Pages

Monday 15 March 2010

PROGRAM VS STUDY

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w.

kawan2..ini penting, dan tak penting..

Kami warga Permai baru sahaja selesai menjalani kehidupan yang sangat sibuk dengan program..sejak minggu pertama masuk ke semester baru ini, hampir setiap minggu ada program..penat bukan??

Minggu lepas sahaja ada 1 program, tapi dibuatnya sampai 4hari..huh.

Program M&M, gabungan antara MMY dan MMJ..sampai ke malam program nya..hmm..

Dalam masa yang sama ada program Jamiah Yarmouk, MA’ROD THAQAFI..

Program…program…program…

ASYIK PROGRAM JE…BILA NAK BELAJAR???



Persatuan asyik buat program je..tak kesian ke kat ahli ni..kitorang datang sini nak belajar la…bukan sibuk berprogram!!!

~saje buat provokasi…jangan marah ye~

Saya tak tahu, mungkin ada je antara ahli Permai yang fikir macam ni..hatta di sekeliling saya pun ada juga suara2 begitu…

Saya juga tak nafikan, terasa begitu banyak program..

Nah, saya senaraikan..

1) PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA (PERTAMA)
2) SEMINAR KEWANGAN ISLAM BKMPJ 2010
3) PERTANDINGAN DEBAT PIALA PRESIDEN
4) MINGGU M&M (MMY&MMJ)

Tapi semua program hebat2..kenapa merungut pula??

Tak pergi, tak tahula ke ‘best’ annya..

Teringat saya K.NORIZAN pernah tegur.. “kalau awak pandai bajet masa, pergi program, study tak tinggal, takde masalah nye la”

Dah tu nak pergi program ke nak study??

Terpulang…nak pergi, pergi la..kalau taknak jangan bising!!

2 dalam 1

Saya suka tengok kebanyakan sahabat2 dari JUST..pergi program, tapi kat tangan tak lepas dari nota..~membaca di mana2 sahaja~

Akak2 YARMOUK pun…selalu je tengok buku kat tangan diorang..bila pengerusi majlis mulakan majlis, maka buku pun dibuka…

~Pemandangan biasa..maknanya kempen membaca Permai berjalan lancar..

Bagus siapa yang memilih untuk tidak ke program untuk menghabiskan masa untuk belajar…

Ustaz kami di IKIP dulu, USTAZ KAMIL, cukup tidak suka program terlalu banyak sehinggakan pelajar tidak belajar..(ustaz ni lepasan Mesir, jadi kami faham keadaan mana yang dikatakannya)

Jadi, pandai2la seimbangkan masa antara program dengan belajar..

Tapi apa jadi pula dengan yang tak pergi program tapi duduk dalam bilik je??

Study ke??duduk depan laptop sepanjang hari sambil melayan facebook??

Oh, itu point utama rupanya..jangan la memencilkan diri je..keluarlah wahai kawan!!

HASIL KAJIAN

Saya suka tanya kawan2..atas sebab apa diorang akan pergi program (tapi soalan tu tidaklah seskema ni)..dan hasilnya..

1) Tajuk macam best.
2) Kalau duduk rumah bukan study pun..baik pergi je.
3) Sebab awak ajk/pengerusi majlis, so saya nak bagi sokongan.
4) Ada makanan??

Dan macam2 jawapan lagi…

Bagi saya sendiri, saya sangat suka pergi program..sebab??

Selain ilmu, dan beberapa jawapan skema lain, saya ada target..

~setiap kali program sekurang2nya saya akan berkenalan dengan seorang kawan/adik/kakak..

Berjaya ke tak???

Alhamdulillah….walaupun ramai lagi tak kenal..

Sebab dengan program2 ni la kita dapat jumpa ramai2..anda setuju??

Jadi setiap kali ada program, ramai lah yang akan dapat mesej...

(K.TEHA selalu jadi mangsa saya untuk dikacau=))

“pergi ke tak malam ni??”

“jomla pergi!!”(dengan yakinnya saya ajak)

“best program malam ni”(walaupun saya tak tahu programnya pasal apa)

Dan sebagainya…

Tapi tidaklah saya ni gila program..sabtu baru2 ni cuti yang sempurna buat saya..sebab sepanjang hari duduk kat rumah tanpa program..

Exam pun dah hampir..inbox email dah rehat sikit dari pembeitahuan program2..

Masa ni kenalah study semaximum mungkin!!

Sedih..program akan datang ni macam tak dapat ikut..kalau ikut taqwim, SUKAN PERMAI start masa exam..=(

~ku doakan semoga tarikh tu ditukar=)

IMTIHAN AWWAL

STATISTIC = 20th MARCH 2010

MATHEMATICS OF FINANCE = 24th MARCH 2010

COMPUTER = 27th MARCH 2010

SOCIAL ECONOMY = 28th MARCH 2010

TARBIYAH WATONIAH = 3rd APRIL 2010

TATBIQAT HADEETHAH = 4th APRIL 2010

Hadzun sai’edun buat semua..tak lupa adik2 di Malaysia…final round sebelum ke sini..ingat tu!!

Ok, selamat berimtihan semua..semoga dipermudahkan segala urusan!!

wallahu'alam

5.37pm
bayt sheikhoh(kwn bg nma)
15 MAC 2010

2 comments:

su_zul said...

Salam.
Setuju.

Cuba kita tengok sahabat sekeliling yang leka menggunakan masa dengan perkara yang memberi input tidak sebanyak yang kita dapat dari program. Hasilnya sama. Masa yang ada telah berlalu. Kita juga. Tapi pengisian yang ditinggalkan dari masa itu.. Siapakah yang lebih menerima manfaat? Kita yang pergi program atau mereka yang tidak?

Salam ukhuwah!

mujahidahiman said...

waalaikumussalam..
betul3..setuju..

kadang2 ada di antara kita yag pergi program, tapi manfaat yang dapat dari sesuatu program tu tidak diambil perhatian..

maka pergi sekadar pergi..

kadang2 ada pula antara kita yang xpergi program..tapi input luar yang dia dapat bila tidak pergi ke program dapat dipraktikkan sebaik mungkin pada dirinya dan orang lain..

hmm..menarik2..syukran ukhty.