Pages

Monday 22 February 2010

ISLAM DAN PENGAGIHAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Selawat dan salam atas pemimpin teragung yang dikasihi..

Memegang 'title' sebagai pelajar ekonomi, rasa bersalah rasanya blog ini tidak disertakan dengan artikel ekonomi..ini sebagai permulaan..insyaAllah lepas ni akan tetap diteruskan..




ISLAM DAN PENGAGIHAN

Pengagihan kerja kebiasaannya dapat dibezakan melalui dua aspek iaitu hasil pengeluaran antara pemegang saham dalam pengeluaran dan pengagihan semula iaitu mengambil hasil pengeluaran dan mengagihkannya kepada yang lain. Walaubagaimanapun agihan tersebut bukanlah untuk proses pengeluaran, bahkan untuk tujuan sosial dan kemanusiaan.


Dalam perbincangan ini, kita akan dapati bahawa dalam Islam, hukumnya jelas samada apabila melibatkan perbincangan mengenai pengagihan kerja mahupun pengagihan semula. Bagi mengetahuinya dengan lebih mendalam, kita boleh perhatikan bahawa permulaan bagi pengagihan dalam hukum Islam, adalah berdasarkan pengagihan permulaan yang bermaksud agihan sebelum pengeluaran.

CIRI-CIRI AGIHAN PERMULAAN

Islam mengiktiraf bahawa jualan, pemberian hadiah, dan warisan menyebabkan pemindahan pemilikan. Antara sebab-sebab yang membawa kepada pemilikan adalah setiap hasil yang dihasilkan, ia bermula dengan langkah pertama dan usaha. Islam juga menolak bahawa setiap aktiviti ekonomi perlu ada kekuatan penguasaan yang mana Islam mengenalinya sebagai (حمى الجاهلية), yang membawa makna ‘sesiapa yang ada kekuatan, maka dia boleh merampas hak orang lain’.

" لا حمى إلا الله ورسوله "
Maksudnya: tiada yang menguasai kecuali Allah dan rasulNya.

Maka bagi memperbetulkan konsep ini, Islam meletakkan konsep (الإحياء) iaitu selain tujuan mengembangkan sumber, kita juga perlu menghidupkan tanah mengikut kemampuan. Maksudnya, tidak hanya tertumpu pada satu-satu bahagian hasil sahaja. Apabila kita menghidupkan tanah mati ( pastinya tanah itu bukan milik sesiapa ) dan mengusahakannya sehabis baik, maka tanah itu akan menjadi milik kita dengan syarat, kita mengusahakannya sehingga ia berfungsi atas pengeluaran. Sabda Nabi s.a.w :

“من أحيا أرضا ميتة فهي له ”.
Maksudnya : sesiapa yang menghidupkan tanah terbiar, maka jadilah tanah itu miliknya.

Maka inilah hak atau lesen yang bukan sahaja membenarkan kita untuk menghidupkan tanah itu, malahan bagi terus aktif untuk fungsi seterusnya iaitu fungsi pengeluaran. Sepertimana yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w:

“ ...وليس لمحتجز حق بعد ثلاث (سنين) ”
Maksudnya : …maka tiada bagi orang yang menempah tanah selepas tiga tahun.

Mafhumnya, jika seseorang yang menempah atau satu kawasan tanah, tetapi tiada usaha bagi mengusahakan tanah tersebut selepas tiga tahun, maka dia akan terlepas hak dari memiliki tanah tersebut.

Perkara ini telah boleh kita ambil contohnya dari peristiwa di mana Saidina Umar r.a. telah mengambil tanah dari Bilal bin Harith kerana beliau tidak mampu untuk menguruskan tanah tersebut. Kata Saidina Umar : “Rasulullah s.a.w. tidak memberi tanah ini kepada kamu untuk kamu duduk sahaja dan orang lain tidak dapat mengusahakannya. Sesungguhnya baginda menyerahkannya kepada kamu untuk kamu kerjakannya. Maka ambillah setakat mana yang mampu kamu imarahkannya dan pulangkanlah selebihnya”.



Maka dapat kita simpulkan di sini bahawa Islam mengiktiraf hak-hak individu dalam pemilikan tanah dan barang galian. Walaubagaimanapun, hak-hak istimewa ini hanya akan diiktiraf jika ada usaha kerja dan berterusan dalam mengimarahkannya. Jika tiada usaha kerja atas tanah tersebut, maka akan ditarik hak pemilikannya. Usaha kerja atas tanah adalah sebagai satu sebab pemberian tanah. Maka, tanpa usaha kerja tiadalah tanah. Tanpa usaha kerja, perlindungan atas tanah akan hilang, dan tiada kerja ekonomi yang produktif dari tuan tanah yang akan menyebabkan akad tersebut akan batal. Maka apabila tiada usaha ekonomi, individu-individu tertentu tiada hak untuk mengambil bahan galian di tanah tersebut.


SUMBER RUJUKAN

د.عبد الجبار حمد عبيد السبهاني )الوجيز في الفكر الاقتصاد الاسلامي(1)

د.شوقي أحمد دنيا ) النظرية الإقتصادية الإسلامية (2)


wallahu'alam

No comments: