Pages

Saturday 18 December 2010

Carilah Islam Dengan Hati

Bismillah...

Baru tadi pulang dari kelas di amman..dah sebulan tak pergi, terasa kekok..terasa banyak ketinggalan..lepas ni kena lagi pandai susun masa..final exam pun nak dekat..minggu depan ada program, minggu depan lagi final dah..tak pergi lagi kelas...T_T

Pulang tadi tak terasa mengantuk..[biasanya kalau ulang alik ke amman naik coaster memang tidur..] kononnya nak sambung menghafal / baca quran..tapi disebabkan suasana romantik dalam coaster tu, maka niat tak diteruskan bagi menjaga hak mata yang dah makin rabun ni..

Kebetulan pula pakcik coaster pasang radio, bacaan Quran..baik ambil peluang untuk dengar sambil rehat2..pandangan dilempar jauh2 ke luar, memikirkan 'masa depan'...


Tiba2 telinga tertangkap satu ayat yang mampu menggetarkan jiwa pemuda2..

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكونوا الرسول عليكم شهيدا
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kepada kebenaran perbuatan kamu
[2 : 143]

Macam mana yang dikatakan mampu menggetarkan jiwa pemuda2 tu??

DAKWAH RASULULLAH DAN PENYAKSIAN

Kita semua tahu kisah perjuangan Rasulullah s.a.w kan? bagaimana baginda mula2 menerima wahyu..bagaimana baginda menyampaikan dakwah islamiyyah kepada setiap orang yang baginda jumpa..bagaimana baginda mengajar para sahabat...

Kisah2 tersebut sampai kepada kita sejak kecil lagi..sampai sekarang ni, selalu dikisahkan kepada kita sirah2 baginda juga kan??percikan dakwah Muhammad s.a.w terkena pada kita..samada sedar atau tidak, samada mahu atau tidak kita lah penyambung dakwah Rasulullah..

Kita telah menjadi saksi kepada perjuangan baginda..saksi kisah penyebaran dakwah manusia termulia di sisi Allah..dakwah baginda terus menerus disampaikan sehinggalah kita, manusia yang amat kurang ilmu ini terkena percikan dakwah tersebut..

Maka terfikirkah kita, siapakah yang akan menjadi saksi kepada kita??sudahkah kita mengikut jejak Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menyampaikan islam??sudahkan kita bergerak, menyampaikan risalah tuhan dan beramal dengan alQuran?

Atau terfikirkah kita, di hari pengadilan nanti..apabila ditanya apakah yang sudah kita lakukan untuk Allah dan agama kita..siapakah mereka2 yang akan menjadi saksi kita??masakan kita akan punya saksi kalau diri sendiri tidak mengamalkan islam itu dan menyampaikan kepada yang lain??


Setiap dari kita harus tahu tentang islam, faham akan islam itu, mengamalkan apa yang difahami, dan memperjuangkan apa yang diamalkan..

Sekurang2nya kita sudah mula berfikir dari sekarang..(^_^)

Sampaikan ada seorang ukhti ni cakap "tak tidur malam bila akak fikir2 ayat ni"...fuh, sangat dasyat penangan ayat ni kepada orang yang benar2 faham..

Ada rasa sesuatu??sekurang2nya kamu dah mula rasa tak keruan bila tidak menyampaikan islam yang kamu tahu itu..tahu itu menggerakkan mahu..nak tahu caranya cari..dan carilah islam itu dengan hati..

wallahua3lam

~selepas momen2 yang menggembirakan..terima kasih sahabat (^_^)~

11.30 pm,
171210,
andaleep


No comments: