Pages

Wednesday 10 June 2009

1O BUDAK HITAM...

Assalamualaikum wbt...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


10 BUDAK HITAM...
MAIN KAT MUADZAM...
3 DAH BERKAHWIN...
DAH TINGGALLAH 7...


Nyanyian ini dicipta oleh satu-satunya abangku..AKHY NAVY (abangah), sebaik sahaja majlis perkahwinan k.de berakhir...hmm...akhirnya 3 orang anak gadis rumah ni dah dibawa orang...semoga rumah tangga mereka diredhai Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat....Amiiin...


Setiap tahun mesti ada canopy yang dipasang kat rumah ni..kalau bukan kahwin, ada la yang bertunang...sampaikan saya terdengar ada seorang pakcik ni cakap kat abah : AWAK PESAN KAT ANAK2 AWAK NI, STOP LA DULU..BAGI ABAH NI REHAT 2 THN DULU...hehe...lepas ni turn abangah dan k.cik plak..kita tengok siapa dulu ye...
ok, kali ni saya nak cerita pasal 10 budak hitam ni yang dimaksudkan....kenalpasti siapa mereka....

BUDAK HITAM 1= mengajar di sek panching utara, dah bagi ma dan abah cucu yg comel ( MUHAMMAD AFNAN MUJAHID )




BUDAK HITAM 2= bekerja sebagai TLDM di Lumut, Perak


BUDAK HITAM 3= dah kahwin bulan 3 yang lepas...bekerja di JAIP Muadzam Shah


BUDAK HITAM 4= kembar BUDAK HITAM 3..pelajar tahun 2 di KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, Kedah dalam bidang Usuluddin..baru je kahwin 300509 baru ni


BUDAK HITAM 5= pelajar tahun akhir di UUM, Kedah dalam bidang komunikasi


BUDAK HITAM 6= seorang hafizah yang sedang mendalami ilmu dalam bidang Dakwah di Universiti Darul Iman, Terengganu..


BUDAK HITAM 7= pelajar tahun 3 di KIPSAS..sedang mendalami bidang Syariah.


BUDAK HITAM 8= tengah menaip ni ha.....


BUDAK HITAM 9= tengah fokus untuk pelajaran STAM di KULIAH AL-LUGHAH WADDIN, Pekan, Pahang.


BUDAK HITAM 10= sedang berusaha menjadi seorang hafiz dan pendakwah yang hebat dalam pencarian ilmu di Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan


Terima kasih abah dan ma yang dah banyak berkorban demi memastikan kejayaan kami 10 orang ni...kami anak2 abah dan ma sentiasa mendoakan abah dan ma...saya betul2 yakin, dalam diri setiap dari kami ada menyimpan cita-cita demi untuk membalas pengorbanan abah dan ma walaupun kami takkan mampu menandingini segala pengorbanan tersebut...


p/s : gelaran budak hitam hanya untuk gurauan...dorang semua putih2 dan comel2 blake....


Haa..dah cukup 10 orang budak hitam...bolehla teka padanan bdk hitam dengan gambar ni ye…

ok, setakat ni sahaja perkongsian kali ni...pesan saya, jangan lupa, sentiasa doakan semoga keluarga kita dirahmati dan diredhai Allah...


Barakallahufikum!!!!

~OMBAAAAK!!!!!!~


wassalam.....


~ ruang tamu Inderapura~
2.29 am
6th JUNE ‘09

No comments: