Pages

Friday 4 December 2009

JOM KEMBALI MMY!!

bismillahirrahmannirrahim
assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

bukan nak promote persatuan, cuma tadi baru je balik dari program MMY..untuk pengenalan AMT MMY..penat..memang penat..tapi untuk memberi sokongan, jasad dan ruhani didatangkan bersama ke Dewan al-Farabi..tahniah kepada yang dapat hadir tadi..

BEBERAPA HARI YANG LEPAS..


IZZATI: akak, mintak maafla..saya xtau pun dulu akak timbalan presiden MMY..
K.ARIKAH: haa???
IZZATI: err..mula2 dulu saya ingat akak ni senior yang memang uruskan sakan kitorang..erm..dah 3 4 kali datang sini(insyirah) baru saya tau akak pegang jawatan dalam MMY..err..sori yerk..hehe
K.ARIKAH: ha..tu laa..ingat akak ni kerja teknikal je ke..
IZZATI: err..sori2

sedikit dialog yang dihidangkan, mungkin boleh cipta 1 soalan (untuk akhowat yarmouk)..mudah je..akhowat yarmouk tahun ni ada 105 orang..berapa orang yang anda kenal??jeng2..

haa..mesti bukan semua kan?so, dengan itu saya dengan rasminya mengajak sahabat sekalian berkenalan sesama kita..tanpa program pun boleh sebenarnya..hulurkan tangan, ringankan mulut, tegur je la sape2 yang anda jumpa..buat2 macam dorang memang dah kenal kita..lagi best, kita dah kenal dah senior2 yang nak khirij..xsusah..mudah je..buktinya??ya..saya dah berjaya melakukannya!!

APA YANG PENTING??

bukan KERJASAMA yang nak dikatakan di sini..tapi apa yang penting, saya tertarik dengan forum yang dihidangkan kepada kami tadi secara amnya..dan secara khususnya, saya tertarik dengan galakan membaca yang disampaikan oleh ahli panel TUAN HAJI FIRDAUS..

membaca..memang seronok..seronok sangat..apatah lagi kalau xde orang ganggu..fokus, cam tengah belajar (membaca pun menuntut ilmu ape)..andai saya tanya anda sekarang..BUKU APA YANG TENGAH BACA SEKARANG?TAJUK?PENULIS?CERITA PASAL APA?..agak2, ada jawapan x?fuh..kalau dapat sentiasa share dengan kawan2 pasal buku2yang sedang kita baca kan best..perkongsian ilmu..tambah ilmu..

so, sekali lagi saya nak ajak sahabat2 semua..JOM MEMBACA..xkisahla bahasa apa pun buku tu, asalkan bermanfaat sudah..tapi janganlah duk memperkasakan ilmu dengan membaca buku sampai helaian Quran pun semakin kurang..bahaya tu!!

alang2 ni, saya nak share 1 buku..tajuknya JALAN CINTA PARA PEJUANG...karya SALIM A.FILLAH..buku ni indon mari (saya memang minat baca buku penulisan indonesia)..korang bolehla cari..di kedai buku yang berhampiran..yang kat jordan ni jgnla gi cari kat SIMSEMAH plak..dalam internet ada..cari!!

lastly, moh kita pakat ramai2 jadi mahasiswa muslim '1st class mentality'..bayangkan ada 105 orang ARIKAH SADON, or xpun ada 105 orang SYAHIDA ISHAK dalam MMY ni..bayangkan...hmm..wallahua'lam

~entah pkul berapa dah~
~umah k.yati,sakan yarmouk~

2 comments:

mujahidahiman said...

jom jadi seperti mereka..tapi jangan jadi mereka!!

insyirah said...

slm.

to izzati,

kita x perlukan 105 org arikah atau 105 org syahida ishak.yang kita perlukan hanya kesatauan hati kerana Allah dan amal jama'ie kita sesama ahli.105 org ahli ini telah cukup allah kurniakan kelebihan masing2.KIta gunakan kelebihan masing2 bersama2 utk membantu jemaah MMY kita seterusnya PERMAI dan islam itu sendiri.Jika kita mengatakan kita bnyak kekurangan,seorang2 kita mengatakan Allah itu x adil sebab orang lain banyak kelebihan dan kita serba kekurangan.

Sahabat nabi itu sendiri pelbagai kelebihan kan?saidina Abu bakar yang lemah lembut tapi tegas,saidina Umar al-Khattab yang keras lagi digeruni,saidina Uthman yana pemalu lagi pemurah,saidina Ali yang bijaksana dan berani.Bila semua kelebihan itu disatukan,kita sendiri dpt lihat betapa hebatnya mereka2 dgn ke'izzahan islam tu sendiri.masyaAllah..

jadinye,kita pakat ramai2 jadi mahasiswa muslim 1st class mentality dgn mengembangkan dan menggunakan segala kelebihan yg kita ada,dari sekecil2 bakat, hingga ke sebesar2 bakat.
X kiralah bakat melukiskah,menuliskah,bercakapkah..semua yang Allah kurniakan itu ada sebabnya Allah kurniakan..

fikir2 kan bersama.

syukran 3ala kulli hal ukhti.

p/s: tgh baca buku muhammad s.a.w insan teladan sepanjang zaman..
(rasanya mcm dah lame juga akk bkk buku ni.xjugak habis2nye.seronok.bnyak pengjaran yg dapat kita aplikasikan dalam hidup seharian kita insyaAllah.)