Pages

Wednesday 10 June 2009

SATU LANGKAH






Assalamualaikum wbt.....
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Kali ni, Mujahidah Iman ingin membawa satu lagi perkongsian...mungkin ramai dah jelak dengan tajuk ni...ramai juga dah bosan dengar cerita yang sama...penulis juga agak keberatan untuk mengutarakan entri kali ini kerana risau perkara yang sama terjadi kepada penulis...Allah juga sudah memberi amaran :

* يأيّها الّذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون
كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Wahai orang-orang yang beriman!!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yag tidak kamu kerjakan?
(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan
((AS-SAFF: 2&3))
Namun selagi kita menyedari sesuatu kesalahan itu..hendaklah kita cuba untuk memperbaikinya dan seterusnya mengkhabarkan kepada yang lain..dan itulah yang sedang cuba dilakukan sekarang...entri ini pertama-tamanya ditujukan kepada ‘IZZAH ABD RAZAK..seterusnya kepada pembaca sekalian..
SMS – short message services atau suka mencari susah..??
Ana ada terbaca entri TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI yang diambil dari laman web favourite : http://www.iluvislam.com/ berkali-kali artikel tersebut dibaca dan akhirnya diri ni tersedar akan kesalahan diri..jom kita sama2 nilai dan islah diri kita...

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI








Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...



1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf (bukan sorrie..), terima kasih (bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

Hmm...macam mana dengan tips-tips kat atas?? Rasanya boleh buat tak apa yang dinasihatkan? ? Sebenarnya niat di hati nak tekankan bahagian SMS..kadang2 kalau tengok inbox kat handphone, majoriti dari wanita (insyaAllah bkn kita), nama kaum Adam yang tertera..samaada dia tu ‘teman tapi mesra’, sahabat lama, ataupun rakan sekelas..daripada nak cakap benda2 penting, sampailah hati ni seronok mesej dengan benda2 yang tak penting..(nau’zubillah)

Saya nak kongsi satu lagi tips yang saya sendiri tengah cuba...macam mana tu?? Haa.. cuba tukar kata ganti nama diri kita...daripada AKU jadi SAYA...daripada SAYA jadi ANA...eh, boleh ke macam tu??
Maybe ramai yang tak percaya bila buka blog ni..dan pemiliknya = NURUL IZZATI ABD RAZAK guna kata ganti diri ANA???!! haha..macam pelik je..mungkin dalam proses memperbaiki diri...( ni bagi sesiapa yang kenal perangai hamba Allah ni )

Dalam peringkat awal, saya ada mesej dengan seorang sahabat dari kaum Adam dan beliau agak pelik bila saya tak guna “saya dan awk”..maka saya katakan kepadanya..SAYA BKN APE..TGH CUBA UTK M’BATASKN MSJ ANTARA SY DGN KAUM ADAM...DAN KLU GNE ANA N ANTA..AGAK SEGAN NAK MSJ MEN2 OR LBH2..MAYBE AKAN MSJ MNDE2 PNTING JE.....N XKAN PYER MULA2 CKP ‘ANA’...TP TBE2 LAST MSJ ADA “HEHE” OR ADA AYT2 YG XMGMBRKAN CIRI2 MUSLIMAH...ADA FHM??

Maka jawab sahabat ni....HMM..BGSLA 2...TP SBNRNYA, AKU, SAYA, ANA, OR KOI 2 BKNLAH KAYU UKUR ORG 2 BAIK OR X...YG PNTING HATI 2...
Yup..saya setuju betul dengan pendapat dia..tapi saya teruskan juga perjuangan ni..alhamdulillah, sedikit demi sedikit...I DID IT!!!!..tapi bukan dengan semua orang kita boleh buat macam tu..tengok orang jugak la...

Tapi bukan senang nak berubah..semuanya kena bermula dengan niat seterusnya tindakan yang istiqomah..macam saya sendiri, banyak dipengaruhi olah sahabat2 terdekat...thanks K.LONG (ATIKAH RUSLAN), ‘ADILAH, SYIDA dan sahabat2 sekalian...kalian secara tak langsung memang banyak bantu diri yang baru nak belajar ni...

So, tunggu apa lagi??marilah kita sama2 memperbaiki diri...SATU LANGKAH kita mula, doakan yang lebih baik!!!

~OMBAAAAK!!!!!!~

wallahuta’ala a’lam...

wassalam..

~ruang tamu rumah inderapura~
1.26 am
6th JUNE ‘09




1 comment:

kalam hati said...

salam..
u are always welcome, izzati...
semoga dirimu sentiasa berada di bawah rahmatNYA