Pages

Sunday 5 February 2012

Muhasabah

Semalam hampir seharian saya hilang arah, tak tahu apa yang nak dibuat.saat semua orang sibuk memikirkan urusan tarbiyah, saya hanya mampu mengelamun. dan akhirnya saya jumpa jawapan dalam sajak yang dicipta sendiri, disampaikan kepada adik dan sahabat2 sebelum pulang dari Jordan tahun lepas.



Adik2ku,
Saat pertama kali aku menatap wajahmu,
Kurasa terlalu asing,
Asing dari mindaku,
Asing dari kotak hatiku,
Namun aku tetap lajukan langkahku,
Langkah demi langkah,
Untuk mengenal setiap daripada kamu,
Dan masa terus berlalu,
Balasan cinta yang ku harap dari kamu,
Ditambah dengan rasa hidupnya hari2 ku..

Adik2ku,
Jangan sayu wahai adik2ku,
Jangan sedih wahai adik2ku,
Jangan pernah kau timbulkan rasa-rasa itu,
Kalau ianya tidak terlandas
Kepada rasa cinta kepada tuhanmu..
Aku takut..aku takut wahai adik2ku..
Perpisahan kita, kosong begitu sahaja..
Tanpa redha Allah kita harapkan..

Adik2ku,
Siapa kata hatiku tak rasa rindu?
Siapa kata hatiku tak rasa sayang?
Sungguh, aku bakal merinduimu,
Mengingati saat2 kita membina diri,
Saat2 kita mencipta kenangan,
Dan saat2 kita lalui bersama,
Dengan penuh rasa cinta kepada tuhan..

Adik2ku, ini pesanku..
Manusia itu sifatnya rapuh,
Rapuh wahai adikku!!
Maka jangan kau letakkan pengharapan kepada mereka,
Dan jangan kau letakkan pergantungan kepada mereka,
Kelak saat mereka berputus asa,
Atau mungkin mereka mengkhianatimu,
Kau akan hilang,
Hilang, rapuh dan jatuh.

Maka apa yang perlu kamu lakukan wahai adik2ku??
Kuatkan pergantungan yang tersangat hebat kepada tuhanmu,
Allah!! Aku perlukanMu ya Allah!!
Aku perlukan pertolonganMu ya Allah!!
Hanya padaMu ku meminta pertolongan,
Hanya padaMu aku bergantung harap..
Saat itu,
Kau akan rasakan..
Betapa kau telah meletakkan Allah sebagai hidupmu.
Allahuakbar….

Adik2ku, ini pesanku,
Berperilakulah kamu
Sebagai orang yang paling soleh di antara kamu,
Jadikanlah alQuran sebagai panduan hidupmu,
alQuran adikku!! alQuran!!
Di manakah kamu letakkan ia dalam hidupmu??
Jagalah ia sebaik mungkin,
Selagi mana jantungmu berfungsi,
Jadikanlah ayat2 alQuran sebagai kata2mu..

Adik2ku, ini pesanku,
Lihatlah kiri dan kananmu,
Lihatlah sahabat2 mu itu,
Berjanjilah antara kamu,
Untuk terus berjuang bersama2,
Walau apa yang bermain di fikiranmu,
Tetapkan lah tujuanmu,
Hanya untuk mendaulatkan islam di bumi Allah ni..

Adik2ku,
Tahukah kamu wahai adik2ku?
Aku sangat menyayangimu,
Aku sangat mencintaimu,
Aku sangat mengasihimu wahai adikku.
Dan aku sentiasa berusaha,
Agar rasa kasihku ini ku sandarkan hanya pada yang Maha Pengasih..

Maka adik2ku,
Benar2 ku harapkan,
Agar kau pegang erat kataku,
Dan kau hayati setiap pesanku,
Biar apa yang kita lakukan,
Kita berjaya membuat ikat simpul mati,
Kalau bukan dari pandangan kita,
Kita berusaha untuk dinilai Allah..


Allah, terbangkan jiwa2 kami terus berjuang di medan jihadMu..

Allah, pegang erat hati2 kami untuk terus beribadah kepadaMu..
Allah, jadikan rindu kami hanya bermatlamatkan kepadaMu..
Allah, suburkan rasa sayang kami hanya keranaMu..


1.00 am
11062011,
Glasgow, Scotland

PLC, Bangi

No comments: