Pages

Friday 4 June 2010

PERKONGSIAN DENGAN AKTIVIS2 MISI LL4G..

Bismillahhirrahmanirrahim...

dunia hari ini semuanya berbicara tentang misi LL4G, tentang Israel laknatullah, tentang palestin sendiri...tahniah kepada mereka yang tergolong dalam orang2 yang terus mengikuti perkembangan saudara2 kita di sana..

alhamdulillah. semalam saya berpeluang untuk berjumpa dan mendengar sendiri pengalaman aktivis2 misi LifeLine4Gaza (LL4G)..terasa semangat berkobar2..apakah cerita yang bakal diperdengarkan??apakah pengalaman yang bakal dikongsikan??

cemburu saya terhadap kawan2 yang berpeluang berjumpa dengan 12 wirawan ini di Amman hilang ketika mana separuh dari mereka turun ke Irbid bagi berkongsi pengalaman dengan kami..


pada awalnya kami difahamkan saudara Noorazman bin Shamsudin (ketua misi) akan menyertai perkongsian semalam..tetapi beliau tidak dapat hadir kerana memenuhi jemputan dari istana Jordan..walaubagaimanapun ketidakhadiran beliau telah digantikan dengan 6 aktivis lain..iaitu Dr Selamat Aliman, Ustaz Hasanuddin, Dr Syed Muhammad Halim, saudara Aswad Astro Awani, Encik Muhammad Nizam, dan Ustaz Jamaluddin Ilyas.

dalam waktu yang singkat itu, kami didedahkan dengan pelbagai cerita, pengajaran dan pelajaran..

antara yang paling saya ingat, kawasan sempadan mereka tak semena2 berubah..dari 28 batu nautika jadi 40 nautika..sedap2 dia je ubah..haih, takut ke??

media Israel laknatullah itu juga memutarbelitkan cerita sebenar (mafhum je mereka tu bagaimana)..mereka menyatakan konvoi ini membawa senjata berbahaya dan sebagainya..kata aktivis2 ni..apa yang mereka bawa hanyalah pisau2 kecil..itupun untuk potong buah dan sayuran..nak dibandingkan dengan senjata2 mereka mereka???huh..

aktivis2 Malaysia dan Indonesia diletakkan dalam satu kapal..mereka(termasuk aktivis2 dari negara lain) diasing mengikut dek..dek yang pertama (ada dek1, 2, 3) dikuasai oleh aktivis dari Turki..diceritakan, dek2 itu adalah peringkat jagaan dalam kapal tersebut..sesiapa yang ingin masuk hendaklah melalui mereka yang berada di dek2 ini..

apabila tentera Israel turun dari helikopter (mereka dikepung dari udara), orang pertama yang diserang adalah aktivis Turki yang berada di barisan hadapan..difahamkan aktivis itu tidak membalas serangan tentera Israel laknatullah itu..andaikata dia membalas, tentu mereka yang lain yang berada di dalam kapal tersebut turut terkorban..nau'zubillah..

ada juga yang menceritakan, betapa cemburunya sebahagian daripada mereka apabila sahabat2 lain terbunuh..terkesan saya apabila ada seorang daripada aktivis dari negara lain yang mengatakan "alangkah bagusnya kalau yang mati itu adalah aku"...tersentap!!apakah perasaan mereka ketika itu??

saat2 mereka sudah nampak kelibat 2 helikopter Israel laknatullah itu, mereka mengatakan sedikit pun tidak ada rasa gentar pada mereka..

satu pengajaran yang ditekankan oleh salah seorang dari mereka kepada kita semua...di saat kelam kabut dalam kapal itu, solat perlu juga didirikan..hak Allah tetap ditunaikan..mereka sentiasa berwudhuk dalam misi ini..begini lagi mudah, agar tidaklah masa nak solat baru nak berwudhuk, sedangkan musuh bila2 masa akan menyerang!!

mereka ditendang, diseksa, dipijak kepala..tetapi mereka tetap berusaha untuk bertahan..moga Allah redha dengan perjuangan ini..

berkali2 mereka katakan, misi ini tidak gagal!!!perjuangan ini akan tetap diteruskan..

benar, andai mereka tidak memulakan perjuangan ini, siapa lagi yang nak berusaha memecahkan tembok2 kezaliman Israel laknatullah itu??"sehingga kami syahid nanti, kamulah yang akan meneruskan perjuangan ini!!"kata2 itu terus menusuk di hati saya..insyaAllah, kami bersedia!!

ya, kali ini saya nak betul2 bersetuju..tidak bersama tidak semestinya tidak merasa...mendengar perkongsian tersebut turut membuatkan kami terasa walaupun tidak bersama dalam kapal itu..

fansurna 'alal qaumil kaafirin..

untuk perkongsian yang lebih terperinci : saudara Hilal~http://ms.langitilahi.com/semasa-perkongsian-bersama-relawan-ll4g-yang-baru-dibebaskan-1/

perkongsian video : http://www.facebook.com/?ref=home#!/video/video.php?v=402895548468

12.4o pm,
sakan jamiah,
irbid
..

No comments: