Pages

Sunday 1 May 2011

laporan nuh

assalamualaikum..

rujuk 71: 5-20

Nuh berusaha siang dan malam,

Nuh berdakwah secara terang-terangan,

Kemudian menyeru secara  sulit,

Tetap bersungguh-sungguh walaupun ditentang dan dihina oleh kaumnya..

Dakwahnya bukan setahun dua, bukan beberapa ketika...tetapi 'seribu illa lima puluh'. sudahlah bilangan pengikutnya hampir tidak bertambah, ditambah pula tentangan2 yang makin mengganas..


ini laporan akhir nabi Nuh kepada Tuhannya..

bagaimana laporan kita nanti??


1000 tahun berdakwah?? terasa begitu kerdil.. setahun dua membawa dakwah Islam sudah rasa penat.. bila mutarabbi dirasa lain mula rasa kecewa, putus asa..walhal mereka aset untuk kekuatan dalam dakwah.

iman jaminan thabat di jalan ini..moga Allah menambah kuat iman kami..mengikat hati-hati kami hanya kerana Nya..

ya Allah, izinkan kami menjadi seperti Nuh, tidak penat menyampaikan Islam..tentangan2 yang dihadapi makin menambahkan kekuatan dakwahnya.

ya Allah, izinkan kami menjadi seperti Nuh, setiap masa digunakan untuk berdakwah, menjadi murabbi kreatif, tiada kering idea dan usaha untuk menyampaikan yang Haq.

ya Allah, jika benar iman jaminan thabat, benarkan iman terus terpelihara dalam hati kami untuk terus thabat.

* tadi ahli bilik tunjuk video lagu pasal nabi Nuh.. :)



jom berinteraksi dengan al-Quran,  fikir2kan apa yang nak dipersembahkan kepada Allah??

countdown---------> 94 hari lagi... :)

sedang mengislah diri,
tempat pengislahan diri,
irbid, Jordan.

1 comment:

arwa salsabila said...

Ameen ya rabbal a'lameen...Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk terus kuat dan bersemangat di atas jalan ini....huhu...kakak2...huhu,,bimbinglah kami...