Pages

Wednesday 15 June 2011

dakwah ini kita tanggung bersama..



Aku melihat jundi-jundi yang bergerak,
Dan aku merasa jiwa-jiwa yang hidup,
Terus diri ini terkesima,
Dadaku terasa sesak,
Sesak dengan kefahaman diri sendiri..

Lalu ku koreksi semula,
Ke arah manakah ku membawa manusia??
Sedih, pilu, ku rasa hancur hatiku,
Ah, aku mengetahui, tapi ku tidak merasai,
Aku tahu ke mana harus ke membawa mereka,
Tetapi ku tidak merasainya..
Maka beranikah aku terus mengatakan,
Bahawa aku sedang membawa agama Allah??

Telah Allah aturkan,
Pertemuan yang sangat cantik antara kami,
Kalau SQ mengatakan di bumi ini tiada ruh,
Maka di bumi yang sama ku katakan,
Ruh-ruh Islam tu hadir setiap masa,
Pada jiwa-jiwa pemuda yang dahagakan kasih Allah,
Jiwa rabbani itu terlalu mendalam,
Terus terkesan di jiwa lemah ini,

Saat manakah mahu kau katakan..
Mereka tidak beramal dengan Islam?
Setiap saat ku bersama mereka,
Ketika itulah jiwaku bergoncang..
Aku terseksa,
Terkedu,
Raunganku tiada siapa yang dapat hentikannya..
Tarbiyah langsung daripada Allah..
Aku bersyukur,
Sangat cantik aturan Allah..
Ku dihadiahkan mereka,
Bersama kefahaman yang sebenar.

Setiap saat ku rasakan ditarbiyah,
Tarbiyah langsung daripada Allah,
Melalui sahabat-sahabatku itu..
Mereka yang sentiasa berbicara mengenai deen ini..
Ukhtiku, 
Dakwah ini kita tanggung bersama,
Saling menguatkan sahabatku.

Ya Allah,
Terus kuatkan kami,
Ikatkan hati kamu hanya keranaMu,
Lajukan kami mencapai redhaMu,
Berikan cinta kepada kami,
Cinta teragung kami dambakan..

Ezzah al-Azwar, 
Leeds, UK

3 comments:

Anonymous said...

-moga terus thabat di jalan ini..
-dakwah dan tarbiyah itu bagai air, sumber kehidupan kita..kat jordan pun tak byk air kan?huhu..
-hidupkanlah bumi itu dgn kebasahan cinta sebenar ilallah..

ruhul jadid
-Dublin-

belas_kasihan16 said...

kak zatiiii... <3
bakal merindui moments terakhir kita di Leeds. sobs. sobs.

n.a.n. said...

zati..
umpama tali layang2, jgn biar ia putus.. harus tahu ke mana hendak dipacu...

moga kita thabat..
Ya Allah, jgn engkau bolak balikkan hati kami ya Allah..ameen..

with love,
n.a.n.