Pages

Saturday 1 December 2012

Sahabat, Ingin ke Syurga Bersama-sama?

Assalamualaikum.

Pagi tadi sarapan sorang2 di cafe sambil menunggu kedai buka untuk beli barang harian saya (surat khabar + susu kotak). Tiba2 datang seorang budak perempuan ni.

Dia : Assalamualaikum

Saya : Waalaikumussalam. ye?

Dia : Izzati ke?

Saya : Aah.


Dia : Duduk Kuantan?

Saya : aah, duduk Kuantan..eh, siapa ni ye?

Dia : Sekolah Galing ke?

Saya : saya dah serba salah, cuak dan macam2 perasaan (alamak!! tak ingat nama dia =.=')

Dia : Farahin (sambil senyum2)

Cepat2 saya hulurkan tangan, jemput dia duduk sama2..katanya dah ternampak saya banyak kali di UKM ni, tapi selama ni takut nak tegur..tapi tadi dia kumpul kekuatan nak tegur juga lepas kawan dia nasihat tegur je..yela, kalau salah pun sekurang2nya minta maaf dan pergi dari situ.

Kawan saya..seingat saya, sejak saya pindah dari SKBR di Muadzam Shah ke SK Galing di Kuantan, saya rapat dengan dia..tapi sekarang masing2 dah besar..so jadi excited tapi kekok..

Terpisah selama 11 tahun, dah lupa kita pernah main kejar2 kat padang sekolah sama-sama dulu?

Dah lupa masa rehat kita pergi bilik guru minta permainan Saidina dan seumpama dengannya?

Dah lupa kita sama-sama main origami dan buat kotak sugus?

Saya tak lupa ^_^

Lepas saya jumpa dia hari ni keinginan untuk jumpa kawan-kawan lama semakin kuat.

Saya selalu minta kat Allah, sebelum nyawa saya ditarik saya nak jumpa mereka-mereka yang dah lama sangat saya tak jumpa. Ataupun mungkin tak pernah jumpa.

Ada beberapa orang yang saya rasa nak sangat jumpa..

Fasihah, Nadhirah Dzulkarnain, K.Su, K.Najihah (saya xpernah jumpa kakak ni sejak kenal 5 tahun lepas T_T)..ada lagi,..ada lagi..

Kawan2 baik saya di SMA Al Ihsan..

Kakak2 sebelasan utama Just.

dan ramai lagi..

Tapi saya selalu pujuk hati saya..sabar..sabar..

Kalau tak dapat jumpa di dunia, doa dapat jumpa di syurga.

Apatah lagi kalau masuk syurga, lagi best kalau dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w, para sahabat, para mujahideen T_T

Sebab tu doa sahaja tidak cukup. Lihat saja amal harian kita, layak digelar pendamba syurga kah? T_T

Allahurabbi, thabatkan kami di atas jalanMu, lorongkan kami ke arah agamaMu, matikan kami dalam keadaan menjulang kalimah muliaMu.

*saya nak tulis pasal lain, tapi benda lain yang ditaip
*sedang mengalami fasa genting sebagai seorang pelajar (deretan assignment + deretan presentation + deretan kerja2 lain + final menghampiri)

bittaufeq wannajah semua..Allahyuftah'alaina insyaAllah.
#teruskan berdoa untuk kemenangan umat Islam!

ok, sambung siapkan assignment.

assalamualaikum.


No comments: