yang beriman!! bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan
( Al-Hasyr: 18)

Pesan seorang kakak lain, tanggungjawab dan amanah itu adalah peluang untuk kita improve diri..insyaAllah, ku pegang amanah ni sebaik mungkin..

Pesan kakak KH: bila tension2 ingat sejarah dulu..nabi, para sahabat dan pejuang2 dulu lagi hebat bebanan dan dugaan yang dorang dapat..biar penat badan, jangan penat semangat!!!aduh, dapat pesanan ni terus rasa nak menangis...terasa seperti ditampar2..baru sikit ni dah penat, rasa negatif..setahun nak hidup macam ni??huh~

Tambah seorang kakak comot: daie tu segalanya tersusun...baru nampak kerja kita..terima kasih kak comot..ni adik SEPI ni plak yang semangat lepas rehat minda dan badan tadi(^_^)..moga2 semangat ni berterusan..ramai mengharapkan tenaga ni untuk sama2 saling membantu..

Alhamdulillah, hidup dalam tekanan sikit macam ni dapat belajar banyak..daripada dulu, selalu menggoyang kaki..kadang2 buat kerja yang xperlu buat pun..

Saya dah faham sekarang, macam mana orang2 sebelum ni boleh berjaya walaupun dikelilingi tugasan yang banyak..kuncinya, HIDUP SEBAGAI SEORANG YANG BENAR2 MUSLIM!! MUSLIM 100%(^_^)

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah pilih kami..

Terima kasih sahabat2 sekeliling yang banyak bagi sokongan..

Irbid makin sepi..masih sedih xsempat jumpa cik kembar, kak nik tadi..=(((

Selamat pulang warga Irbid sekalian..balik tu sila kumpul semangat ye..xde homesick2 dah lepas ni ^_^

Susun semula kerja jom!!

MUSLIM 100% TO BE
lepas asar
29082010
andaleep



3 comments:

Ain Mardhiah said...

ganbatte kudasai izzati... ^_^

'Ezzah Al-Islam said...

sapa kakak comot ni? (nada tak puas ati)

mujahidahiman said...

eh2..apa yg terjadi ni kak izz??hehe..ada rasa sesuatu kah??(^_^)