Pages

Saturday 15 January 2011

Malam Ini.....

bismillahirrahmanirrahim

kisah mereka takkan mampu ditulis di sini..hanya mampu kami ukirkan di hati, lalu dihadam betul2 dalam bingkisan fikiran kami..

malam ini penuh memori, kami ukirkan bagi mengikat simpulan ikat mati itu..terasa kekok di awal bicara, namun dengan niat dan keinginan di hati, perasaan malu dibuang sebentar, meluah rasa yang tak mampu pun diungkap..

malam ini, jiwa kami terasa hangat..darah kami terasa laju mengalir..rasa sayang membuak2..rasa cinta yang makin mendalam..

malam ini, suasana sedih menyelubungi kami..pertengahan bicara tangisan deras mengalir..masing2 tertunduk diam..tak mampu nak memandang wajah yang turut dihiasai air mata berharga ini..

................................

benar, kasih dan sayang kita pada seseorang banyak caranya untuk disampaikan..ada yang berani meluahkan melalui perkataan, ada yang segan2, maka melalui penulisan..ada pula caranya melalui tindakan..

apa cara sekalipun, kita sentiasa terasa ingin memberi sesuatu kepada yang dikasihi bukan?

aku gembira kita dipertemukan di jalan ini..dan aku juga gembira kita diperkenalkan dengan Islam dengan salah satu wasilahnya adalah ukhwah itu sendiri..

..............................

proses taaruf itu takkan pernah berhenti..semakin kita mengenali, semakin kita tahu apa yang kita kurang tahu mengenai sahabat kita..maka, teruskanlah bertaaruf..walaupun sudah bertahun2 bersama, belum tentu kamu sudah cukup tahu tentang si dia..

malam ini ku niatkan masa ku bersama mereka adalah masa yang berkualiti..masa yang kami lebih erat memegang tangan kami untuk berlari bersama..syurga menanti kami, redha Allah yang dicari..

aku dapat sesuatu..kalau dulu, di awal perkenalan, aku memandang mereka sebagai orang biasa2 sahaja dalam hidupku..kini, setelah beberapa lama meluangkan masa bersama, berani aku katakan, aku sangat sayang pada mereka..

walau tak mampu diucap melalui penulisan, tapi ku harap kamu memahaminya..

.................................

malam ini, malam kami..malam kami menghargai diri masing2..malam ni, ku tahu aku ada tempat di hati dia

malam ini, kami berjanji..akan terus berukhwah selagi Islam di hati..malam ini, kami mengukir setia, agar tidak curang kepada yang lain, melainkan kepada al-Khaliq..kami jayakan misi ini, melalui jalan yang sudah terbentang di hadapan kami..

ini janji kamu kan??

satu pesanan ringkas: apa2 perasaan kamu itu, kembalikannya kepada Allah..bersyukur, sebab bukan semua orang dapat rasa macam ni kan?? pastikan rasa yang tak terungkap tu adalah semata2 kerana ar-Rahman & ar-Rahim


*ok, ni entri khas untuk kamu..yang sudi meluangkan masa 3 jam bersama saya dalam suasana menarik malam ni..berlatarkan muzik, ditemani hirom, teh panas dan biskut STARS!!

ikat simpul mati kamu hampir berjaya..terus sebar aura Islam kamu kepada semua tempat..moga redha Allah mengiringi setiap langkah kita..


nah, khas untuk kamu~

KALAU NAK??? (^_^) 

semalam bersama mereka,
bayt F..
Irbid, Jordan

4 comments:

farizamm said...

rasa seronok dan bahagia juge dapat kenal ngan adik izzati baik! =)

Anonymous said...

sengaja mengunci kalam daripada bertutur.

mungkin tak terasa percikan kasih sayang saya. :(

diam berfikir & mengerti,

mencari sesuatu y istimewa dalam ikatan y istimewa.

mengukir senyuman menebar kasih sayang buat kalian :)

kakak garang said...

keesokan paginya 'kakak garang' balik..

terkejut kamu ada di situ,
baca buku,
sambil dicover dengan hirom merah.

rupanya malam tu,
kamu sudah buat adik2 comel nangis.

=)

kakak garang said...

keesokan paginya 'kakak garang' balik..

terkejut kamu ada di situ,
baca buku,
sambil dicover dengan hirom merah.

rupanya malam tu,
kamu sudah buat adik2 comel nangis.

=)