Pages

Wednesday 3 February 2010

kembara mendekati sirah perjuangan


Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat dan salam ke atas manusia tercinta, manusia teragung..Rasulullah s.a.w..
Atas perjuangan baginda, dapatlah kita hidup sebagaimana kita hari ini…bersama para sahabat dan para pejuang yang bermati-matian menegakkan agama Allah..ya Allah..besar sekali jihad mereka…

Alhamdulillah..dah selesai final exam untuk sem 1 tahun ni…biasanya kalau kat Malaysia dulu, habis je paper last terus kami ramai2 ke RESTORAN ZUZANA…makan yang lain dari yang lain (biasanya makan nasi cowboy kat kedai vista je)…kali ni ‘reward’ kami lebih seronok..kami telah menyertai JELAJAH JORDAN..aktiviti pertama pelajar tahun 1 di sini.



Alhamdulillah.. Allah pilih kami untuk mengenali para nabi, mengenali para sahabat dan para pejuang..mendalami sirah perjuangan mereka..mengambil iktibar..kalau dikira, kembara 6 hari 5 malam ni xcukup sebab banyak lagi tempat xjelajahnya..tapi Alhamdulillah, dapat kesempatan 6hari ni pun dh kira bertuah..KALAU SEBULAN KEMBARA XAMBIL IKTIBAR SAMA JE LA KAN?

Kembara ini agak istimewa sebab dari pada BACHELOR, MASTER sampai ke PHD, semuanya pelajar EKONOMI..kebetulan je..ditambah dengan pelajar jurusan b.arab dan usuluddin..seronok2..sepanjang perjalanan pula kami diserikan dengan DJ yang terlantik sendiri..malah ada dari adik syabab yang bagi nama IKIP FM..lalu terlekat la nama tu sampai ke hari akhir..setiap dari kami kena bercerita sesuatu..samada pengalaman atau bercerita tentang jaulah..habislah, macam2 cerita keluar..hehe

Hari 1(22/01/2010)

Kami bertolak pukul 8, terus ke UMMU QAIS..tinggalan perang yarmouk..tempat ni kat hujung Jordan..kalau dari atas tu nampaklah Israel..rasa masa tu jugak nak turun bukit tu terus pergi kat diorang..nak gi berperang (konon)..





Seterusnya kami ke AGHWAR..dalam perjalanan, tersekat sekejap sebab tentera2 kat situ xpuas hati kat kami, katanya kami ambil gambar kat kem diorang..ada je yang ambil kot, tapi sebab nak puaskan hati dia, gambar rumput pun tunjuk kat dia dan delete depan dia..dah cuak kawan2 yang kena panggil..hehe

Kami terus ke maqam SAYYIDINA MUAZ BIN JABAL, orang yang PALING ARIF TENTANG HALAL DAN HARAM (gelaran yang diberikan Rasulullah s.a.w)..



Kami juga menziarahi maqam SAYYIDINA AMIR BIN ABI WAQAS, SAYYIDINA SYURAHBIL BIN HASANAH, SAYYIDINA ABU UBAIDAH AMIR AL-JARRAH DAN SAYYIDINA DHIRAR BIN AZWAR..



SAYYIDINA SYURAHBIL BIN HASANAH : hasanah tu nama ibunya..rasulullah s.a.w mem‘bin’kan dia dengan hasanah sebab ayahnya meninggal dalam keadaan kafir.

SAYYIDINA ABU UBAIDAH AL-JARRAH : Semasa perlantikan khalifah, beliau juga dicadangkan oleh para sahabat. Tapi oleh sebab sayyidina umar adalah sahabat yang lebih hampir dengan Rasulullah, maka sayyidina umar dipilih. Beliau amat disegani oleh para sahabat. Malah beliau digelar AMIRUL UMMAH (penjaga amanat ummah).

Subhanallah, wangi je bau maqam2 ni..MOGA HARUMAN2 NI DAPAT MENYENTAP SEMANGAT PARA PEJUANG ISLAM ZAMAN NI..KITA la tu..

Terus kami pergi ke amman, menginap di HOTEL AL-AHFAD..mewah je..rasa xnak balik..hehe

Hari ke 2(23/01/2010)

Pagi kami ke JABAL NEBO..dikatakan di sinilah Nabi Allah Musa a.s wafat dalam perjalanan dari mesir ke Quds, setelah mana Allah memerintahkan baginda untuk membuka Baitul Maqdis.


Seterusnya kami ke LAUT MATI, kesan sejarah kaum Nabi Lut a.s yang membuat kemungkaran, lantas Allah menyuruh malaikat menterbalikkan kampung Sedum hingga menjadi tempat yang paling rendah di dunia. Macam biasa, menjadi orang pertama yang sampai kat pinggir laut tu, terus rasa airnya..sangat masin dan sangat likat!!



Diceritakan KENAPA DIBERI NAMA LAUT MATI, sebabnya xde hidupan yang hidup dalam dan luar laut tu..burung pun xterbang kat atas tu.

Terus ke SALT (Bandar tertua di Jordan), menziarahi maqam NABI ALLAH SYU’AIB a.s. Seterusnya kami ke maqam NABI YUSHA’ BIN NUN, anak saudara Nabi Musa a.s dan bagindalah yang meneruskan pembukaan Baitul Maqdis setelah Nabi Musa wafat di Jabal Nebo..



Hari ke 3 (24/01/2010)

Perjalanan dimulakan dengan melawat QASAR (istana pasir). QASAR AZRAQ, QASAR KHARRANAH, QASAR AMRA. Qasar2 inilah tempat berehat untuk para pedagang dan jemaah apabila melalui kawasan ini untuk mengerjakan haji @ umrah yang disediakan oleh saidina Muawiah bin Abi Sufyan.


kat QASR AMRA

QASR KHARRANAH

kat QASR AZRAQ

Kembara terus ke tempat yang memang saya teringin sangat nak pergi..GUA ASHABUL KAHFI..gua tempat 7 orang pemuda yang lari untuk menyelamatkan iman dan diri mereka dari raja yang zalim (raja dikyanus)..~kisah seterusnya baca dalam al-Quran ye..apa yang dikisahkan dalam al-Quran, tentang lubang tempat cahaya matahari terbit masuk..kami dapat lihat sendiri tempatnya!!subhanallah..


Hari ke 4 (25/01/2010)

Cuaca makin sejuk..pagi ni hujan..mungkin ada yang solat hajat, mintak salji kot malam tadi..kami teruskan misi hari ni ke KARAK, MU’TAH..masih tersisa lagi tinggalan PEPERANGAN MU’TAH yang masyhur, peperangan yang terbesar di luar jazirah arabiah ketika zaman baginda Rasulullah s.a.w..
tapak tinggalan perang mu'tah

Dalam menggigil kesejukan, bas terus menuju ke maqam2 para sahabat yang gugur di medan mu’tah..antaranya SAIDINA JAAFAR BIN ABI TOLIB, SAIDINA ZAID BIN HARITHA DAN SAIDINA ABDULLAH BIN RAWAHAH…


Selepas itu kami sepatutnya terus ke Petra, tapi kami tersekat dalam 2 sekatan..sekatan jalan raya dan sekatan ribut pasir..2 jam jugakla kat situ..sampai kan ada yang nak pergi tandas, terpaksalah keluar jugak meredah ribut pasir tu..saja nk rasa adventure redah ribut pasir, saya ikutla diorang keluar..sambil tutup muka dengan winter coat, berlari2 ke bangunan depan tu..nak sangat adventure, saya hampir terjatuh sebab terlanggar tiang pembahagi jalan(camne la plak boleh ada tiang kat situ)..


Masa tu terfikir, camne la pejuang2 terdahulu ye?kita baru rasa sikit tu,dah xnak turun bas dah..muhasabah sama2~

Maka, plan terpaksa ditukar sedikit..kami terus ke AQABAH.. Sepanjang perjalanan ke aqabah, saya selesa berdiri kat tangga (bosan je la asyik duduk je)..kiri kanan bukit..tiba2 saya tersentap..terasa macam disebalik bukit bukau tu, ada pejuang2 yang bersedia untuk berperang..fuh, perasaan tu xdapat nk digambarkan..terpana kejap saya..


Sampai je, kami letak beg kat CORAL HOTEL, terus keluar semula..cari makanan..hmm..macam2, nak cari seafood, nak makan tepi laut..dah lama xmakannya..habis semua kedai tanya..last2 dapatlah jugak..4 bulan xmakan udang, dapat separuh udang tu pun jadilah..


Hari ke 5 (2/01/2010)

Hari2 terakhir ni dah penat berjalan..tapi kalau bab berjalan, susah sikit saya nak hilang semangat walaupun penat..kami meneruskan perjalanan ke WADI RUM..bukanlah mencari tempat ADAM NURKASIH tu beribadah, tapi mengenal sejarah kaum2 terdahulu yang pernah singgah di situ..


perjalanan dari pintu masuk tu jauh, so kami naik pikap untuk sampai ke dalam..melalui padang pasir naik pikap?hmm..ada kawan saya yang nak terjatuh..punyala excitednya..budak yang bawak tu pun bukan main laju..(kami jugak yang suruh dia bawak laju sebelum tu..hehe

Seterusnya kami ke PETRA, tempat kamu Nabatien @ Nabi Soleh a.s dan kini termasuk dalam salah satu tempat ajaib di dunia..sejam lebih jalan kaki masuk ke dalam..rasa xnak keluar dah..penat jugak ye..kami balik Amman semula..bermalam di HOTEL ‘AAMIRAH..malam tu keluar lagi cari makanan..nasiblah..sepanjang jaulah ni, makan, jalan2, qailulah dalam bas..hehe

Hari terakhir (26/01/2010)

Destinasi pertama kami hari terakhir ni adalah JERASH, Kota Byzantine dan Rom suatu ketika dahulu dan kini dipanggil Bandar seribu tiang..(terlupa plak nak kira cukup x seribu)

AJLOUN menjadi destinasi terakhir untuk kembara kami ni..satu2 nya istana yang dibina oleh orang Islam..ia dibina ketika zaman Salahuddin Al-Ayubi..

Selesai kembara..yang tak selesai lagi, kembara mencari lagi kisah2 sejarah yang kami dapat sepanjang jaulah ni..yang dapat ni sikit je, banyak lagi kena baca ni..alhamdulillah, kami selamat sampai ke irbid pukul5..boleh teruskan aktiviti harian macam biasa..

Pengalaman memanjat colloseum di MUDARRAJ UTHMANIAH..menjadi akhawat pertama yang sampai ke atas..(k.teh orang ke2 n k.long yang ke3..yang lain xnaik sampai atas..gayat!!)..mendaki sikit2 di wadi rum..berjalan kaki nak masuk ke petra (jauh tu!)..macam2 lagi la..jaulah ni memang best!

Tapi kalau sekadar keseronokan yang kami cari, xperlu kami ikut trip ustaz ni sulihin ni xpe..baik pergi sendiri..pergi, ambil gambar banyak2, balik..tapi alhamdulillah, apa yang kami dapat, cerita, pengalaman, iktibar, semangat..dan ambil gambar=)..

KALAU DIFIKIRKAN SEMULA, BETULLAH..ALLAH BOLEH JE NAK HAPUSKAN SEMUA..TAPI DITINGGALKAN KEPADA KITA UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR..SUBHANALLAH!!

Terima kasih kepada USTAZ SULIHIN dan K.SYIKIN yang banyak berusaha..juga USUM..si kecil yang menceriakan kami..

juga AMMU KHALIL (driver bas), memang best la ammu tu bawak bas..sporting plak tu..kalah MAJID..hehe..sekian

*Maaf, saya xdapat cerita secara terperinci tentang perjalanan kami ni..apa yang saya nak tulis, semua dalam buku nota kecil saya..dan buku hijau tu tertinggal di hotel ‘Aamirah..

wallahua'lam

No comments: